Pastinya anda berasa teruja dan diawang-awangan apabila disahkan mengandung. Pasangan suami isteri mana yang tak bahagia bila dapat perkhabaran gembira tersebut.

Pastinya anda akan mula menjada diri dan melakukan yang terbaik untuk anak dalam kandungan anda. Namun entah apa nasib, tiba-tiba anda mengalami pendarahan. Seolah-olah anda sedang mengandung tapi datang period. Apa yang berlaku sebenarnya?

Adakah ini bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan kandungan anda? Adakah ini bermakna anda sedang keguguran dan kandungan anda sudah tidak dapat diselamatkan? Apa yang perlu anda lakukan sekarang? Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan maklumat lengkap tentang mengandung tapi period.

pendarahan semasa mengandung
Sumber: Medicalnewstoday

Adakah pendarahan semasa mengandung sesuatu yang merbahaya dan boleh menjejaskan kandungan?

Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa tidak semua pendarahan semasa mengandung adalah merbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda. Ada pendarahan yang normal dan ada pendarahan yang tidak normal dan boleh menjadi bahaya. Walau apa pun, nasihat kami ialah segera pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dari doctor jika anda tiba-tiba mengalami pendarahan semasa mengandung.

Pemeriksaan segera adalah sangat penting bagi memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan yang baik. Apa yang paling penting, anda kekal bertenang dan jangan panik. Minta suami temankan anda dan sentiasa berada di sisi semasa anda mengalami pendarahan. Kehadiran suami bukan sahaja menenangkan anda malah boleh memberikan anda kekuatan.

Apakah punca berlakunya pendarahan semasa mengandung?

Yang sebenarnya terdapat pelbagai perkara yang boleh menjadi punca seorang wanita mengalami pendarahan semasa mengandung. Di antara punca yang paling kerap berlaku ialah:

  • Proses persenyawaan yang berlaku. Pada awal-awal kehamilan anda mungkin mengalami pendarahan akibat proses persenyawaan yang berlaku. Itulah sebabnya kenapa ada wanita yang mengandung tapi masih period juga. Untuk pengetahuan anda, proses persenyawaan bukannya berlaku sebaik sahaja sperma suami masuk ke dalam rahim anda. Ia akan mengambil sedikit masa dan mungkin juga semasa proses persenyawaan berlaku, ia jatuh pada tarikh anda sepatutnya period, maka apabila ada sedikit pendarahan anda menyangka yang anda sedang period sedangkan darah yang keluar adalah akibat proses persenyawaan yang sedang berlaku di dalam rahim anda.
  • Hormon progesterone yang rendah terutamanya di awal kehamilan juga boleh menjadi punca kenapa anda mengalami pendarahan semasa mengandung. Tahap hormone progesterone yang rendah akan menyebabkan dinding rahim menjadi kurang kukuh dan mulai pecah lalu menyebabkan berlakunya pendarahan seperti anda sedang datang haid. Sedangkan yang sebenarnya anda sedang meengandung.
  • Melakukan hubungan seks juga boleh menyebabkan ibu mengandung mengalami pendarahan. Seperti yang kami sebutkan tadi, semasa mengandung hormone progesterone dalam badan berada dalam tahap yang rendah lalu menyebabkan dinding rahim dan vagina menjadi kurang kukuh. Tusukan dari zakar suami anda boleh menyebabkan berlaku pendarahan pada dinding vagina lalu keluar sedikit darah seperti anda datang bulan.
  • Pendarahan semasa mengandung juga boleh berlaku disebabkan oleh perubahan pada permukaan serviks. Darah akan keluar dari vagina seperti darah haid.
  • Punca pendarahan semasa mengandung yang seterusnya ialah placenta previa atau uri berada di bawah. Uri anda sepatutnya berada di bahagian atas. Apabila ia terlalu rendah dan berada di bawah, ia akan menyebabkan anda mengalami pendarahan. Pendarahan akibat uri di bawah adalah satu keadaan yang boleh membahayakan kandungan anda. Biasanya doctor akan memberikan anda cuti rehat dan meminta anda untuk berehat di atas katil atau bedrest sehingga pendarahan anda berhenti.
  • Pendarahan semasa mengandung juga boleh berlaku disebabkan oleh placenta abruption iaitu keadaan di mana uri telah terlepas daripada rahim. Keadaan ini adalah sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa kedua-dua ibu dan anak dalam kandungan. Oleh itu, jika anda mengalami pendarahan secara tiba-tiba sila dapatkan pemeriksaan dengan segera. Jangan berlengah.
  • Selain itu, jangkitan kuman pada kandungan atau rahim juga boleh menyebabkan anda mengalami pendarahan semasa mengandung. Jangkitan kuman mungkin boleh bermula dengan masalah keputihan yang dibiarkan dan tidak dirawat lalu melarat menjadi jangkitan UTI dan akhirnya merebak ke dalam rahim dan bayi dalam kandungan.
  • Anda juga boleh mengalami pendarahan semasa mengandung sekiranya anda mengalami hentakan pada tubuh badan yang disebabkan oleh kemalangan atau jatuh terhentak punggung. Jika anda mengalami pendarahan selepas kemalangan, ianya adalah sangat merbahaya dan memerlukan rawatan dengan segera.
  • Akhir sekali, pendarahan semasa mengandung mungkin berlaku kerana anda sedang mengalami keguguran.

Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor?

Anda  dinasihati untuk terus berjumpa doctor sebaik sahaja berlaku pendarahan semasa mengandung kerana dikhuatiri ia adalah petanda ada sesuatu yang tak kena dengan kandungan anda. Lebih-lebih lagi kalau anda berdarah dengan banyak dan disertai dengan rasa sakit. Atau pun semakin lama darah anda semakin banyak. Ia bukanlah satu keadaan yang baik.

Apakah tips untuk mengelakkan pendarahan semasa mengandung?

Anda boleh mengelakkan pendarahan semasa mengandung dengan mengamalkan beberapa tips berikut:

  • Jangan terlalu lasak semasa mengandung
  • Jangan terlalu aktif semasa mengandung
  • Jangan biarkan keputihan yang berlaku. Segera dapatkan rawatan dari doktor.
  • Berhati-hati dan elakkan daripada kemalangan
pendarahan semasa mengandung
Sumber: Kveller

Itulah dia info tentang mengandung tapi period yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Smeoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang susu kambing untuk ibu mengandung, alahan ibu mengandung, dan khasiat safron untuk ibu mengandung.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.