Setiap pasangan yang sudah berkahwin inginkan anak yang sihat tubuh badan dan akalnya. Tetapi tidak semua pasangan mendapat anak yang sebegitu. Allah telah kurniakan anak yang istimewa untuk pasangan suami isteri yang istimewa.

Apabila anak disahkan adalah anak autism, semestinya ibu bapa akan rasa risau, sedih, takut dan tidak tahu bagaimana mana mahu buat. Tetapi percayalah, setiap masalah ada penyelesaiannya. Ibu bapa tidak patut rasa risau, takut dan bermacam lagi rasa negatif, malah perlu berfikir cara untuk mendidik mereka agar mereka boleh berdikari.

kemahiran yang perlu diajar kepada anak autism
Image via goodnewsnetwork.org

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kemahiran yang perlu diajar kepada anak autism. Cara mendidik anak autisme di rumah.

Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Beliau merupakan ahli patologi bahasa. Beliau juga mempunyai akademi sendiri iaitu Aishah Kassim Academy yang terletak di Selangor. Beliau memang pakar dalam mendidik anak-anak yang ada masalah dalam pertuturan bahasa. Selain itu, beliau juga sering berkongsi info di laman Facebooknya.

10 Kemahiran yang perlu diajar kepada anak autism

Anak autism adalah anak yang istimewa. Mereka tidak sama seperti kanak-kanak lain. Mereka memerlukan perhatian lebih dalam mendidik mereka. Berikut adalah kemahiran yang perlu ada dalam diri anak autism :

1. Improve kesedaran anak terhadap rangsangan luar dengan mededahkan anak kpd bnyk aktiviti2 yg melibatkan rangsangan sensori spt main air, main pasir, main benda melekit, comot dan lain-lain.

2. Improve perkembangan motor anak melalui aktiviti fizikal spt memanjat, melompat, berlari, swing, meniti dan lain-lain tetapi bukan lompat atau lari tidak tentu pasal ya. Walaupun berlari dan melompat mesti ada goal dan objektif.

3. Improve tumpuan, eye contact dan kebolehan anak untuk tunggu, lihat, dengar dan buat. Ajar anak untuk tiru perkara simple dulu seperti pergerakan, bunyi dan lain-lain.

4. Improve kefahaman bahasa. Ajarkan perkataan-perkataan harian yg biasa digunakan dirumah. Seperti objek sekeliling, org sekeliling, perbuatan yg biasa dibuat.

5. Ajar anak untuk respon pada kita seperti arahan. Bantu dan tunjukkan caranya jika anak tidak tahu mcm mana nak buat.

6. Banyakkan bermain dan berinteraksi untuk galakkan komunikasi 2 hala.

7. Jangan biar dia duduk seorang diri dan buat hal sendiri. Hal ini kerana, memang tidak membantu perkembangan langsung. Anak autism memang suka meyendiri tapi tidak bermaksud kita perlu biarkan mereka sendiri sebab takut mengamuk.

8. Cari minat anak dan tingkatkan minat tersebut, mana tahu mereka boleh jadi expert bagi minat mereka tu. Seperti melukis, mewarna, masak dan lain-lain (utk yg dh besar sikit la)

9. Masukkan anak ke tadika atau eip program untuk menggalakkan perkembangan mereka terutama sosial. Ibu bapa perlu cari tempat yang sesuai dan boleh menerima anak ni.

10. Jangan putus asa. Mereka anugerah Allah dan penghuni syurga. Mungkin mereka yang akan selamatkan kita nanti di akhirat.

*Besar pahala menjaga anak autism ini. Mungkin di dunia banyak cabaran dan halangan semasa menjaga anak autism ini, tetapi mereka adalah kunci kita untuk masuk ke syurga.

Mereka mungkin tidak seperti anak-anak yang lain tetapi mereka tetap seorang manusia seperti kita yang mahukan kasih sayang dan perhatian. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.