10 ciri anak istimewa autisme untuk rujukan para ibu bapa. Menerusi artikel ini, kita akan sama-sama membincangkan mengenai ciri-ciri autisme yang boleh dikenal pasti seawal usia 2 tahun.  Gangguan autisme lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak lelaki.

ciri austisme

Imej viaAlteredego

Statistik telah menunjukkan bahawa 1 daripada 160 orang kanak-kanak telah disahkan menghidapi gangguan austime dan ini membuktikan hampir 2 juta rakyat Malaysia  yang berusia antara lima hingga 18 tahun sebenarnya mengalami masalah autisme.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga Mei 2017 seramai 15,484 penghidap autisme telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara berbanding seramai 12,785 orang pada tahun 2016.

Sehingga Mei 2017 hampir 40,000 kanak-kanak autisme telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Namun masih ramai yang tidak tahu apakah itu autisme dan bagaimana untuk mengesan mereka yang mengalami masalah autisme.

Apa Itu Autisme

Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan Yunani ; aut : diri sendiri dan isme : orientasi atau keadaan. Secara asasnya berdasarkan ayat diatas ,autisme membawa maksud keadaan diri sendiri.

Seorang pakar psikologi dari Harvard iaitu Leo Kenner memperkenalkan istilah autisme pada 1943 selepas melakukan pemerhatian terhadap penghidap autisme yang memberikan respon negatif dalam proses berkomunikasi, mengasingkan diri dan tidak fleksibel emosinya berbanding orang normal.

Manakala menurut istilah perubatan autisme adalah kecelaruan perkembangan yang beri kesan kepada kemampuan untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang sekeliling.

apa itu austisme

Imej via Karenlinstrange

10 Ciri-ciri Awal Autisme

Autisme adalah gangguan kepada perkembangan anak yang agak kompleks dan biasanya boleh dikesan seawal umur tiga tahun. Secara amnya, anak-anak akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dan meluahkan perasaan dan kemahuannya.

Gangguan ini akan menyebabkan pergaulan anak-anak ini terbatas.

Ibu bapa boleh mengesan ciri-ciri autisme pada anak-anak seawal usia 18 bulan. Antara ciri-ciri autisme adalah;

1. Gangguan Komunikasi Dan Bahasa

Anak-anak autisme mengalami gangguan komunikasi seperti lambat bercakap malah ada yang gagal bercakap secara keseluruhan. Anak-anak autisme akan berkomunikasi menggunakan bahasa tubuh dengan meniru apa yang orang lain sebut dan mereka tidak mampu untuk memahami apa yang disebutkan.

2.  Masalah Kognitif

Kognitif membawa maksud proses untuk mentafsir , mempelajari dan memahami sesuatu perkara. Menurut Michael Waldman penyelidik kesan autisme, menerusi jurnalnya membincangkan bahawa anak-anak autisme ini mengalami masalah buta akal separa. Anak-anak austime sukar untuk memahami  konsep yang difikirkan orang normal.

3.  Perkembangan Motor Yang Lambat

Anak-anak autisme biasanya mengalami perkembangan motor yang agak lambat berbanding anak yang normal. Kebolehan mereka untuk merangkak , bercakap dan berjalan agak ketinggalan.

Antara contoh perkembangan motor yang lambat;

Bayi 6 bulan : masih tidak boleh senyum dan menunjukkan perasaan riang

Bayi 9 bulan : tidak mampu untuk mengeluarkan bunyi dan menunjukkan riak ekspresi muka.

Bayi 12 bulan : lambat bercakap dan tidak mahu bergerak aktif seperti melakukan pergerakan melambai.

4. Perlukan Perhatian Secara Berlebihan

Antara tanda autisme adalah anak-anak ini tidak selesa dengan orang yang tidak dikenali.  Mereka hanya selesa bersama dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang rapat sahaja.

Kebolehan mereka untuk bersosial dengan orang lain agak terbatas. Anak-anak autisme sukar untuk berkawan dan bermain dengan orang yang berada diluar ‘comfort zone’nya.

5. Gangguan Emosi

Penghidap autisme menghadapi masalah emosi yang tidak stabil. Mereka cenderung untuk ketawa, marah dan menangis seorang diri tanpa sebab yang munasabah.  Sekiranya mereka gagal mendapatkan apa yang mereka ingini mereka akan bertindak agresif dan sukar dikawal.

6. Tidak Fleksibel

Ini merupakan ciri ringan autisme dimana biasanya anak autisme tidak mampu menerima perubahan. Mereka akan bertindak diluar kawalan apabila situasi atau susunan sesuatu itu kelihatan asing kepada mereka. Anak autisme amat sukar untuk melepaskan barang kegemaran mereka.

7. Tindakan Yang Berulang

Anak autisme sering mengulangi perbuatan seperti mengibas tangan , memandang siling atau memusing tangan. Selain itu mereka juga mudah untuk meniru perbuatan atau bunyi yang mereka dengari secara berulang kali. Minat anak autisme juga agak terhad kepada satu dua perkara sahaja.

8. Tiada ‘Babbling’

‘Babbling’ atau baby talk adalah pertuturan atau bahasa yang digunakan bayi apabila mencecah usia 12 bulan. Anak normal akan berkomunikasi dengan orang sekeliling dalam bahasa bayi namun anak autisme cenderung untuk tidak melakukan baby talk.

9. Tiada ‘Eye Contact’

Tiada ‘eye contact’ merupakan salah satu ciri awal autisme. Ibu bapa boleh kenal pasti tanda ini dengan kaedah cuba senyum dan memandang mata anak ketika memberi makan. Sekiranya bayi anda tidak memberi sebarang tindak balas maka bayi anda berkemungkinan menghidapi autisme.

10. Tidak Mahu Senyum

Kebiasaannya bayi akan mula senyum pada usia 6 bulan dan keatas namun sekiranya bayi anda tidak mahu senyum atau jarang senyum ini menunjukkan bahawa dia berpotensi untuk menghidapi autisme.

Faktor yang Menyebabkan Austime

Menurut pakar, autisme berlaku disebabkan oleh  beberapa faktor antaranya adalah genetik, ibu bapa yang mengandung sudah berusia ataupun terdedah kepada persekitaran yang bertoksik.

Menurut Institut Perubatan, Pediatrik Amerika Academy, vaksin bukanlah faktor yang menyebabkan autisme kerana tiada kajian yang menunjukkan autisme berkaitan pengambilan vaksin.

Rawatan Autisme

Autisme merupakan gangguan dalam  pertumbuhan mental seseorang dan ia masih boleh dirawat bergantung kepada keadaan penghidapnya. Ya, tiada istilah sembuh 100 % daripada autisme namun dengan rawatan yang betul, ini dapat membantu perkembangan tumbesaran anak autisme di masa hadapan.

Antara rawatan yang boleh dilakukan untuk membantu anak-anak autisme ini adalah seperti terapi pertuturan , latihan kemahiran sosial dan terapi kelakuan. Rawatan ini dapat membantu anak-anak autisme untuk meningkatkan kebolehan untuk bersosial dan menjalani kehidupan harian.

Bagi memberi sokongan kepada penghidap autisme 2 April setiap tahun telah diisytiharkan sebagai hari kesedaran autisme sedunia.

Ibu bapa jangan abaikan simptom-simptom autisme yang dilihat pada anak-anak anda. Gunakan input didalam artikel ini untuk membantu anak anda menjadi autisme yang berjaya. Dapatkan nasihat daripada pakar.

Sebagai ibu bapa anda tidak boleh malu mempunyai anak autisme kerana anak anda bukanlah

Sekiranya anda tidak mempunyai anak autisme sebaiknya masih perlu tahu apa simptom autisme dan bersama-sama membantu mereka yang memerlukan. Antara tokoh dunia yang menghidapi autisme adalah Albert Einstein , Michaelangelo dan Mozart.

Jemput juga baca artikel menarik lain seperti doa pelembut hati anak dan doa untuk anak.

Rujukan

Penulis: Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Berkhidmat sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Melayu mendatangkan minat dalam bidang penulisan.Suka berkongsi idea dan info dengan rakan-rakan tak kira di alam maya atau realiti . Mengharapkan setiap yang membaca mendapat manfaat yang sebaiknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.