Terdapat kajian yang menyatakan bahawa hampir 90% keadaan jenazah yang meninggal dunia di kawasan PERKAMPUNGAN lebih terurus dan bersih berbanding hampir 60% jenazah yang meninggal di kawasan TAMAN PERUMAHAN kurang terurus keadaan mereka seperti sendi-sendi tulang yang keras terutamanya ketika memandikan jenazah tersebut.

Mengapa perkara ini sering terjadi?

Ini kerana di kawasan kampung mempunyai golongan orang-orang tua tempatan yang mempunyai pengetahuan apa yang perlu dilakukan ke atas jenazah jika berlakunya kematian sedangkan di kawasan taman-taman perumahan yang kebanyakkan didiami oleh golongan muda kurang terdedah dengan ilmu-ilmu pengurusan jenazah dan mempunyai hubungan yang renggang dengan rukun tetangga atau kariah masjid di kawasan sekitar.

mengkafankan jenazah

Imej via kkawanblogspot

Masyarakat kini lebih gemar mengambil pendekatan ‘lepas tangan’ dan menyerahkan bulat-bulat kepada pihak masjid atau hospital untuk menguruskan jenazah tanpa mengambil tahu serba sedikit perkara asas-asas yang boleh dilakukan ke atas jenazah.

Lebih menyedihkan lagi apabila ada anak-anak yang ‘TAKUT’ untuk menguruskan jenazah ibu bapa sendiri.

Pemikiran ini perlu diubah supaya lebih ramai lagi golongan muda kini lebih cakna akan ilmu pengurusan jenazah dan boleh turut serta menguruskan jenazah bersama-sama dengan pihak yang lebih arif dalam bidang ini.

Mari kita lihat 13 perkara yang boleh lakukan jika berlakunya kematian di rumah berdasarkan perkongsian saudari Intan Maria Ahmad di laman sosial miliknya.

set pengurusan jenazah

Imej via google image

1. Sediakan tisu basah dan gunting

Potongkan pakaian dalam jenazah dan bersihkan najis-najis yang terdapat pada jenazah. Sebaik-baiknya diuruskan terus oleh waris secepat mungkin supaya najis-najis tersebut tidak tertinggal lama dan kering pada badan jenazah.

Bau-bau yang kurang enak juga dapat dielakkan apabila najis-najis tersebut telah dibersihkan lebih awal oleh waris terdekat.

2. Menggunting baju jenazah

Sebaiknya waris menggunting sahaja baju jenazah agar jenazah tidak perlu dibalik-balik apabila perlu menanggalkan baju jenazah untuk dimandikan kelak.

3. Sediakan minyak zaitun atau losyen

Ambil minyak zaitun atau losyen dan sapukan pada sendi-sendi badan jenazah supaya anggota sendi tersebut lebih mudah diqiamkan dan mudah diuruskan ketika proses memandikan jenazah itu nanti.

minyak zaitun

Imej via alodokter

4. Sediakan cebisan kain dan kapas

Ambil cebisan kain yang kecil dan ikatkan dari mulut naik ke kepala supaya mulut jenazah tertutup rapat. Letakkan sedikit kapas dan sumbatkannya ke dalam telinga dan hidung untuk menggelakkan daripada serangga dan agar tiada lendiran yang keluar.

5. Sediakan anak tudung atau selendang

Tutupkan rambut jenazah wanita dengan anak tudung atau selendang demi memelihara aurat mereka.

6. Posisikan jenazah ke arah kiblat

Pastikan kepala jenazah menghala ke arah kiblat.

7. Sediakan pemberat

Letakkan pemberat seperti buku di atas perut jenazah bagi menggelakkan perut jenazah dari mengembung dan membuncit.

8. Sediakan kain batik lepas atau cadar putih

Apabila selesai membersihkan jenazah, waris perlulah menutup keseluruhan tubuh badan jenazah menggunakan kain batik lepas atau cadar yang panjang.

Kain batik panjang

Imej via google image

9. Maklumkan kematian kepada AJK masjid, pihak polis dan hospital

Adalah amat penting untuk ambil tahu dan kenal AJK Masjid kariah kawasan anda supaya jika ada kecemasan seperti ini kita sebagai waris dapat mengambil tindakan dengan cepat dan simpan nombor-nombor penting seperti nombor balai polis dan hospital yang berdekatan.

10. Memandikan jenazah

Sebaiknya waris yang memandikan jenazah saudara terdekat mereka sambil dibantu oleh pihak yang arif dalam urusan pengurusan ini.

11. Mengkafankan jenazah

Urusan memandikan dan mengkafankan jenazah akan menjadi lebih mudah andai waris terlebih dahulu telah membersihkan jenazah saudara mereka.

kafan jenazah

Imej via tibunnews

12. Solat jenazah

Belajar rukun-rukun solat jenazah dan praktikkan agar kita lebih tahu cara-cara menyembahyangkan jenazah tidak kira jenazah itu saudara kita atau umat islam yang lain.

13. Kebumikan jenazah

Ini adalah proses terakhir dalam pengurusan jenazah. Buat anak-anak, ini adalah saat terakhir kita melihat ibu bapa kita, adik beradik kita, saudara kita, kawan-kawan kita.

Ambil peluang terakhir untuk menguruskan insan-insan kesayangan kita kerana kita akan terpisah buat selama-lamanya dengan mereka di dunia ini.

pengebumian

Imej via gizanherbal

Kesimpulannya, jadilah anak, suami, isteri, kawan atau saudara yang mengambil tahu serba sedikit ilmu tentang cara pengurusan jenazah agar jenazah-jenazah saudara kita dapat diuruskan dengan baik dan sempurna sebaik sahaja mereka telah meninggal dunia.

Rujukan dari laman facebook:

  1. Fedtri Yahya
  2. Intan Maria Ahmad 

Artikel Menarik Lain

Jom baca panduan yang telah kami kongsikan di dalam Bidadari.my. Semoga panduan ini membantu. Jangan lupa untuk share dan like juga. Manlah tahu oanduan ini berguna untuk amsa hadapan.

Penulis: Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.