Sebagai ibu bapa, membuat persediaan untuk menyambut kelahiran anak, banyak benda yang perlu disediakan seperti lampin, pakaian dan susu. Apabila pergi ke bab susu, si ibu perlu pertimbangkan untuk memberi susu badan atau susu formula.

Susu ibu mempunyai banyak khasiat berbanding susu formula. Susu formula hasil dari haiwan lembu atau kambing, sebab itu susu ibu lebih bagus berbanding susu formula. Khasiat yang ada pada susu ibu tidak ada dalam susu formula.

Jika beri susu ibu pada si kecil, hubungan antara ibu dan si kecil akan lebih akrab kerana susu ibu yang telah menjadi darah dalam badan si kecil. Si suami juga perlu membantu si ibu menyusukan anak dengan susu badan. Jadi, si suami perlu mengambil tahu fakta mengenai ibu yang menyusu anak.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta tentang ibu yang menyusu badan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Fakta menarik tentang ibu menyusu badan

fakta ibu menyusu
Image via Facebook

1. Ibu menyusu cepat rasa lapar terutama bila selepas menyusu

Lapar tahap ketaq satu badan kalau lambat makan. Rasa macam nk terkam semua benda. Sebab tu kalau ibu mnyusu lambat makan, dia tak tahan akan marah-marah apabila tidak dapat makan. Jangan ditahan rasa lapar ibu menyusu ya.

2. Ibu menyusu sering letih dan lesu

Hal ini kerana banyak kalori yang dibakar semasa proses penyusuan. Sebab tu apabila menyusu ibu-ibu akan tertidur bersama baby dan letih yang tak boleh diungkap.

3. Ibu menyusu cepat merasa haus

Semasa menyusu tu wajib ada air kosong di depan. Biasanya apabila bayi mula menghisap, akan datang kehausan yang sangat melampau.

4. Ibu menyusu cepat lapar

Jangan dikecam ibu menyusu jika kami kuat makan. Jangan dihina kami jika badan kami makin membulat ibarat tong. Semua yang ibu menyusu lakukan adalah untuk melaksanakan tanggungjawab kepada anak kerana susu ibu adalah hak anak yang tak boleh dipertikaikan.

*Berikut adalah fakta tentang ibu menyusu. Si suami perlu tahu tentang fakta ini kerana boleh membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Jika si isteri tiada ‘mood’ atau keletihan, cepat-cepat pujuk mereka atau beri kata-kata manis kerana ia ubat untuk menceriakan isteri.

Selepas ini, tidaklah pening kepala kenapa isteri selalu marah-marah atau tidak ada ‘mood’ . Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .