Tanpa disedari, kita banyak menghasilkan sisa isi rumah.  Kita juga mungkin telah membuang semua sisa tersebut ke dalam tong sampah tanpa mempertimbangkan jika ada yang boleh dikitar semula.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah cara yang baik untuk menghilangkan sisa tersebut. Ia hanya akan berakhir di tapak pelupusan sampah. Perkara ini memberi kesan yang sangat buruk kepada alam sekitar dan hidupan yang ada di sekitarnya. Sisa-sisa ini juga dipanggil jenis sisa domestik.

Jumlah sampah isi rumah yang dihasilkan oleh isi rumah boleh berbeza-beza bergantung kepada faktor seperti pendapatan dan gaya hidup. Menurut Global News, “Kanada menghasilkan 720 kilogram sampah per kapita secara purata setiap tahun”. 

Sedarkah anda, terdapat banyak cara sisa rumah dapat dikurangkan termasuk menyumbangkan pakaian, menghapuskan plastik penggunaan tunggal dan membeli pilihan yang mampan (berus gigi buluh menggantikan berus gigi plastik).

Jenis Sisa Domestik di Kawasan Perumahan

jenis sisa domestik

Imej via [bharian]

Adakah anda tahu bahawa sisa sebenarnya boleh dikelaskan kepada jenis sisa domestik yang berbeza? Selain itu, beberapa jenis sisa domestik boleh dikitar semula manakala yang lain tidak boleh dikitar semula. Jom kami senaraikan jenis sisa domestik di kawasan perumahan.

1.  Sampah Pepejal

Sampah pepejal boleh dikelaskan termasuk dalam jenis sisa domestik. Ia dipecahkan menjadi seperti berikut:

Sisa Plastik 

  • Jenis sisa domestik ini terdiri daripada beg, bekas, balang, botol dan banyak lagi produk lain yang boleh didapati di sekitar rumah anda.
  • Plastik tidak boleh terbiodegradasi, tetapi banyak jenis plastik boleh dikitar semula. Plastik tidak boleh digabungkan dengan sisa biasa yang lain, ia harus disusun dan diletakkan di dalam tong kitar semula.

Sisa Kertas / Kad  

  • Jenis sisa domestik ini termasuk bahan pembungkusan, surat khabar, kadbod dan produk lain. Kertas amat mudah dikitar semula dan digunakan semula. 
  • Masukkanlah sisa kertas ke dalam tong kitar semula atau membawa mereka ke pusat kitar semula yang berdekatan tempat tinggal anda.

Kalung Dan Logam

  • Jenis sisa domestik ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk di seluruh rumah anda. Kebanyakan logam boleh dikitar semula.
  • Pertimbangkan untuk mengumpulkan barang-barang ini untuk dijual kepada pembeli logam lama ataupun menghantarkannya ke pusat kitar semula yang terdekat untuk melupuskan jenis sisa domestik ini dengan betul.

Seramik dan kaca 

  • Jenis sisa domestik ini boleh dikitar semula dengan mudah. Cari tong sampah kitar semula khas untuk membuangnya dengan cara yang betul.
  • Jika anda masih tidak dapat memahami konsep kitar semula, maka cara yang sangat mudah dan cekap untuk membuang sampah pepejal adalah dengan menyewa syarikat penyingkiran buangan untuk mengitar semula barangan anda. Mereka akan membuang semua sampah anda dan memastikan ianya dilupuskan dengan betul.
jenis sisa domestik

Imej via [sinarharian]

2.  Sampah Kitar Semula

Sampah kitar semula termasuk semua barang-barang buangan yang boleh ditukar menjadi produk yang boleh digunakan lagi juga tergolong dalam sisa domestik. Barangan pepejal seperti kertas, logam, perabot dan sisa organik semuanya boleh dikitar semula.

Daripada membuang barang-barang ini dengan sisa biasa, baik anda melupuskannya di tempat kitar semula daripada membiarkannya berakhir di tapak pelupusan yang dapat mencemarkan alam sekitar. Pastikan sisa atau sampah ini diletakkan dalam tong kitar semula atau membawanya ke pusat kitar semula yang berdekatan tempat tinggal anda.

Sekiranya anda tidak yakin sama ada sampah tersebut boleh dikitar semula ataupun tidak, lihat plastik pembungkusannya ataupun gambarajah pada tudung kitar semula tersebut. Kebanyakan produk akan dinyatakan dengan jelas sama ada mereka boleh dikitar semula atau tidak.

3.  Sisa Cecair

jenis sisa domestik

Imej via [generasipencinta]

Sisa cecair adalah salah satu jenis sisa domestik di kawasan perumahan. Biasanya ia terdapat dalam isi rumah. Sisa ini termasuklah air kotoran, air kumbahan, cecair organik, air basuhan, sisa detergen (peluntur) dan juga air hujan.

Anda juga perlu tahu bahawa sisa cecair boleh diklasifikasikan ke dalam sisa sumber utama dan sisa bukan sumber utama. Semua sisa buangan cecair dikelaskan sebagai sisa sumber utama manakala sisa cecair semulajadi diklasifikasikan sebagai sisa bukan sumber utama.

Jika anda tidak pasti mengenai cara pembuangan jenis sisa domestik ini, seharusnya lebih baik anda berhubung dengan pakar penyingkiran sisa untuk membuang sisa ini dengan betul. Andai kata sisa ini tidak dibuang dengan betul, ia juga akan merosakkan alam sekitar. 

4.  Sisa Organik

jenis sisa domestik

Imej via [wilayahku]

Sisa organik merupakan jenis sisa domestik yang sering kita lihat di kawasan perumahan yang lain juga. Semua sisa makanan lebihan, sisa taman, kotoran dan daging busuk diklasifikasikan sebagai jenis sisa domestik bersifat organik. Dari masa ke masa, jenis sisa domestik ini akan menjadi baja oleh penghuraian mikroorganisma. 

Bagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh membuangnya ke mana sahaja sesuka hati anda. Sisa-sisa organik di tapak pelupusan sampah akan menyebabkan pengeluaran gas metana yang berbahaya. Jadi ianya  tidak boleh dibuang dengan begitu sahaja. 

Sebaliknya, sisa-sisa ini perlu dibuang dengan cara khas. Jadi, anda perlu membuangnya ke dalam tong yang disediakan oleh pihak pembandaran atau anda juga boleh menggunakan beg kulit hijau atau beg organik untuk pembuangan sisa ini dengan cara yang betul.

5.  Sisa Berbahaya

Ramai tak tahu bahawa sisa berbahaya juga termasuk dalam kategori jenis sisa domestik. Ia tergolong sebagai sisa yang melibatkan semua jenis sampah yang mudah terbakar, toksik, mengakis dan mengandungi bahan reaktif. Barang-barang ini boleh membahayakan kita semua serta persekitaran, ia harus  dilupuskan dengan betul. 

Begitulah jenis sisa domestik yang terlibat dalam kawasan perumahan. Jom baca juga Cara Bersihkan Diri, Homestay Kedah, Homestay Cameron Highland dan Homestay Kuantan.

Rujukan

  1. There are 5 types of waste, do you know them all?  https://4waste.com.au/rubbish-removal/5-types-waste-know/
  2. What is household waste?  https://www.buschsystems.com/resource-center/knowledgeBase/glossary/what-is-household-waste
  3. Topic 8.3: solid domestic waste.  https://www.mrgscience.com/ess-topic-83-solid-domestic-waste.html

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.