Apabila ada kehadiran ahli baru dalam keluarga, mesti kita akan rasa seronok kerana keluarga akan berkembang dan ada waris yang akan menyambung legasi keluarga. Rasa seronok dan bahagia itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata, hanya mampu bersyukur kepada Ilahi.

Bayi yang baru lahir, kita sebagai ibu bapa akan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Susu, lampin, pakaian dan tempat tidur semua akan disediakan. Lebih-lebih lagi penyediaan susu kerana ia untuk pembesaran anak itu sendiri.

Namun, ada ibu bapa yang berfikir, cara untuk bagi bayi cepat kenyang. Jadi, tidaklah mereka asyik minta susu sahaja. Mereka akan campurkan bijirin ke dalam susu anak mereka kemudian, akan membuat lubang puting besar sedikit bagi memudahkan bayi menghisap puting.

Cara ini amat salah sekali kerana ia akan mengundang bahaya kepada bayi tersebut. Memang benar jika ingin mereka cepat kenyang, berikan makan bijiran. Tetapi, bagi bayi yang berumur bawah 6 bulan tidak sesuai makan bijirin.

Apakah akibat jika memberi bayi bawah 6 bulan susu yang dicampur bijirin?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai bahaya campur bijiran dalam susu anak bawah 6 bulan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi

Kesan beri susu dicampur bijirin

bahaya campur bijiran dalam susu
Image via Facebook

Tindakan memberikan bayi bijirin yang dicampurkan dengan susu menerusi botol boleh menyebabkan tersedak susu. Ini juga boleh meningkatkan risiko terjadinya jangkitan pada paru parunya.

Keadaan bayi tercungap-cungap dan badannya bertukar menjadi biru adalah tanda-tanda dia sedang tersedak susu. Ia berlaku apabila bayi tidak dapat menghisap puting dan menelan susu dengan baik.

Bayi berisiko untuk mengalami tersedak makanan dan minuman

Bagi mama dan papa yang mempunyai bayi yang berisiko tersedak susu ini diharapkan berhati hati.Ia boleh terjadi kepada bayi dan kanak-kanak seperti berikut :

  • Bayi yang mengalami keabnormalan pada struktur oral saluran penelanan dan pernafasan seperti klef bibir lelangit
  •  Bayi yang mengalami kelewatan perkembangan global
  • Bayi yangmenghadapi masalah neurologi seperti Cerebral Palsy atau Down Syndrome
  • Bayi yang mempunyai masalah perubatan yang kompleks iaitu masalah jantung kongenital, paru-paru dan ginjal.

Boleh akibatkan pneumonia

Antara risiko yang berlaku apabila bayi atau kanak-kanak tersedak ialah jangkitan pada paruparu atau pneumonia kerana semasa tersedak susu yang diminum boleh memasuki salur pernafasan bayi. Masalah ini berkait rapat dengan perkembangan kemahiran bayi menghisap.

Kemahiran menghisap

Kemahiran menghisap adalah satu kemahiran yang wujud pada bayi sejak lahir dan mencapai tahap matang secara berperingkat sehinggalah bayi berumur dua tahun.

Perkembangan kemahiran ini bergantung kepada perkembangan neurologi bayi serta pembelajaran melalui pengalaman.

Bayi yang baru dilahirkan hanya boleh menghisap dan menelan cecair kerana perkembangan kemahiran menghisap masih belum cekap. Bayi boleh disusukan dengan baik dan selamat dengan adanya kombinasi tindak balas refleks yang membantu mereka mengesan, menghisap dan menelan susu.

Jangan campur susu bayi dengan bijirin

Disebabkan kewujudan reflex ini, bayi hanya boleh diberikan jenis makanan selain cecair selepas mencapai usia 6 bulan.

Oleh itu, tindakan ibu bapa mencampurkan bijirin ke dalam susu formula bayi dan diberikan menerusi botol susu di mana lubang putingnya dibesarkan membahayakan dan boleh menyebabkan bayi mudah tersedak. Ia cecair likat yang mungkin sukar untuk ditelan bayi kecil.

Sistem penghadaman bayi masih belum matang

Tambahan pula, sistem penghadaman bayi masih belum matang untuk memproses makanan pejal. Tunggu sehingga bayi mencecah usia enam bulan sebelum memberikan mereka makanan pejal atau pelengkap.

*Jadi, bagi ibu bapa diluar sana yang suka campurkan bijiran dalam susu bayi, perlu ambil tahu risikonya. Jika anak berumur atas 6 bulan, ia tidak menjadi masalah untuk memberi makan makanan bijrin.

Cara selamat adalah sebelum membuat apa-apa, baik bertanya kepada doktor yang lebih berpengetahuan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .