Ramai orang kecewa dengan kehidupan dan kerjaya atas perkara yang tidak disukai. Ya, pasti kita akan berasa down atau sedih malah kita memerlukan semangat dari kawan-kawan dan keluarga. Namun, tidak semua orang sekeliling kita adalah positive circle buat kita.

kata-kata semangat
Imej via [Google]

Kata-kata semangat penting untuk menaikkan semula semangat dan membangkitkan kita ketika jatuh. Apatah lagi jika kita kecewa dengan kehidupan dan kerjaya. Jom lihat senarai kata-kata semangat untuk kehidupan dan kerjaya anda.

Kata-Kata Semangat Untuk Kehidupan

Imej via [positivejar]
  1. Orang yang gagal akan nampak alasan pada setiap peluang, manakala orang yang berjaya akan nampak peluang dalam setiap alasan.
  2. Tanpa permulaan, anda tidak akan menempuh kejayaan dan keuntungan.
  3. “Man Jada Wajadda”, Siapa berusaha, dia yang dapat.
  4. Anda akan lebih berjaya daripada orang lain dengan melakukan perkara luar biasa, orang lain tidak berjaya kerana tidak melakukan perkara luar biasa.
  5. Untuk menjadikan dunia anda lebih baik, anda sendiri perlulah berubah menjadi lebih baik.
  6. Mulut orang tak boleh tutup tetapi boleh diubah dengan tindakan dan kejayaan kita.
  7. Hiduplah dengan nafas baru yang tak pernah putus asa, seperti bayi kecil yang tak putus asa jatuh bangun.
  8. Apabila kita terasa malas hendak solat, ketahuilah bahawa kita sudah mula untuk hilang segala-galanya.
  9. Api yang menjulang-julang bermula dengan percikan api. Tindakan yang kecil menghasilkan kesan yang besar.
  10. Buruknya mengenai masa adalah ianya akan terus berlalu. Baiknya mengenai masa adalah anda yang menentukan arahnya.
  11. Tanpa kesilapan, anda tidak akan berada pada kejayaan.
  12. Menjadi diri sendiri adalah rahsia kejayaan dan kayinanan dalam pembinaan diri seseorang.
  13. Galilah telaga sebelum kehausan. Sedarilah sesuatu perkara sebelum mendapat kesan.
  14. Hanya beberapa detik sahaja sudah mampu membezakan antara juara lumba lari dan naib juara.
  15. Ketenangan tidak boleh diatasi dengan kemarahan, Ketenangan hanya boleh diatasi dengan kemaafan.
  16. Comfort Zone is your worst enemy. You will not move anymore till you die.
  17. Kadang-kadang, tangan yang membantu anda adalah tangan yang menghalang anda sebelumnya.
  18. Lihat apa yang ada di depan dengan pandangan luas dan bersemangat. Lihat ke belakang hanya menyempitkan usaha dan menjatuhkan semangat sahaja.
  19. Siapakah musuh dan cabaran utama kamu? Tiada yang lain selain dari diri sendiri.
  20. Jangan fikir ‘kenapa anda’ ia berlaku, tetapi fikirlah ‘disebabkan anda’ ia berlaku.
  21. Jika anda berada di penghujung tali dan tiada tempat bergantung, lompatlah pada tali yang lain yang lebih kukuh.
  22. Anda bukanlah pemula selama-lamanya, anda adalah pejuang selama-lamanya.
  23. Lebih baik gagal diri daripada termakan puji. Gagal diri menaikkan anda di kemudian hari manakala termakan puji menjatuhkan anda di kemudian hari.
  24. Kehidupan dan kejayaan bukanlah sesuatu perlumbaan tetapi ia adalah sesuatu perjalanan.
  25. Belajar sesuatu, buat dahulu. Bukannya belajar semua, tetapi satu pun tak sempat buat.
  26. Banyak teknik dan strategi untuk semua perkara, bukanlah hanya ada 1 pilihan yang tak berkesan sahaja.
  27. Kejayaan yang sebenar adalah apabila anda berjaya jadikan orang lain turut berjaya
  28. Anda tidak akan kenal diri sendiri melalui kejayaan dan kesenangan, tapi anda akan kenal diri sendiri melalui kegagalan dan kesusahan.
  29. Semangat tidak boleh dinaikkan pada masa yang perlu, tetapi semangat hanya boleh dihidupkan masa dan cara yang betul.
  30. Di saat anda hilang semangat, fikirkan semula kenapa anda bermula.
  31. Kerjaya tidak menentukan kejayaan sebenar, hati budi jua lah kejayaan sebenar dalam diri seseorang.
  32. Kurangkan mengeluh apa yang kita belum kecapi, tetapi syukuri dengan apa yang kita telah dapati.
  33. Jika peraturan jalan raya pun mudah dilanggar, apatah lagi peraturan hidup, dunia dan akhirat.
  34. Jika boleh membeli masa, pasti ramai membelinya kerana masa sememangnya tidak cukup jika tidak diurus dengan baik.
  35. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. Sekarang akan menentukan masa depan seseorang.
  36. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
  37. Letakkanlah matlamat dan perancangan walau sekecil mana pun rancangan kamu.
  38. Jangan fikir apa yang telah terjadi, tetapi fikirlah apa yang akan terjadi.
  39. Semangat takkan hilang jika jiwa dan hati tidak berpaling
  40. Kerjalah bersungguh-sungguh seolah-olah anda akan hidup selamanya.

Kata-Kata Semangat Untuk Kerjaya

Imej via [Thegorbalsla]

Kata-kata semangat untuk membina kerjaya atau bangkit semula sebagai seseorang yang berjaya juga penting. Ada boleh amalkan membaca kata-kata semangat setiap pagi sebelum bermulanya kerja dan juga berkongsi dengan kawan-kawan untuk aura positif. Jom baca kata-kata semangat untuk kerjaya pula!

  1. Kerja adalah sesuatu perbuatan yang mulia di sisi Allah. Lebih mulia lagi dengan cara kerja yang kita lakukan.
  2. Jangan mengeluh untuk melakukan sesuatu, semakin banyak mengeluh, semakin gagal menghampiri.
  3. Berehat bersungguh-sungguh, bekerja bersungguh-sungguh.
  4. Sepenat-penat bekerja, penat lagi menganggur.
  5. Tiada pekerjaan yang paling hina di dunia selagi ia tidak bertentangan Agama. Semua orang mampu bekerja walaupun kerja buruh yang halal.
  6. Orang yang berjaya adalah orang yang bekerja dan bermula dari bawah
  7. Bakat tidak boleh dibeli dengan kerjaya, kerjaya juga tidak boleh membeli bakat.
  8. Jika kamu tidak menyukai sesuatu, ubahlah. Jika tidak bisa mengubahnya, ubah sikapmu.
  9. Satu-satunya cara untuk melakukan pekerjaan yang hebat adalah dengan mencintai apa yang kamu lakukan.
  10. Jangan memilih kerja tetapi pilihlah masa depan.
Imej via [Kykuu]

Itulah dia kata-kata semangat berkaitan kehidupan dan kerjaya. Anda haruslah bersemangat untuk mengecapi kejayaan dalam hidup serta mendapat tempat di arena kerjaya.

Jemput baca 5 Kisah Tazkirah Ringkas, 60 Mutiara Kata dan juga Sumbangan Ibnu Khaldun.

Penulis: zulrina

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.