Patut ke aku pertahankan hubungan aku dengan si dia?  Ini antara persoalan yang perlu anda tanya pada diri anda jika pasangan anda seorang yang bermasalah.

Ramai para wanita di luar sana sanggup mempertahankan hubungan dengan kekasih hati mereka walaupun pasanganya seorang yang bermasalah. Kononya apabila sudah berkahwin pasangan merka akan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Ada juga yang mmeberi alasan mereka sanggup mempertahankan hubungan seperti ini kerana mencintai pasangan mereka dengan sepenuh hati. Namun begitu, adakah mereka sedar implikasi buruk jika mempertahakan perhubungan seperti ini?

Tanda-Tanda Hubungan Sedang Bermasalah

Punca hubungan cinta tak menjadi ini ada banyak dan anda benar-benar dalam masalah andai ada ciri-ciri ini dalam hubungan anda dan si dia.

  • membiarkan pasangan saja melakukan semua benda
  • tidak gembira dengan diri sendiri
  • mengelak selepas bertengkar
  • susah untuk memohon maaf bila melakukan kesalahan
  • bersangka buruk terhadap pasangan
  • sering mencari salah dan menuduh itu dan ini
  • mula berasa bosan
hubungan bermasalah

image via : Wanista

Masih Ada Lagi Wanita Yang Sanggup Pertahankan Hubungan Yang Bermasalah Hingga Ke Jinjang Pelamin

Sebenarnya, mempertahankan hubungan yang bermasalah bukanlah satu pilihan yang tepat. Malah ia akan memberikan kesan buruk kepada diri anda. Tidak hairanlah jika kita lihat saban tahun keganasan rumah tangga semakin meningkat. Ia gara-gara ada segelintir wanita yang sanggup pertahankan hubungan yang bermasalah sehingga ke jinjang pelamin.

Akibatnya ia memberi kesan buruk bukan sahaja kepada rumah tangga malah turut memberi kesan kepada diri mereka. Antaranya:

"

#1-Menjadi Lebih Teruk

Siapa yang menganggap perkahwinan dapat mengubah perangai seseorang sebenarnya satu tanggapan yang salah. Ini kerana, ia akan membuatkan pasangan anda berperangai lebih teruk dan dia akan menjadikan anda tempat untuk dia melepaskan segala amarahnya. Sebenarnya, orang yang mempunyai sikap sebegini bukanlah berkahwin dengan atas dasar cinta sebaliknya dia hanya hendak mempergunakan anda sahaja.

#2-Terlalu Berharap Akhirnya Anda Yang Merana

Apabila sudah berkahwin sudah tentu anda meletakkan harapan yang tinggi kepada pasangan anda untuk berubah sikap apabila sudah berkahwin. Lebih-lebih lagi apabila pasangan anda sudah berjanji dengan anda untuk mengubah sikap. Sudah pastinya anda akan meletakkan harapan yang tinggi, terutamanya selepas pasangan anda sudah berjanji. Namun, akibat meletakkan harapan yang terlalu tinggi, akhirnya anda yang merana kerana sikapnya yang semakin lama semakin teruk.

#3-Tidak Menghargai Anda

Pasti anda merasakan yang anda akan rasa lebih di hargai apabila selepas berkahwin. Namun begitu, langit tidak selalu cerah. Walaupun anda susah payah pertahankan hunbungan anda hingga ke jinjang pelamin, tidak bermaksud anda akan di hargai. Sebaliknya, anda akan terasa seperti tidak di hargai. Lebih-lebih lagi apabila anda di sepak terajang hanya kerana satu kesilapan yang kecil. Ini yang terjadi kepada mereka yang pernah melalui pengalaman seperti ini.

#4-Anda Dijadikan Sebagai Tempat Untuk Melepaskan Segala Amarah

Ini antara perkara penting yang perlu anda fikirkan sebelum anda membuat keputusan untuk pertahankan perhubungan yang bermasalah. kalau waktu bercinta di sepak terajang, anda yakin ke kalau waktu sudah berkahwin nanti pasangan anda akan berubah?

Sebenarnya, sudah banyak terjadi kes sebegini di luar sana, ada antara mereka di luar sana yang menjadi tempat untuk suami mereka melepaskan rasa amarah. Setisp hari mereka di maki. di caci malah ada yang sampai ke tahap sepak terajang. Jadi sebelum anda membuat keputusan untuk pertahankan hubungan sebegini, lebih baik anda fikir sedalam-dalamnya.

#5-Anda Akan Rasa Kecewa Dan Tertekan

Bila sudah terlalu banyak penderitaan yang anda alami lama-kelamaan anda akan merasa kecewa dan tertekan. Inilah perasaan yang di hadapi oleh mereka yang mempunyai masalah sebegini. Malah, akibat penderitaan yang di tanggung terlalu berat, ada yang sampai ke tahap mahu membunuh diri dan ada juga yang menjadi gila.

Semuanya, ini akibat kesilapan yang mereka untuk pertahan perhubungan mereka, padahal dia tahu bagaimana sikap pasanganya tetapi dia tetap meletakkan harapan yang tinggi. Akibatnya, mereka merasa kecewa dan menyesal.

Antara Ciri-Ciri Bakal Pasangan Yang Perlu Anda Elakkan

Pasti anda semua tidak mahu perkara seperti di atas terjadi di dalam hidup anda. Justeru itu, anda perlulah elakkan memilih pasangan yang mempunyai sikap yang teruk seperti di atas. Dalam memilih pasangan hidup, perkara pertama sekali yang perlu anda lihat ialah sikapnya.

Ini kerana, jika anda memilih pasangan yang mempunyai sikap panas baran, dia akan sentiasa melayan anda dengan kasar. Ada beberapa tanda yang boleh menunjukkan pasangan anda tidak sesuai untuk di jadikan sebagai teman hidup. Antaranya ialah:

  1. Suka maki hamun anda setiap masa
  2. Suka melakukan serangan fizikal ke atas diri anda seperti melempang, tumbuk, cekik, serta menggengam tangan anda secara kasar
  3. Seorang yang tidak reti hormat orang yang lebih tua dan suka bercakap kasar dengan orang tua
  4. Suka mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati anda
  5. Seorang yang tidak boleh di bawa bergurau
  6. Sentiasa mencari salah orang lain dan tidak mahu mengaku salah sendiri
  7. Suka mengawal pasangan pasangan setiap masa dan memaksa pasangan untuk mengikut cara dia
  8. Seorang yang suka berdendam
  9. Tidak mempunyai sikap perikemanusiaan kepada terhadap pasangan
hubungan bermasalah

image via : BeautynSquare

Dalam Memilih Pasangan Hidup Anda Perlulah Lebih Bijak Supaya Tidak Merana Di Kemudian Hari

Memilih pasangan hidup bukanlah satu perkara yang boleh di buat main. Jika silap pilih anda yang akan merana di kemudian hari. Justeru itu, anda perlulah mencari pasangan hisup yang mempunyai sikap yang elok dan terpuji.

Anda berkahwin untuk seumur hidup dan sudah pastinya anda mahukan perkahwinan yang harmoni dan yang tenteram. Namun, jika perkahwinan yang anda bina di hiasi dengan penderaan yang terpaksa anda alami sudah tentu ia kana membuatkan anda menderita. Jadi, elakkan dari salah memilih pasangan hidup anda.

Baca juga petua cepat hamil selepas gugur dan jenis cincin dalam perkahwinan.

Sumber:

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.