Alangkah banyak keistimewaan yang diberikan Allah kepadamu, ayunya persis lambaian daun pada dinginnya malam. Gagahnya mampu menggoncang dunia. Kehormatan tidak patah dek keduniaan. Kerana dirimu wanita solehah hiasan dunia.

Bak kata Dr.’Aidh Abdullah Al-Qarni,

“wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau.”

Seperti diketahui, tarikan seorang wanita solehah amat tinggi sehingga mampu untuk mengubah perkara yang besar. Kebijaksanaan seorang wanita dapat memberi kejayaan kepada dunia.

Senyumanmu adalah penawar dan senyumanmu jualah racun berbisa. Wanitasalah satu faktor kejayaan bagi lelaki dan juga boleh menjadi virus kejatuhan seorang lelaki.

wanita solehah

Lihat sahaja dalam aspek rumah tangga, pendidikan awal dirumah selalunya dititikberatkan oleh sang ibu, oleh kerana itu, anak-anak menjadi lebih erat dengan ibu mereka berbanding dengan ayahnya yang sibuk bekerja mencari rezeki sesuap nasi. Jika betul didikan yang diberi oleh ibu maka bergunalah anak-anaknya nanti pada suatu ketika pada masa hadapan.

Wanita solehah bakal bidadari syurga adalah seorang wanita yang menjaga kehormatannya kerana takutnya mereka kepada penciptanya Allah dengan sedaya upaya tidak melanggar perintah Penciptanya.

Walaupun mereka perlu bersusah payah, lihat sahaja kepada wanita yang bersungguh-sungguh menutup auratnya daripada diperlihatkan oleh lelaki bukan muhrim, rela berpanas dan diejek oleh wanita moden, diketawa dipermain, mereka rela kerana panasnya dunia tidak mengapa asal tidak tersentuh dengan panasnya api neraka yang menunggu kerana mereka tahu dan memahami sesungguhnya kebahagiaan itu datang setelah kesusahan dilalui

Wanita yang mencintai ilmu akan sedaya upaya menggali hikmah disebaliknya, bukan sekadar menyusun dan menyimpan ilmu yang diperolehi pada diri sendiri tetapi dapat menebarkan ilmu yang dimiliki supaya dapat dijadikan ikutan wanita yang lain.

Wanita sanjungan penghuni langit tidak akan menunggu masa menentukan sesuatu dalam hidupnya yang akhirnya menyalahkan waktu tetapi menggunakan masa yang ada untuk berbuat beribu kebaikan dengan kelembutan, kesopanan, serta ketegaran yang dimilikinya agar mampu memberi kesan yang baik pada orang lain.

Mereka tidak hanya hidup didalam kesedihan berpanjangan bagaikan tiada harapan untuk hidup hanya mampu mengharungi kekecewaan semata, tetapi mereka akan berbahagia dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepada mereka tanpa meminta-minta yang berlebihan dan cemburu diatas kemewahan orang lain kerana mereka mengerti tiada gunanya hidup didalam kegelapan yang akhirnya akan jatuh pada sesuatu yang kelam dimana akan meleburkan mereka sendiri.

Sesungguhnya Allah telah menjadikan Asiah, isteri Firaun, sebagai teladan yang baik bagi kaum wanita mukminah. Hanya wanita yang bijak mampu menyedari mengenai hikmah ini iaitu wanita yang bakal menjadi bidadari penghuni syurga Allah S.W.T. Wallahualam.

 

 

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .