Sebagai umat islam, hidup kita adalah berlandaskan ajaran islam. Al-Quran, hadith, dan sunnah Rasulullah adalah sandaran kita dalam menjalani kehidupan seharian termasuk dalam aspek keibu bapaan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan hadith berkaitan ibu bapa sebagai panduan untuk kita menjadi ibu bapa dan anak yang lebih baik.

Daripada Abu Hurairah Radiallah Anhu, Rasulullah SAW bersabda bahawa:

رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ‏‏مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ ‏‏

Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga. (Riwayat Muslim (2551))

hadith berkaitan ibu bapa
Sumber: Iproperty

Berdasarkan hadith di atas, boleh disimpulkan bahawa terdapat dua tanggung jawab seorang anak kepada ibu bapanya iaitu semas ibu bapanya masih hidup dan apabila mereka sudah meninggal dunia.

Apakah tanggung jawab seorang anak kepada ibu bapanya yang masih hidup berdasarkan hadith di atas?

Berdasarkan hadith di atas, di antara tanggung jawab seorang anak terhadap ibu bapa yang masih hidup adalah seperti berikut:

  • Semasa kedua ibu bapanya masih hidup seorang anak hendaklah melayan ibu bapanya dengan baik kepada dan tidak meninggikan suara di hadapan mereka. Tanggung jawab yang pertama ini adalah selari dengan firman Allah yang berikut:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا (Al-Isra’:23)

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

  • Tanggung jawab seorang anak kepada ibu bapa yang masih hidup yang kedua ialah untuk membantu kedua ibu bapanya dalam segala hal setakat yang termampu. Kesimpulan ini adalah selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang berikut:

إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ، وَإِنَّ وَلَدَ الرَّجُلِ مِنْ كَسْبِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang adalah berasal daripada usahanya dan sesungguhnya anak seseorang adalah berasal daripada usahanya.” (Riwayat al-Nasa’ie (4449)

إِذَا أَعْطَى اللهُ أَحَدَكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ

Maksudnya: “Apabila Allah SWT memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya.” (Riwayat Muslim (1822))

  • Tanggung jawab yang ketiga ialah seorang anak wajib taat kepada kedua ibu bapa yang masih hidup dan tidak sesekali menderhaka kepada mereka. Walau bagaimana pun tanggung jawab untuk mentaati kedua ibu bapa adalah terhad kepada perkara yang halal dan selari dengan ajaran islam sahaja. Jika ianya berkaitan perkara yang bertentangan dengan agama, adalah tidak wajib untuk dipatuhi oleh seorang anak.
hadith berkaitan ibu bapa
Sumber: Soceityandyou

Apakah tanggung jawab seorang anak kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia berdasarkan hadith di atas?

Jika tadi kami telah terangkan tentang tanggung jawab seorang anak semasa ibu bapanya masih hidup, kini tiba masa untuk kita mengetahui tanggung jawab selepas mereka sudah tiada. Di antara tanggung jawab yang digalas oleh seorang anak ialah:

  • Melangsaikan semua hutang wajib ibu bapanya iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya. Ia adalah berdasarkan haridth dari Ibn Abbas yang berikut:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ، أَفَأَقْضِيهِ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى

Maksudnya: Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadhan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha’ puasa bagi pihaknya? Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk tunaikan.” (Riwayat al-Bukhari (1953))

  • Melangsaikan semua hutang ibu bapanya dengan manusia.
  • Sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya dan jangan lupa untuk mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua ibu bapanya. Tanggung jawab ini adalah berdasarkan firman Allah yang berikut:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا (Al-Isra’:24)

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

  • Tanggung jawab yang seterusnya ialah untuk menziarahi sahabat-sahabat kedua ibu bapanya untuk meneruskan silaturrahim yang telah terbina. Tanggung jawab ini adalah berdasarkan hadith daripada Anas bin Malik:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari (5986))

hadith berkaitan ibu bapa
Sumber: Oneandonly

Itulah dia info tentang hadith berkaitan ibu bapa yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang tanggung jawab seorang bapa, cara didik anak perempuan, dan peranan ibu bapa

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.