doorgift kahwin
Imej via [instagram]

Banyak idea doorgift kahwin zaman kini yang telah trending dan boleh anda pilih sebagai contoh doorgift yang anda inginkan. Bagaikan lapuk dek zaman, bunga telur bukanlah pilihan utama lagi yang digunakan sebagai doorgift. Tetapi jangan risau, ia tetap ada dan kadang kala ia dimodenkan dengan pelbagai bungkusan telur yang cantik menarik.

Jadi, apakah doorgift kahwin yang menarik dan cute menjadi pilihan anda semua? Pastinya doorgift kahwin yang berupa makanan, hiasan dan barang-barang.

Doorgift kahwin yang eksklusif dan menarik tidak semestinya besar, mungkin yang comel dan cute lebih menarik! Jom lihat 15 idea doorgift menarik dan cute untuk anda pilih.

1. Gift Box Gula-Gula

doorgift kahwin
Imej via [profhariz]

Doorgift kahwin berupa gula-gula tetapi dalam bentuk eksklusif iaitu Gift Box gula-gula. Mudah sahaja, anda cuma perlu mencari kotak yang cantik dan cute untuk letakkan gula-gula di dalamnya. Terpulang kepada anda untuk meletakkan berapa banyak gula-gula dalam doorgift kahwin ini.

Kanak-kanak pasti teruja untuk membuka kotak gula-gula ini, ibu bapa pun turut senang kerana anak-anak mempunyai gula-gula untuk dibawa pulang. Tak perlulah menarik perhatian anak anda dengan cara lain lagi memandangkan mereka sudah tertarik dengan kotak gula-gula ini.

2. Sapu Tangan

doorgift kahwin
Imej via [Pezcame]

Sapu tangan kecil lebih menarik dan cute untuk dijadikan sebagai doorgift kahwin. Sapu tangan boleh digunakan oleh semua tetamu dan boleh dibawa pulang sebagai buah tangan. Pastinya mereka akan menghargai pemberian anda kerana ia boleh digunakan oleh mereka di rumah juga.

Pilihlah sapu tangan yang elok digunakan dan tidak berbulu-bulu untuk diberikan kepada para tetamu. Doorgift kahwin ini juga boleh anda hiasi bersama dengan tali, ranting, kertas, bunga dan lain-lain hiasan yang bersesuaian.

3. Kipas Tangan

doorgift kahwin
Imej via [Reem Doorgift]

Kipas tangan turut boleh dijadikan doorgift kahwin untuk majlis anda. Anak muda remaja dan ibu bapa juga senang dengan pemberian berupa kipas ini. Ia amat menarik dan cute, mudah di bawa ke mana sahaja, senang di simpan kerana bersaiz kecil dan boleh digunakan apabila perlu di mana sahaja.

4. Penggantung Kunci

doorgift kahwin
Imej via [reemdoorgift]

Jarang diberikan oleh orang sebagai doorgift, tetapi penggantung kunci bersaiz kecil sederhana ini sesuai untuk dijadikan doorgift kahwin anda. Sekali-sekala, anda boleh hadiahkan para tetamu barangan rumah selain dari makanan sahaja.

Pastinya mereka akan gunakannya bila perlu atau hadiahkan kepada keluarga mereka. Anda boleh mengukir dan mencetak nama anda atau ucapan sebagai kenang-kenangan buat para tetamu.

5. Kotak Songket Petak

doorgift kahwin
Imej via [reemdoorgift]

Terpulang kepada anda, anda boleh berikan kotak songket sahaja atau kotak songket beserta barang-barang di dalamnya juga. Doorgift kahwin ini amat legend kerana ia digunakan dari dulu lagi oleh orang berharta.

Zaman sekarang, seluruh masyarakat menggunakannya dan mendapatkannya dengan harga yang murah dan sederhana. Namun, corak dan kotaknya amat menarik dan cute untuk anda gunakan bagi menyimpan barang.

6. Pen Kapsul (Alat Tulis)

doorgift kahwin
Imej via [reemdoorgift]

Doorgift kahwin yang amat ringkas dan berguna boleh anda berikan adalah Pen Kapsul yang berupa alat tulis. Umumnya, pen kapsul ini amat unik kerana bentuknya seperti kapsul. Tetamu pasti tertarik dan suka akan doorgift kahwin ini.

Terdapat pelbagai pilihan warna pen kapsul yang boleh anda pilih. Semuanya bewarna-warni dan amat meriah! Harganya juga murah jika anda membeli secara borong.

7. Cookies Sedap

doorgift kahwin
Imej via [Picgra]

Doorgift kahwin berupa Cookies adalah kegemaran semua tetamu sama ada muda atau tua. Cookies sedap sebagai pemanis mulut boleh anda sajikan bersama kotak cookies atau goodies yang menarik dan cute. Pasti dalam kereta sahaja, sudah habis semua cookies dimakan.

8. Sejadah Mini

doorgift kahwin
Imej via [Ask Wedding]

Sejadah mini adalah doorgift kahwin menarik dan cute yang boleh anda berikan kepada para tetamu. Anda boleh memilih sejadah mini mengikut tema warna pakaian anda sempena majlis perkahwinan pada hari itu. Menarik kan?

9. Macaroon

Tak semua orang pernah makan macaroon, apa kata anda hadiahkan macaroon sebagai doorgift buat para tetamu. Mereka bukan sahaja dapat menikmati kesedapan macaroon, tetapi akan mengingati majlis anda dengan macaroon paling sedap yang anda berikan!

10. Fridge Magnet

doorgift kahwin
Imej via [instagram]

Fridge magnet tidak semestinya mempunyai corak dan bentuk yang harus anda ambil di kedai sahaja. Anda juga boleh memilih untuk custome kan fridge magnet mengikut corak atau bentuk yang anda inginkan.

Bagi coraknya pula, anda boleh letakkan nama anda dan pasangan serta tarikh majlis sebagai kenangan buat mereka yang menerima fridge magnet ini nanti.

11. Pen Perfume

doorgift kahwin
Imej via [instagram]

Pen perfume adalah hadiah doorgift yang cukup ringkas tetapi mewah. Dengan kotaknya yang eksklusif, ia bakal menjadi barang kesayangan para tetamu anda. Pasti orang hargai anda memberikan perfume kepada mereka.

12. Coklat Bar

doorgift kahwin
Imej via [arkadius gift]

Unik, menarik dan cute sangat kalau dapat doorgift kahwin macam ini. Ringkas tetapi sedap dan menarik hati. Tak perlu anda membazirkan ruang untuk menyimpan doorgift yang besar sedangkan doorgift bersaiz kecil lebih mudah dan best.

13. Cupcakes Mini

doorgift kahwin
Imej via [picswe]

Sekiranya anda suka membuat cupcakes, buatlah cupcakes dan hiaskan cupcakes anda dengan baik. Tetapi dengan jumlah cupcakes yang terlalu banyak, anda boleh tempah sahaja cupcakes untuk dijadikan doorgift kahwin.

14. Madu

doorgift kahwin
Imej via [instagram]

Ramai wanita tak suka madu, tapi bila kenduri kahwin yang memberikan doorgift kahwin berupa madu, dia yang lebih-lebih nak ambil madu tu! Apa lagi, jom berikan tetamu anda doorgift kahwin berupa madu.

15. Bekas Garam Dan Pepper

doorgift kahwin
Imej via [picswe.com]

Bekas garam dan pepper ini menjadi idaman mak-mak yang suka menghabiskan masa memasak di dapur. Siapa yang taknak bekas garam cantik dan comel ini? Semua pasti teruja melihat doorgift kahwin anda.

Menarik kan idea doorgift kahwin kali ini. Jom baca juga 15 design pelamin kahwin, Kadar mas kahwin mengikut negeri dan 10 Goodies Kahwin Terkini.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.