Sebagai seorang muslim yang mampu, menjejakkan kaki ke Tanah Suci adalah satu keindahan yang tidak terucap. Kejayaan berada di tanah tempat Rasulullah SAW pernah berpijak ternyata satu pengalaman yang amat mengujakan.

Tambahan pula di tanah suci inilah terletaknya Kaabah yang menjadi arah tuju solat selama ini.

Ganjaran Mengerjakan Umrah Dan Kelebihan

umrah mabrur
Imej via Bidadari.My

1. Menjadi Tetamu Allah

“Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Agong kepada Allah SWT, sekiranya mereka berdoa kepada-Nya nescaya Allah SWT perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah SWT ampunkan mereka”. – (Riwayat al-Nasa’iy dan Ibnu Majah).

2. Membantu Menghapuskan Dosa

“Di antara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya dan tidak balasan bagi haji mabrur melainkan syurga”. – (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Mendorong Permintaan Menjadi Makbul

Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah dengan maksudnya:

“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipat gandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham.” – (Al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

5 Tips Bagi Mendapatkan Umrah Mabrur Ketika Di Tanah Suci

Bagaimana untuk mendapatkan umrah yang mabrur? Soal penerimaan urusan umrah anda itu hanya Allah SWT yang tahu. Namun jika ditanya apakah tips yang boleh membantu bagi mendapatkan umrah yang mabrur, maka inilah serba sedikit langkah yang perlu anda ketahui agar dapat menyiapkan diri untuk berusaha sedaya upaya bagi mendapatkan hasil umrah yang terbaik.

#1 – Sediakan pakaian yang sesuai dan selesa

Bagi perjalanan umrah, perkara penting yang perlu diingat ialah pakaian yang dipakai sepanjang perjalanan merupakan kain ihram bagi lelaki manakala wanita berpakaian menutup aurat (biasanya memakai telekung dan berjubah).

Semua umat Islam yang bakal menunaikan umrah dinasihatkan agar berniat serta digalakkan untuk terus berpakaian umrah supaya tidak tergesa-gesa untuk miqat setibanya di tanah suci nanti.

#2 – Peka dengan keadaan sekeliling semasa sedang beribadah

Bagi anda yang baru pertama kali mengerjakan umrah, anda dinasihatkan agar mengikuti mutawif anda dengan rapat. Anda juga perlu mengetahui lokasi penginapan dan membawa buku panduan umrah bersama sepanjang masa. Ini bagi mengelakkan masalah tersesat dan sebagainya.

#3 – Usaha untuk khusyuk ketika solat

Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Cuba sedaya upaya untuk khusyuk dalam solat. Peluang anda untuk bersolat di Masjidil Haram sangat besar. Mereka yang bersembahyang di dalam Masjidil Haram ini akan mendapat 100,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Makkah), dan masjid Rasulullah (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Baitulmaqdis).”Hadis riwayat Bukhari

#4 – Sentiasa bersedia dengan produk sesuai

Berada di Tanah Suci dengan cuaca yang berbeza di negara sendiri memang sangat mencabar. Tenaga yang banyak diperlukan dan tumpuan dalam melakukan ibadah tidak boleh terjejas.

Kerana itu anda perlu membawa sekali produk yang sesuai untuk penjagaan kulit dan tubuh. Namun pastikan produk tersebut 100% halal tanpa was-was untuk di bawa beridabah.

#5 – Jaga perilaku dan adab dengan baik

Tidak hanya perlu menjaga kesihatan fizikal supaya sentiasa di dalam keadaan baik, anda juga perlu menjaga perilaku dan tutur kata agar tidak tersalah laku dan perkataan. Anda wajib sentiasa ingat yang tanah tempat anda berpijak ketika itu adalah tanah suci Mekah yang sangat hampir dengan Allah SWT.

Utamakan Persiapan Diri Untuk Urusan Menunaikan Umrah

Yang penting, sebelum bertolak ke Tanah Suci anda terlebih dahulu perlu menyiapkan diri dengan sebaik mungkin dari segi fizikal dan mental. Malah anda juga perlu pastikan semuanya dalam keadaan yang baik dan sempurna agar urusan umrah anda nanti dipermudahkan.

Antara persiapan diri yang perlu diberi perhatian untuk urusan menunaikan umrah adalah:

  • Memperbetulkan tujuan semata-mata kerana Allah S.W.T
  • Mendapatkan ilmu yang cukup 
  • Menggunakan sumber wang yang halal 
  • Menjaga kesihatan jasmani dan rohani 
  • Menyempurnakan semua rukun Islam yang lain 
  • Memperbanyakkan amalan sedekah
  • Menunaikan sembahyang berjemaah 
  • Menjauhi amalan-amalan syirik 
  • Memperbaiki akhlak dan menghindari sifat-sifat mazmumah (tercela) 
  • Membersihkan diri dari dosa 
  • Berdoa dan bertawakkal 

Semoga Memperoleh Umrah Mabrur Untuk Para Jemaah

Pengalaman sepanjang di Tanah Suci semestinya tidak patut dipersiakan. Sambil mengenang segala susah payah Nabi SAW dalam memperjuangkan Islam tercinta, para jemaah juga perlu berusaha untuk mengerjakan ibadah umrah dengan habis baik bagi mendapatkan umrah yang mabrur.

Anda adalah insan pilihan Allah SWT untuk menjadi tetamu teristimewa maka gunakanlah dengan penuh rasa syukur sebagai tanda seorang hambaNya.

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Penulis bebas yang berkerjaya dari rumah. Fokus menulis dgn skill SEO dalam gaya santai untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.