Jika ditanya akan harapan ibu bapa terhadap anak, pasti takkan habis dibicarakan. Sebagai anak, pasti kita harus tahu apa yang ibu bapa inginkan. Sama ada ibu bapa pernah beritahu kita ataupun kita sendiri yang ketahui isi hati ibu bapa kita.

Kadang-kadang, didikan dan persediaan serta penjagaan ibu bapa terhadap kita sejak kecil lagi juga jelas menunjukkan apa yang mereka harapkan daripada kita. Harapan ibu bapa juga bergantung kepada umur anak-anak.

Perunding psikiatri, Dr Andrew Mohanraj, pernah menyatakan bahawa “Ibu bapa harus belajar cara meletakkan harapan mereka. Paling penting, jangkaan mereka harus mengambil kira empat faktor utama, iaitu umur anak, tahap kematangan, batas fizikal atau mental dan batas ibu bapa sendiri.” Jom lihat antara harapan ibu bapa untuk anak-anak.

1. Kejayaan Anak-Anak Dalam Pelajaran

Kejayaan anak-anak dalam pelajaran adalah salah satu harapan ibu bapa terhadap anak. Sejak kecil lagi, ibu bapa berusaha untuk memberikan didikan pelajaran yang terbaik untuk anak agar anak mudah menerima pelajaran. Sebagai anak, kita perlu belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading.

2. Berbakti Kepada Orang Tua

Harapan ibu bapa terhadap anak adalah semoga anak berbakti kepada orang tua. Sama ada anak masih kecil atau besar, ibu bapa berharap agar mereka dapat berbakti kepada orang tua suatu hari nanti. Orang tua yang paling penting adalah ibu dan bapa yang telah lama berjasa kepada kita sejak kecil lagi. Selepas itu, moyang, saudara mara, guru-guru, kawan dan juga kenalan kita.

harapan ibu bapa terhadap anak
Imej via [arzmoha]

3. Pendidikan Agama Yang Sempurna

Selain pelajaran akademik, harapan ibu bapa terhadap anak juga adalah mereka mendapat pendidikan agama yang sempurna dan boleh digunakan sepanjang hidup. Dengan pendidikan agama yang sempurna, ibu bapa dapat mengelakkan anak daripada berlakunya gejala sosial di luar sana.

Ada juga ibu bapa yang mementingkan perihal akhirat sehingga menghantar anak ke sekolah agama, tahfiz dan sebagainya. Anak juga cenderung untuk menghafal Al-Quran sejak mereka kecil lagi, itulah impian dan harapan ibu bapa terhadap anak.

4. Pekerjaan Yang Baik

Bagi anak yang mencari pekerjaan atau sudah habis belajar, pastinya ibu bapa mengharapkan anak-anak mendapat pekerjaan yang bagus dan hebat. Itu adalah harapan ibu bapa terhadap anak yang menempuh alam pekerjaan. Ia juga dapat mengubah masa depan anak-anak.

5. Kesihatan Yang Baik

Kesihatan anak yang baik memudahkan anak anda berbakti kepada anda suatu hari nanti. Itulah konteks harapan ibu bapa terhadap anak dari segi kesihatan. Jaga diri anda dan ibu bapa anda sebaiknya.

Mereka juga risaukan anda sekiranya anda mengalami penyakit atau apa-apa kesakitan kerana anda adalah anak yang mereka sayangi. Daripada kecil lagi, ibu bapa menjaga anak, bagai menatang minyak yang penuh, itulah buktinya mereka mengharapkan kesihatan anda baik-baik sahaja.

6. Keindahan Dalam Akhlak

Akhlak yang baik adalah harapan ibu bapa terhadap anak yang takkan pernah habis. Ibu bapa sememangnya mengharapkan anak yang baik dan mempunyai akhlak terindah. Akhlak yang baik juga mampu mewariskan keturunan yang baik-baik pada masa akan datang.

harapan ibu bapa terhadap anak
Imej via [diarikurus]

7. Pengurusan Hidup Yang Betul

Pengurusan kehidupan anak-anak dapat menjamin kejayaan mereka kerana ia melibatkan pengurusan masa dan tindakan. Harapan ibu bapa terhadap anak pastinya inginkan anda berjaya menguruskan masa dan hidup seharian. Oleh itu, rancang dan uruslah kehidupan dengan betul.

Sekiranya anak seorang yang cacat atau kurang upaya, pastinya ibu bapa mengharapkan mereka mendapat kehidupan yang lebih baik, mendapat penjagaan, berjaya dan disayangi. Harapan ibu bapa terhadap anak ini juga perlu diambil peduli oleh masyarakat umum di negara kita.

8. Kesenangan Hidup Dan Kemewahan Harta

Adakalanya ibu bapa juga berharap agar anak mendapat kesenangan hidup dan kemewahan harta bagi senang di kemudian hari. Pastinya mereka mahukan anak mempunyai kereta mewah, rumah yang besar dan lain-lain lagi. Nak tak nak, anak-anak haruslah berusaha untuk mencapai impian dan kejayaan yang menjadi harapan ibu bapa terhadap anak.

harapan ibu bapa terhadap anak
Imej via [sinarharian]

9. Memanfaatkan Orang Lain

Kejayaan seseorang juga dapat dilihat apabila seseorang itu berjaya memanfaatkan orang lain dan memberi nilai kepada orang lain. Ibu bapa pasti berbangga sekiranya anaknya berjaya dan dapat membantu orang lain yang perlukan. Harapan ibu bapa terhadap anak ini tampaknya setinggi gunung, tetapi tidak mustahil untuk anak realisasikan impian dan harapan tersebut.

10. Meluangkan Masa Bersama

Harus diingatkan, kadang-kadang ibu bapa tak berharap pun duit kita, tetapi mereka inginkan masa kita untuk bersama-sama dengan mereka. Sebagai harapan ibu bapa terhadap anak, luangkanlah masa bersama mereka apabila anda cuti atau ketika waktu makan dan sebagainya.

Sekiranya anak sudah berkahwin, ziarahlah mereka dan bawalah anak dan isteri berkunjung berjumpa dengan ibu bapa. Besar pahalanya menyenangkan hati ibu bapa dan menunaikan harapan ibu bapa terhadap anak. Mudah-mudahan ganjaran Allah SWT milik anda sebagai anak yang taat terhadap ibu bapa.

harapan ibu bapa terhadap anak
Imej via [steemit]

Kejayaan seorang anak datangnya dari doa seorang ibu. Harapan ibu bapa terhadap anak harus dipegang rapi dan direalisasikan oleh anak sendiri. Oleh itu, bermula dari sekarang, anak haruslah memainkan peranan penting dan bertanggungjawab bagi memastikan kejayaan milik mereka. Mudah-mudahan itulah hadiah terbaik untuk ibu bapa.

Jom baca juga Peranan ibu bapa memupuk amalan menabung, Peranan ibu bapa membantu kecemerlangan anak-anak, Cara berbuat baik kepada ibu bapa dan Adab terhadap ibu bapa. Semoga bermanfaat!

Rujukan:

  1. fp.utm
  2. mypositiveparenting
  3. hazrinanasir

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.