Bila dah ada tanda nak bersalin, berdebar-debar sungguh rasanya. Rasa takut ada, rasa tak sabar untuk berjumpa orang baru lebih kuat.

Apabila tarikh dijangka bersalin semakin dekat, pastinya anda tertanya-tanya apakah tanda nak bersalin dan ada tak cara cepatkan bersalin secara semulajadi yang boleh bantu anda bersalin dengan mudah dan mengurangkan rasa sakit.

Apakah tanda-tanda nak bersalin yang perlu anda perhatikan?

Semakin dekat dengan tarikh bersalin, tubuh badan anda akan mula memberikan beberapa tanda supaya anda bersedia.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah tanda nak bersalin dan memerhatikan jika anda sudah mempunyai tanda berkenaan. Di antara tanda nak bersalin yang selalunya akan berlaku ialah seperti berikut:

  • Bayi turun ke bawah. Perut anda akan berasa kosong di bahagian atas kerana kepala bayi sudah masuk ke ruang pelvis dan bersedia untuk dilahirkan.
  • Berat badan anda menurun atau tidak naik.
  • Nesting instinct iaitu anda akan mempunyai keinginan yang kuat untuk mengemas rumah sebagai persediaan untuk menyambut orang baru.
  • Cirit-birit juga merupakan di antara tanda nak bersalin yang ramai ibu mengandung tak perasan.
  • Bayi mula kurang bergerak kerana ruang yang semakin sempit.
  • Anda akan berasa lenguh dan sakit pada kemaluan dan celah kelangkang.
  • Anda akan berasa sangat berat, lemah, dan tak bermaya.
  • Sakit dan selesa di bahagian bawah perut.
  • Anda akan mula terasa braxton hicks iaitu amaran kontraksi palsu.
  • Keluar tanda atau show.

Apakah cara cepatkan bersalin cara semulajadi yang boleh anda amalkan?

Pastinya anda inginkan proses bersalin yang cepat, mudah, kurang rasa sakit dan tanpa koyakan yang besar. Yang sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Jom kami kongsikan cara cepatkan bersalin yang boleh anda amalkan:

Melakukan hubungan seks

Hubungan seks yang dilakukan akan membebaskan hormon kasih sayang atau dikenali sebagai hormon oksitosin yang sangat membantu rahim anda mengembang dan mengecut dan mempercepatkan bukaan rahim agar anda mudah bersalin.

Selain itu, air mani yang memasuki rahim anda juga akan merangsang bukaan rahim yang cepat. Itulah sebabnya kenapa kita digalakkan untuk aktif melakukan hubungan seks di trimester akhir kehamilan, nak-nak lagi apabila semakin dekat dengan tarikh dijangka bersalin.

Kedudukan bersujud

Cara cepatkan bersalin secara semulajadi yang kedua ialah dengan duduk dalam keadaan bersujud. Apabila anda meletakkan kepala di lantai dan menaikkan punggung ke atas, ia akan merangsang rahim untuk mengecut dan mengembang dengan aktif lalu mencepatkan bukaan rahim agar anak cepat bersalin.

Selain itu, ia juga mampu mengurangkan rasa sakit bersalin semasa anda mengalami kontraksi. Minta bantuan suami untuk berada di sisi anda supaya lebih stabil.

Mencangkung

Kedengaran seperti kelakar namun tahukah anda bahawa duduk dalam posisi mencangkung sangat membantu untuk anda cepat bersalin. Ini kerana posisi mencangkung membantu meluaskan bukaan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks.

Dalam masa yang sama ia akan membenarkan tarikan graviti untuk menarik bayi be bawah dengan keluar dari laluan dengan cepat. Sebagai bonus, posisi mencangkung akan mengurangkan koyakan pada vagina semasa bayi anda keluar.

Gym ball

Duduk di atas gym ball sambil melantunkan diri adalah cara cepatkan bersalin secara semulajadi yang boleh anda lakukan kerana ianya sangat berkesan dan terbukti secara klinikal. Malah hospital di negara barat seperti United Kingdom menyediakan gym ball di dalam bilik bersalin bagi membantu ibu yang sedang dalam proses bersalin.

Bagaimana melantunkan diri di atas gym ball membantu kita cepat bersalin? Apabila kita melantun di atas gym ball, aktiviti tersebut akan membantu meluaskan bukaan otot pelvik dan dalam masa yang sama menenangkan otot pelviks.

Sama seperti posisi mencangkung. Selain itu tarikan graviti akan membantu bayi masuk ke dalam laluan dan turun ke bawah dengan cepat.

Ransangan payudara

Selain melakukan hubungan seks, ransangan pada payudara terutamanya pada bahagian puting adalah sangat membantu untuk mempercepatkan proses bersalin. Ini kerana ransangan pada payudara akan menyebabkan tercetusnya kontraksi uterus lalu membantu mencepatkan bukaan rahim. Anda tidak akan mengalami sakit bersalin dalam tempoh yang lama.

Banyakkan berjalan

Kajian menunjukkan bahawa aktiviti berjalan kaki membantu sehingga 32% untuk mudah bersalin. Ini kerana apabila kita banyak berjalan, tarikan graviti akan menarik bayi ke bawah dan memasuki laluan bersalin. Oleh itu rajinkan diri untuk banyakkan berjalan. Elakkan daripada menaiki lif tapi pilih untuk menaiki tangga.

Selain itu, di hujung minggu banyakkan berjalan-jalan di taman atau window shopping di pusat membeli-belah. Ianya jauh lebih baik daripada menghabiskan masa berbaring dan bersantai di rumah. Semasa anda sedang sakit bersalin, banyakkan berjalan di sekitar bilik dan elakkan daripada asyik terbaring di atas katil.

Mandi air panas

Mandi air panas bukan sahaja akan menyegarkan tubuh badan kita malah dalam masa yang sama akan merelaxkan diri serta mencepatkan proses bersalin.

Ajak suami masuk mandi bersama dan nikmati moment sebelum bersalin yang indah dan pastinya akan menjadi kenangan manis bersama yang akan diingati sampai bila-bila. Jika anda mempunyai tab mandi, berendam dalam air panas juga sangat membantu.

cara cepatkan bersalin
Sumber: set bersalin terbaik, tanda bersalin, dan petua cepatkan bukaan rahim.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.