bayi merangkak
Imej via [Tribunnews]

Merangkak merupakan bahagian terpenting perkembangan bayi anda kerana banyak sebab dan kebaikannya yang tersendiri. Sudah tentu, ia membawa keupayaan bayi tersebut ke tahap yang baru. Tetapi ia juga merangsang pertumbuhan dan menyusun pelbagai kemahiran lain.

Sesetengah pakar pula merujuk peringkat ini sebagai “kelahiran psikologi” bayi, kerana ia merangsang pertumbuhannya dan menyaring banyak kemahiran lain. Jadi sebagai ibu bapa, anda harus galakkan bayi anda untuk lebih merangkak semasa proses pembesarannya. Jom lihat ketahui 9 kebaikan bayi merangkak yang perlu ibu bapa ketahui.


1. Membantu Bayi Anda Belajar Berkomunikasi Dan Berinteraksi

bayi merangkak
Imej via [motherandbaby]

Apabila kita perhatikan bayi merangkak, cuba anda perhatikan bagaimana dia beralih untuk melihat ke belakang. Hal ini terjadi kerana bayi tersebut sedang memeriksa di mana anda berada dan mencari apa-apa arahan yang anda sampaikan dengan ekspresi wajah dan gerak isyarat, seperti menggelengkan kepala anda untuk bermaksud ‘jangan’ sebagai contohnya.

Semasa dia meneroka dunianya yang baru, bayi anda memerlukan keyakinan bahawa dia boleh melihat kepada anda untuk bimbingan jika dia tidak pasti atau takut.


2. Membantu Merangsang Daya Penglihatan Bayi Anda

bayi merangkak
Imej via [baruterus]

Bayi mempunyai persepsi mendalam sejak lahir, tetapi ianya sangat terhad. Apa yang melebihi titik tertentu tidak didaftarkan sebagai jauh, kerana mereka tidak dapat melihat atau belum dapat mengesan petunjuk visual yang menunjukkan jarak.

Walaupun penglihatannya bertambah baik, segala yang jauh kelihatan berada pada jarak yang sama ibarat seperti bintang-bintang di langit malam muncul kepada anda. Begitulah dengan bayi merangkak yang akan memberikan pengalaman yang diperlukan oleh bayi kita untuk mengukur sejauh mana sesuatu yang sebenarnya.

Jadi dengan persepsi mendalam yang lebih baik, bayi merangkak juga menyedari bahawa objek tidak semestinya mengecil ataupun membesar apabila mereka bergerak lebih jauh atau lebih dekat.


3. Bayi Akan Mempelajari Cara Bergerak ke Tempat Yang Ingin Ditujunya

bayi merangkak
Imej via [pondokibu]

Tidak lama lagi bayi merangkak akan mengetahui tempat ruang tamu dan sebagainya. Pasti membuatkan bayi ini akan mengetahui dimana untuk mendapatkan patung mereka, susu mereka malahan mendapatkan anda yang sedang tidur. Mesti banyak kenangan yang akan berlaku kan?


4. Membantu Bayi Melihat Persekitarannya Lebih Kerap

bayi merangkak
Imej via [Merdeka]

Dalam perkembangan yang berkaitan, bayi merangkak kini sedar tentang ‘aliran optik’ ataupun lebih dikenali dengan ‘optic flow’ dimana ketika ini dunia yang dilihatnya seolah-olah melintasi dia ketika dia bergerak ke hadapan.

Sewaktu anda mendukung bayi anda, keupayaan aliran optik ini tidak dirasai oleh mereka tetapi semasa merangkak, bayi ini akan bergantung pada maklumat visual untuk menentukan lokasinya berbanding dengan persekitaran.

Ibarat seolah-olah jika orang lain memandu dan menghantar anda ke sesuatu lokasi, pasti anda takkan perasan sangat dengan laluan yang dilalui tetapi jika anda memandu sendiri pasti selok belok laluan itu dalam sekelip mata anda akan ingat kan?

Begitu juga dengan bayi anda, jika mereka asyik merangkak ke mana saja yang mereka mahu, pasti persekitaran mereka akan diketahui dengan mereka dengan cepat.


5. Bayi Akan Mempelajari Cara Untuk Membuat Keputusan

bayi merangkak
Imej via [Popmama]

Bagi anda yang mempunyai ruang rumah yang banyak bilik atau tangga yang banyak, bayi anda akan menempuhi pelbagai cabaran yang akan diperolehi oleh mereka. Bermula daripada bayi merangkak, mereka akan mula berfikir.

Jika mereka menghampiri lantai yang bercerun ataupun sukar untuk dilalui olehnya, pasti membuatkan mereka akan berfikir untuk meneruskan perjalanannya ataupun terpaksa berpatah balik. Biasanya bayi yang sering aktif merangkak, pengalaman mereka dalam membuat keputusan adalah lagi baik.


6. Bayi Akan Berusaha Untuk Mendapatkan Sesuatu Kesukaannya

Bayi yang dalam proses merangkak biasanya akan lebih kompleks dalam mencapai matlamatnya berbanding dengan bayi yang meniarap dan terus berdiri. Dalam proses bayi merangkak, digalakkan agar mencari mainan yang jaraknya jauh sedikit dari titik A ke B dan seterusnya untuk membuat bayi anda lebih berusaha dalam mendapatkan mainannya.


7. Emosi Bayi Akan Lebih Bertambah

bayi merangkak
Imej via [Ibupedia]

Apabila bayi sudah pandai merangkak, pasti kita akan melihat pelbagai telatah mereka yang mencuit hati, mereka marah, menangis dan sebagainya.

Keinginan mereka untuk mempelajari sesuatu perkara pasti lebih banyak dan jika kita menghalang kehendak mereka, pasti kekecewaan dan sifat marah mereka pasti akan muncul. Jadi jika keinginan mereka untuk mendapatkan sesuatu dengan bebas, pasti sifat gembira akan muncul dan ketawa mereka pasti menambahkan suasana riang didalam rumah anda.

Sifat kasih sayang juga akan hadir apabila mereka sering dibelai dan dimanja oleh ibu bapa mereka. Jadi pasti membuatkan pengalaman yang indah jika anda mempunyai bayi yang sedang dalam proses merangkak kan?


8. Membantu Menguatkan Otot-otot Leher, Tangan dan Kaki Bayi

bayi merangkak
Imej via [momdadi]

Semasa proses bayi merangkak, segala sistem tubuh badan mereka akan membina kekuatan sendiri. Segala otot-otot dan saraf-saraf di tubuh mereka akan semakin kuat dan terangsang. Merangkak adalah salah satu dimana proses membina kekuatan kaki sebelum mereka mempelajari cara untuk berjalan selepas ini.

Semakin banyak bayi anda merangkak, semakin kuatlah otot-otot serta saraf mereka sebelum mereka bersedia untuk meneruskan fasa pembelajaran seterusnya iaitu berjalan.


9. Membantu Menguatkan Otak Kanan dan Kiri Bayi

bayi merangkak
Imej via [muslimfamilia]

Merangkak juga bukan hanya baik untuk tubuh, tetapi juga baik untuk otak bayi anda. Merangkak dapat mengaktifkan perkembangan korpus callosum, membuatkan kedua-dua belah badan bekerja bersama-sama dan membuatkan otak kanan dan kiri bayi anda aktif.

Setiap bayi berbeza dan belajar dalam tempoh masa mereka sendiri. Itulah sebabnya anda tidak perlu bimbang jika bayi anda mengambil masa untuk merangkak ataupun lambat untuk merangkak. Biarkan mereka bergerak ke mana sahaja mereka mahu, selagi mereka selamat dan dipantau oleh anda serta keluarga anda yang lain.

Jangan terlalu risau jika bayi yang sihat anda belajar dan berkembang mengikut cara mereka sendiri dan anda hanya perlu menyediakan alat yang mereka perlukan. Jom baca juga cara bedung bayi yang betul, cara mengurus anak bermain gajet dan punca bayi cirit birit.

Penulis: zulrina

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.