Siapa di sini yang anak nombor 2 ? Anak nombor 2 selalu mengalah dengan anak sulung kerana mereka lebih muda dan diajar untuk menghormati abang atau kakak. Pakaian yang telah dipakai oleh abang atau kakak akan dipakai semula oleh adik. Alasannya adalah hendak berjimat kerana waktu anak pertama lahir banyak baju dan mainan yang dibeli, ia juga masih elok dan berfungsi dengan baik.

Tetapi, ramai ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap perasaan anak nombor 2. Ibu bapa terlalu fokus dengan anak sulung kerana mereka akan menjadi contoh yang baik untuk adik-adik. Manakala anak bongsu akan menjadi anak yang paling manja dalam keluarga.

Apakah peranan anak nombor 2 ? Adakah menjadi anak nombor 2 satu kelebihan atau kekurangan ?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai menjadi anak nombor 2 bukan satu kekurangan, ia adalah satu kelebihan. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

kelebihan anak nombor 2
Image via bumbumcak

Fakta anak nombor 2

Pertama

Bukan semua anak nombor 2 akan kena Second / Middle Child Syndrome

Maksud Second Child Syndrom

Second Child Syndrome adalah keadaan di mana anak itu merasa dipinggirkan sehingga karakter dirinya boleh berubah menjadi low self-esteem, suka menyendiri, merasa tak disayangi dan suka buat benda yang menyakitkan hati.

"

Kedua

Sebenarnya ia bergantung kepada cara parenting ibubapanya. Jangan sampai kita terlalu fokus pada anak sulung dan terlalu bagi perhatian pada anak bongsu dan berharap anak nombor 2 memahami dengan sendirinya

Ketiga

Anak yang mengalami Second Child Syndrome ni cenderung untuk tunjuk perangai attention-seeking contohnya suka buat perangai pelik pelik, suka tantrum dan bergaduh dengan adik beradiknya

Kelebihan Anak Nombor 2

Tetapi menjadi anak kedua ataupun anak yang berada di tengah ( middle child ) bukanlah satu kekurangan

Anak kedua ni atau middle child ni biasanya lebih terbuka dengan idea baru kerana ego mereka lebih rendah. Mereka juga lebih bagus dalam memahami dan membaca karakter dan emosi orang lain di sekelilingnya

Yang penting adalah mak ayah kena sensitif dengan emosi anak dan ada sifat empati yang tinggi pada semua anak tanpa mengira anak tu anak sulung ke, anak kedua, ketiga ke dan seterusnya. Semua anak adalah anugerah terindah kepada kita daripada Pencipta!

*Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kasih sayang yang sama rata kepada anak-anak tidak kira anak keberapa sekali pun. Jangan sesekali memilih kasih terhadap anak-anak. Walaupun mereka tidak mengadu kerana kurang perhatian tetapi jauh di sudut hati mereka, rasa sedih, ingin perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa membuak-buak.

Amalan suka membanding-bandingkan juga perlu dielak kerana setiap anak ada kelebihan masing-masing. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .