Bagi bayi yang baru lahir, demam kuning atau jaundice adalah di antara perkara paling serius yang perlu diperhatikan. Bayi yang terkena demam kuning dengan bacaan tinggi tidak akan dibenarkan pulang sehingga bacaan menjadi normal semula. Malah bagi bayi yang tidak terkena jaundice sekali pun, anda perlu sentiasa memerhatikan simptom jaundice pada bayi anda.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan jaundice, apakah simptom atau tanda-tandanya, serta carta bacaan jaundice iaitu bacaan normal jaundice bayi.

bacaan normal jaundice bayi
Sumber: Dosinghealth

Apakah yang dimaksudkan dengan demam kuning atau jaundice pada bayi?

Demam kuning pada bayi dikenali sebagai neonatal jaundice. Jaundice adalah keadaan di mana bayi anda nampak kekuningan kerana peningkatan kadar bilirubin dalam darah bayi anda. Apabila terkena jaundice, tubuh badan dan mata bayi anda akan kelihatan kekuningan. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dalam tubuh badan bayi anda daripada pemecahan sel darah merah.

Ia kemudiannya akan diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis. Bayi anda akan terkena jaundice sekiranya kadar bilubirin dalam badan terlalu tinggi daripada yang sepatutnya. Jaundis pada bayi biasanya berlaku dalam tempoh sebulan selepas bayi dilahirkan.

Oleh itu, walau pun bayi anda bebas jaundice semasa dilahirkan, anda perlu sentiasa memerhatikan tanda-tanda jaundice pada bayi anda. Jika bayi anda nampak kekuningan, segera bawa bayi anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.

Apakah jenis-jenis jaundice?

Untuk pengetahuan anda, jaundice pada bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Fisiologi jaundis dan Patologi jaundis. Fisiologi jaundis adalah demam kuning yang berlaku disebabkan oleh proses pemecahan sel darah merah yang tidak sempurna dan organ hati yang masih belum matang.

Sementara Fisiologi jaundis boleh berlaku disebabkan oleh fator-faktor berikut:

  • Ketidak serasian kumpulan darah di antara anda dan bayi. Dalam bahasa pasarnya, darah anda bergaduh dengan darah yang ada dalam tubuh badan bayi anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai darah Rhesus negative dan bayi anda mempunyai darah rhesus positif.
  • Defisiensi G6PD pada bayi. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kekurangan enzim dalam tubuh badan bayi anda lalu menyebabkan sel-sel darah merah dalam tubuh badan bayi anda menjadi tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu seperti kacang parang, racun serangga, dan sebagainya.
  • Fisiologi jaundis juga boleh berlaku kepada bayi anda disebabkan oleh jangkitan kuman. Bayi yang baru lahir adalah sangat lemah dan mudah dijangkiti oleh kuman dan bakteria.

Selain itu ada juga jaundice yang berlaku disebabkan oleh susu ibu.
Keadaan ini dikenali sebagai jaundice susu ibi. Ia berlaku apabila bayi anda tidak mendapat susu ibu yang mencukupi lalu menyebabkan bayi anda terkena jaundice.

bacaan normal jaundice bayi
Sumber: Pediacalls

Apakah simptom atau tanda jaundis pada bayi?

Berikut adalah di antara tanda atau simptom demam kuning atau jaundis yang perlu anda perhatikan pada bayi anda:

  • Bayi anda kelihatan kekuningan pada bahagian mata dan tubuh badan dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  • Mukosa mulut dan hidung bayi anda kelihatan kekuningan.
  • Bayi anda meragam dan menangis tanpa sebab.
  • Bayi anda tidak suka apabila diangkat.
  • Bayi anda menangis dengan tangisan yang bernada tinggi.
  • Bayi anda mengalami kegatalan kulit di mana kulitnya kemerah-merahan seperti ruam.
  • Kekuningan pada bayi anda meningkat dengan kadar yang cepat. Bayi anda nampak semakin kuning setiap kali dipandang.
  • Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu seperti biasa.
  • Najis bayi anda berwarna pucat daripada yang biasa.
  • Air kencing bayi anda kelihatan lebih pekat daripada yang biasa.

Carta bacaan jaundice: apakah bacaan normal jaundice?

Bayi anda akan disahkan mempunyai jaundice atau tidak berdasarkan kadar bacaan bilubirin didalam darahnya. Apabila bayi anda dibawa untuk pemeriksaan dalam keadaan kekuningan, ujian darah akan dilakukan untuk memastikan tahap bilubirin dalam darah bayi anda. Darah bayi anda akan diambil sedikit untuk tujuan pemeriksaan.

Bacaan normal bagi jaundice bayi ialah kurang daripada 5 mg/dL. Oleh itu, jika ujian darah bayi anda menunjukkan bahawa kadar bilubirin dalam darahnya ialah kurang daripada 5 mg/dL, maka bayi anda bebas daripada jaundice. Namun sekiran bacaan yang diperolehi adalah lebih daripada 5 mg/dL, maka bayi anda mempunyai jaundice.

Semakin tinggi bacaan kadar bilubirin yang diperolehi, maka semakin tinggi jaundice bayi anda. Bacaan bilubirin yang terlampau tinggi boleh membahahayakan kesihatan dan nyawa bayi anda.

bacaan normal jaundice bayi
Sumber: Pinterest

Apakah rawatan untuk jaundice pada bayi?

Sekiranya bacaan bilubirin bayi anda terlalu tinggi, bayi anda akan ditahan diwad untuk menjalani rawatan fisioterapi di mana bayi anda akan diletakkan dibawah lampu biru dengan tujuan untuk mengurangkan kadar bilubirin dan kekuningan yang dialami.

Fisioterapi dilakukan dengan meletakkan bayi anda dibawah sebuah mesin yang memancarkan cahaya UV yang berwarna biru. Bayi anda akan diletakkan di bawah cahaya tersebut selama beberapa jam berdasarkan kiraan yang telah dilakukan oleh doktor.

Jika bacaan bilubirin adalah rendah, anda akan dibenarkan untuk membawa bayi anda pulang namun perlu sentiasa memantau tahap kekuningan bayi anda. Anda akan diminta untuk membawa semula bayi anda jika kekuningan pada bayi anda meningkat dan kelihatan semakin ketara.

Itulah dia info tentang bacaan normal jaundice yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang anak kerap demam , tempat simpanan untuk anak dan punca bayi lambat merangkak

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.