Kami tidak nafikan banayk tips dan petua yang dikongsi di luar sana cara mendidik anak lelaki.Tetapi di sini kami cuba untuk kongsikan tips dan petua yang boleh ibu ayah cuba.

Sebagai ibu bapa, semestinya anda tercari-cari apakah kaedah mendidik anak lelaki yang terbaik dengan kesan yang memberangsangkan.

Jika anda google di internet, anda akan junpa pelbagai kaedah yang boleh dicuba. Jom ketahui cara mendidik anak lelaki guna teknik psikologi yang terbukti berkesan.

cara mendidik anak lelaki
Sumber: Shutterstock

1. Didik anak lelaki untuk mendirikan solat dengan cara yang lemah lembut tanpa sebarang paksaan

Solat merupakan tiang agama, dan sebagai ibu bapa adalah menjadi tanggung jawab anda untuk mendidika anak lelaki supaya solat seawal yang mungkin. Apabila anak lelaki anda sudah berumur 10 tahun, anda dibolehkan untuk merotan sekiranya dia tidak mahu bersolat.


“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )

Jadi, kaedah merotan yang bagaimanakah sesuai untuk anda amalkan jika anak lelaki anda liat untuk bersolat? Jangan sesekali merotan badan anak lelaki anda sehingga berbirat, berdarah, dan mengakibatkan kecederaan. Sebaliknya rotan dengan sederhana di tapak kaki dan betisnya sebagai peringatan.

2. Jangan pukul anak lelaki menggunakan anggota badan seperti kaki dan tangan

Sebagai ibu bapa, elakkan memukul anak lelaki dengan tangan atau kaki. Jika hendak memukul dengan niat untuk mendidik, gunakan rotan, penyangkut baju, dan sebagainya.

3. Jangan pukul anak lelaki dari bahagian lutut ke atas

Cara mendidik anak lelaki cara psikologi yang seterusnya ialah jangan sesekali pukul anak lelaki anda dari bahagian lutut ke atas. Jika ingin memukul, pukul bahagian betis dan ke bawah.

cara mendidik anak lelaki
Sumber: Astroawani

4. Peluk anak lelaki setiap hari walau pun anak kelihatan rimas

Anak lelaki anda mungkin akan berasa rimas apabila dipeluk, namun amalkan memeluk anak lelaki anda setiap hari dengan penuh kasih sayang. Pelukan dari seorang ibu dan bapa akan memberi ketenangan kepada anak lelaki anda.

5. Panggil anak lelaki dengan nama yang baik, manja, dan sedap didengar

Elakkan memanggil anak lelaki anda dengan nama yang memalukan seperti Gemuk, Hitam, Botak, Rongak, dan sebagainya bagi menjaga maruah dan air muka anak lelaki anda.

6. Pandang anak lelaki dengan pandangan penuh kasih sayang

Anak lelaki mungkin tidak manja dan tidak rapat dengan anda seperti anak perempuan. Namun percayalah, jika anda amalkan memandang anak lelaki dengan pandangan penuh kasih sayang, pastinya anak lelaki akan dapat merasakan kasih sayang yang ada dalam diri anda.

cara mendidik anak lelaki
Sumber: Gordonparenting

7. Jangan lupa untuk memberikan pujian apabila anak melakukan sesuatu yang baik atau membawa pulang berita yang gembira

Jangan ingat anak perempuan sahaja suka dipuji. Anak lelaki anda juga akan berasa sangat gembira apababila dipuji oleh ibu bapanya apabila melakukan perkara yang baik atau membawa pulang berita gembira. Manusia mana yang tak sukakan pujian?

Pujian merupakan salah satu daripada cara anda menunjukkan pernghargaan kepada anak lelaki. Sekali-sekala, boleh juga anda berikan hadiah, bersama pujian.

8. Jika anak lelaki melakukan kesalahan, jangan terus menjatuhkan hukuman

Menghukum anak lelaki yang melakukan kesalahan tidak salah, kerana hukuman yang diberikan akan menjadi pengajaran kepada anak anda supaya tidak diulangi pada masa akan datang. Namun, sebelum menjatuhkan hukuman setiap kali anak lelaki anda melakukan kesalahan, berikan peluang kepada anak lelaki anda untuk memberi penjelasan.

Memberikan peluang kepada anak lelaki anda untuk membela diri sendiri akan membentuk keyakinan dalam diri anak anda dan dalam masa yang sama anak lelaki anda akan berasa bahawa anda percaya kepada dirinya dengan memberikan peluang.

Sesekali, berikan kemaafan tanpa sebarang hukuman kepada anak lelaki anda. Bukan semua kesalahan wajib dihukum. Anak lelaki anda sedang membesar dan sebagai manusia biasa, anak lelaki anda takkan lari daripada melakukan kesalahan.

9. Dengar apabila anak lelaki anda bercakap

Di antara kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa ialah kegagalan untuk mendengar apabila anak lelaki anda bercakap. Kebiasaannya perkara ini berlaku kerana ibu bapa terlalu asyik dengan telefon bimbit atau pun terlalu penat setelah pulang dari kerja.

Sebagai ibu bapa, mendengar apabila anak lelaki anda bercakap merupakan salah satu cara mendidik anak cara psikologi yang sangat berkesan. Mendengar akan membuatkan anak lelaki menjadi semakin rapat dengan anda, dan percaya kepada anda. Maka, apabila anak lelaki anda mempunyai sesuatu yang penting atau ada masalah untuk dikongsikan, dia akan datang kepada anda.

Jika anda tidak mendengar apabila anak lelaki anda bercakap, dia akan menganggap bahawa anda tidak mengambil berat dann tidak berminat untuk mendengar apa yang dikatakan. Sebagai alternatif, anak lelaki anda akan memilih untuk bercerita kepada orang lain yang lebih berminat seperti kawan-kawan. Akibatnya, anak lelaki anda akan menjadi sangat rapat dengan kawan tetapi renggang dengan anda.

cara mendidik anak lelaki
Sumber: Femalefirst

10. Sentiasa tunjukkan kasih sayang kepada anak lelaki supaya dia tahu anda sentiasa mengambil berat

Cara mendidik anak lelaki guna teknik psikologi yang terakhir ingin kami kongsikan kepada anda ialah jangan lupa untuk sentiasa menunjukkan betapa sayangnya anda kepada anak lelaki. Pastikan anak lelaki anda tahu bahawa anda sentiasa mengambil berat tentang dirinya walau sesibuk mana pun anda dengan urusan seharian.

Ada yang beranggapan bahawa anak lelaki tidak memerlukan kasih sayang dan perhatian seperti anak perempuan, ianya adalah salah sama sekali. Seperti anak perempuan, anak lelaki juga sentiasa dahagakan kasih sayang daripada kedua ibu bapa. Tiada bezanya.

Itulah dia 10 cara mendidik anak lelaki guna teknik psikologi yang terbukti berkesan. Jika anda amalkan tips yang kami kongsikan ini, insya Allah anda akan melihat hasilnya dalam masa terdekat. Sekiranya anda sukakan perkongsian kami tentang cara mendidik anak lelaki ini, kami pasti anda juga pasti akan menyukai tulisan kami tentang punca anak kerap demam, tips turunkan demam anak

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.