Anak tak nak makan, asyik nak menyusu je! Susu formula, susu ibu, susu kotak semua dia telan, asalkan susu! Nasi atau bubur? Jangan haraplah, bukan sahaja tak nak makan, tetapi tengok sahaja pun sudah tidak berselera.

Kejadian ini sering berlaku kepada anak-anak kecil berumur 1 tahun ke atas. Jangan harap nak makan bubur, nasi, biskut bayi, makanan solid yang lain pun memang anak tak minat. Pening fikir macam mana nak buat, tapi lagi risau sebab tak tahu apa sebab dan puncanya.

Umumnya, terdapat beberapa sebab terjadinya masalah anak tak nak makan. Anda harus kenal pasti dahulu puncanya, barulah mudah untuk anda cari jalan penyelesaiannya. Jom lihat sebab dan punca anak tak nak makan.

anak tak nak makan
Imej via [siraplimau]

Punca Anak Tak Lalu Makan

Pernahkah anda menghadapi situasi yang sama setiap kali memberi anak makan? Anak akan menunjukkan muka tidak berminat, berselera pula jauh sekali. Hal ini berlarutan setiap hari dan sememangnya anak tak nak makan. Terfikirkah anda, kenapa perkara ini berlaku?

anak tak nak makan
Imej via [kiddit]

1. Kenyang Dengan Susu

Ya, anak yang kenyang sememangnya takkan lalu untuk makan. Mereka mungkin kenyang dengan susu yang berbotol-botol. Tetapi ia hanya sekejap, selagi tidak makan, mereka akan minta susu lagi apabila lapar.

2. Terbiasa Dengan Makanan Ringan

Semakin anak diberi makanan ringan, semakin sukar untuk mereka makan makanan ruji. Makanan ringan seperti kuih, biskut, kek, jajan dan gula-gula adalah contoh makanan ringan yang perlu anda elakkan untuk anak-anak. Apabila anak suka makanan yang bergula atau jajan sebegitu, mereka tidak akan mahu makan lain lagi.

anak tak nak makan
Imej via [baituljannah]

3. Tidak Tahu Selera Anak

Ibu bapa juga bersalah dalam hal ini kerana tidak tahu selera anak. Biarpun ingin anak makan makanan yang berkhasiat, janganlah beri makanan yang tawar dan tidak ada rasa, anak anda pasti ingat dan takkan mahu makan lagi.

4. Masalah Penghadaman Anak

Anda tak nak makan juga disebabkan oleh masalah penghadaman dan usus yang mereka hadapi. Tak ramai ibu bapa yang peka akan hal ini, namun anak yang mengalami masalah pencernaan tidak akan lalu untuk makan. Masalah penghadaman ini boleh berlaku akibat anak minum susu banyak terlalu kenyang dan juga akibat anak makan makanan ringan.

Kesan Anak Tak Nak Makan

Akibat tak nak makan makanan yang sesuai untuk usia mereka, anak akan mengalami beberapa kesan. Kesan yang menyebabkan anak tak nak makan ini adalah negatif dan tidak elok untuk kesihatan anak. Jangan biarkan masalah ini menjadi lebih parah. Jom lihat kesan jika anak anda tidak mahu makan.

Imej via google

1. Anak Tidak Bermaya

Apabila anak tak nak makan, mereka akan kekurangan vat makanan, vitamin dan nutrisi. Ia akan menyebabkan mereka tidak bermaya dan tidak bertenaga.

2. Anak Dijangkiti Kuman

Benarkah jika tidak makan, boleh dijangkiti kuman dan bakteria? Benar. Sayur, buah dan makanan protein yang diambil akan menjadi pelindung tubuh badan daripada dijangkiti penyakit. Makanan yang diambil oleh anak juga akan menguatkan sistem imunisasi tubuh badan mereka.

3. Anak Meragam Dan Tidak Selesa

Sudah pasti anak akan lapar jika tidak makan. Biarpun minum susu sahaja, perut mereka juga akan mudah sakit. Pengambilan susu yang merupakan makanan cecair dan mempunyai 1 khasiat yang sama, akan menjejaskan tubuh badan anak juga. Proses pencernaan dan penghadaman akan mengalami sedikit masalah.

anak tak nak makan

4. Underweight Atau Kurang Berat Badan

Bukan sahaja orang dewasa yang harus peka akan berat badan, tetapi anak kecil juga harus makan untuk memastikan berat badan mereka bersesuaian. Mereka harus mempunyai berat yang normal dan mengalami proses pembesaran dengan sihat.

5. Sukar Tumpu Perhatian

Anak tak makan akan menyebabkan mereka sering terasa pening dan sukar tumpu perhatian. Adakala duduk, berdiri akan membuatkan mereka tidak selesa dan akan bertukar posisi pula.

6. Kurang Zat Besi

Akibat tidak makan, nutrisi dan zat besi yang kurang dari tubuh badan anak akan menyebabkan beberapa perkara. Antaranya adalah kuku rapuh, rambut kusam, mata putih kebiruan dan lain-lain lagi.

Atasi Masalah Anak Tak Nak Makan

anak tak nak makan
Imej via [The Conversation]

Setiap masalah perlu di atasi oleh semua ibu bapa, apatah lagi ia berkaitan dengan anak. Punca dan kesan anak tak nak makan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk lagi. Bagi mengelakkan hal ini berlarutan, anda perlu berikhtiar menggunakan cara moden, petua tradisional, tips dan lain-lain lagi.

Ikut sahaja Petua tambah selera makan anak, pasti anak akan suka untuk makan. Mindset ibu bapa yang berbunyi “Lebih baik anak minum susu daripada tak nak makan terus” itu perlu anda buang jauh-jauh.

Sebenarnya, jika anda membiarkan anak minum susu sahaja dengan kerap, ia akan menyebabkan masalah usus, pencernaan dan lain-lain lagi memandangkan terdapat juga kandungan gula dalam susu.

Pastikan Anak Mendapat Zat Yang Cukup

Imej via [babycenter]

Dengan memberi akan makanan yang berkhasiat, mereka pasti akan mendapat zat yang cukup untuk tubuh badan. Masalahnya jika mereka tidak mahu makan, anda harus kreatif dalam menyediakan makanan mereka yang lebih menarik dan sedap. Selain itu, amalan makan bersama-sama dan tidak memaksa mereka juga membantu untuk mereka cuba mula makan.

Itulah dia punca, kesan dan cara atasi masalah anak tidak mahu makan. Banyak lagi cara yang boleh anda lakukan, anak anda pasti akan makan juga! Jemput baca Petua tambah selera makan anak, Cara atasi bayi sedu, Tips pilih puting bayi dan Panduan urutan bayi yang betul.

Rujukan:

  1. siraplimau
  2. siraplimau
  3. hmetro

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.