Anak-anak adalah anugerah terindah bagi setiap ibu bapa. Ianya anugerah yang bukan semua pasangan boleh dapat. Ada pasangan suami isteri yang bertahun-tahun kahwin tetapi masih belum memiliki anak. Tetapi ada juga pasangan yang dikurniakan anak yang ramai.

Apabila anak-anak sudah pandai bermain apabila disergah, mulalah para ibu bapa mahu anaknya cepat-cepat pandai berjalan dan bercakap. Perkataan yang paling ingin didengari adalah “ibu” dan “ayah”. Kalau nak senang panggil “mama” dan “papa” dan disingkatkan jadi ma dan pa.

Bagaimanakah cara untuk kita berinteraksi dengan anak untuk mempercepatkan proses cakap mereka?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips berinteraksi dengan bayi supaya cepat bercakap. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Beliau merupakan ahli patologi bahasa. Beliau juga mempunyai akademi sendiri iaitu Aishah Kassim Academy yang terletak di Selangor. Beliau memang pakar dalam mendidik anak-anak yang ada masalah dalam pertuturan bahasa. Selain itu, beliau juga sering berkongsi info di laman Facebooknya.

8 Tips Berinteraksi Dengan Anak

tips interaksi dengan bayi
Image via popmama.com

Tips ini dikongsikan untuk bayi yang berumur dalam lingkungan 6 hingga ke 12 bulan. Berikut adalah tip-tips yang diberi :

1) Selalu main-main sebut bunyi seperti sebut bunyi “ma,” “da,” dan “ba.” dengan baby.

Kalau ikut perkembangan pertuturan kanak-kanak, bunyi2 ni bayi start sebut dalam 6-8 bulan. So dah boleh acu2 sebut dengan diorang. Bersahut-sahutan lagi bagus . Macam echo gitew. Dia sebut, kita sahut.

"

2) Kalau main dengan bayi tu, elok la aras mata tu sama level.

Disarankan meniarap or baring bersama. Biar bayi rase ‘kengkawan’ gitew. Suara yang kita keluarkan pun tidaklah dengar sayup2 je di telinga diorang.

3) Selalu bagi respon pada setiap bunyi yang bayi hasilkan.

Senang cakap, buat-buat faham je baby tu cakap ape (walaupun kita tidak faham ape). Tengok pada body language baby, then respon dengan suara yang menarik.

Contoh: Baby tengok muke kite, pastu gelak-gelak dan sebut “ma~~…dadada aaa baa” boleh respon “oooo mak cantek eyhhh? mak cantek macam Mira Filza eyhhh” gorengla apapun, janji respon.

4) Tiru balik bunyi-bunyi yang bayi hasilkan

Boleh tiru dengan ekspresi dan pergerakan badan sekali. Baby golek dan gelak, kita pun golek dan gelak.

5) Bercakap semasa mandi, makan atau sedang pakai baju dan lain-lain lagi.

Bercakap pasal apa? Bercakapla tentang apa yang sedang dilakukan, di mana, lepas tu nak buat apa dan siapa dan apa yang sedang ada depan mata. Sambil-sambil itu boleh terangkan dan jelaskan.

6) Banyakkan juga bahasa badan sambil bercakap.

Ini menambahkan lagi kepantasan bayi proses maklumat dan bahasa. Bahasa Melayu ni bagi baby kita macam Bahasa Rusia untuk kita. Contohnya, kita jalan-jalan kat Moscow yang sejuk tu dan kita nak pegi toilet. Kita pun tahan orang nak tanya jalan. Kita rasa kita dah habis speaking Russian dah, sekali org Rusia tu tak faham pun. So kalau boleh gerak2 sikit tangan, tunjuk2 sikit dengan ekspresi muka yang kita dalam situasi kecemasan. Begitu juga dengan bayi, mereka akan lebih ingat dengan bahasa badan berbanding perkataan.

7) Memperkenalkan bunyi haiwan

Boleh buat bunyi haiwan sambil kaitkan bunyi dengan makna yang tertentu. Contohnya, “Ni kucing. Kucing bunyi nyiawww!”….”Ni harimau….bunyi die aauummm” . Cara ini dapat membuatkan bayi lebih peka dan fokus.

8) Bedtime story.

Jadikanlaaa rutin baca buku cerita kat bayi anda sebelum dia tidur. Ataupun tengah duduk saja pun boleh kalau nak bacakan buku. Pastikan suara tu menarik (macam orang dalam High 5 tuuu). Buku tu elokla besar dan warna yang terang dan tak banyak tulisan.

*Mudahkan tips yang dikongsikan oleh Puan Aishah. Tips ini boleh dilakukan oleh semua para ibu bapa. Walaupun kita sibuk bekerja tetapi kita masih boleh berinteraksi dengan bayi kita.

Tips ini tidak memerlukan masa yang lama, sekadar kita bermain dengan mereka sambil menyiapkan pakai minum mereka sahaja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.