Macam mana hendak mengajar anak berpuasa dengan mudah?  Ini antara dilema buat ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak kecil. Mereka tertanya-tanya cara terbaik untuk mengajar anak mereka berpuasa dengan mudah.

Mungkin bagi  orang dewasa berpuasa bukanlah satu perkara yang sukar. Namun begitu, bagi anak kecil yang baru pertama kali hendak belajar berpuasa ini, segalanya masih baru untuk mereka. Kerana itu ibubapa perlu pandai main peranan dalam mengajar anak tentang amalan berpuasa itu sendiri agar anak boleh faham dengan sebaik-baiknya.

Mengajar Anak Berpuasa Perlukan Cara Yang Kreatif

Sebenarnya, untuk mengajar anak kecil anda berpuasa bukanlah satu perkara yang sukar. Cuma anda perlu tahu teknik yang terbaik untuk membuatkan si kecil anda puasa dengan gembira. Ada banyak cara seronok dan kreatif untuk mengajar anak berpuasa. Berikut adalah beberapa tips untuk ajar anak berpuasa sejak kecil.

tips ajar anak puasa

image via : Int3ree

Malah, dengan menggunakan tips di bawah ini  lama-kelamaan anak anda akan menjadi lebih seronok untuk berpuasa dan mereka akan mula berpuasa penuh sama seperti orang yang lebih dewasa. Jadi, jom kita baca tipsnya di bawah ini:

Tips #1 – Jangan Paksa Anak

Berpuasa adalah perkara baru bagi si kecil anda. Justeru itu, anda tidak boleh memaksa anak anda berpuasa penuh selama satu hari. Sebaliknya, ajar mereka berpuasa secara perlahan-lahan seperti berpuasa separuh hari dahulu.

Apa yang penting adalah untuk membiasakan anak anda dengan berpuasa. Bila anak anda sudah biasa, lama-kelamaan mereka akan mula berpuasa dengan penuh sama seperti orang dewasa. Tips mengajar anak kecil berpuasa untuk pertama kali ini, ibabapa sendiri kena betulkan niat untuk mendidik anak bukannya untuk memaksa mereka menahan lapar dahaga dengan begitu saja.

"

Tips #2 – Bercerita Tentang Kebaikkan Bulan Ramadhan

Kebiasaanya, bila mencuba sesautau perkara baharu, anak-anak pasti akan tanya pelbagai persoalan kepada kedua ibu bapa mereka. Begitu juga dengan berpuasa, bila anda mengajar anak anda berpuasa sudah pasti mereka akan tertanya-tanya sebab apa mereka perlu berpuasa.

Jadi, anda ambil peluang ini untuk memberitahu sebab apa mereka perlu berpuasa. Dalam pada masa yang sama cerita juga kelebihan dan kebaikkan bulan puasa yang boleh menarik perhatian mereka untuk sama-sama berpuasa.

Tips #3 – Sediakan Makanan Kegemaran Anak

Satu cara yang anda boleh gunakan untuk mengajar anak berpuasa adalah dengan menyediakan makanan kegemaran anak anda sewaktu bersahur dan berbuka puasa. Bila anak anda tahu anda menyediakan makanan kegemaran mereka, ia secara tidak langsung akan membuatkan anak anda bertambah bersemangat untuk berpuasa. Malah, jangan terkejut kalau anak anda boleh berpuasa penuh bila anda melakukan cara sebegini.

Tips #4 – Bagi Motivasi Dan Semangat

Bukan mudah untuk si kecil anda mula belajar berpuasa. Jadi, sebagai ibu bapa, Anda perlulah memberikan motivasi kepada anak anda supaya mereka terus berusaha untuk belajar berpuasa. Dengan kata-kata semangat semangat dari anda, anak anda akan menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk mereka berpuasa penuh sepanjang hari.

Tips #5 – Jangan Benarkan Anak Bermain Dengan Permainan Yang Boleh Memenatkan

Kanak-kanak sangat suka bermain. Lebih lagi permainan yang mengeluarkan peluh. Namun begitu, apabila terlampau banyak sangat aktiviti fizikal anak anda akan menjadi lebih penat. Apabila penat sudah tentu anak anda akan terasa haus dan ingin buka puasa dengan lebih awal.

Jadi, seeloknya jangan benarkan anak anda main permainan yang melibatkan fizikal. Sebaliknya, anda boleh gantikan permainan tersebut dengan permainan lain yang tidak memenatkan mereka.

Tips #6 – Sorokkan Segala Makanan Ringan

Mungkin anda takut kalau anak anda tiba-tiba curi makan. Jadi untuk elakkan dari perkara sebegini berlaku, jangan sesekali meninggalkan makanan pada siang hari di atas meja atau di dalam peti sejuk. Peti sejuk dan meja makan merupakan antara tempat yang di gemari kana-kanak untuk curi-curi makan di bulan Ramadhan.

Tips #7 – Suruh Anak Tidur Awal

Tips untuk mengajar anak berpuasa yang terakhir ialah, ajar anak untuk tidur awal. Anak yang baru belajar berpuasa selalunya sukar untuk bangun pada awal pagi untuk bersahur. Justeru itu, ibu bapa perlulah memastikan anak mereka tidur awal untuk bersahur.

Namun, kalau anak dibangunkan terlalu awal, kemungkinan besar mereka akan tertidur semula sebelum sempat menunaikan solat Subuh. jadi, seeloknya kejutkan anak anda labat sedikit ketika bersahur. Lagipun melewatkan sahur adalah perkara sunat di dalam bulan Ramadhan.

Antara Aktiviti Sesuai Dilakukan Oleh Anak Anda Yang Tidak Memenatkan

Ada beberapa aktiviti yang anak anda boleh lakukan bersama dengan anda. Malah, aktiviti sebegini langsung tidak memenatkan anak anda. Bukat itu sahaja, dengan aktiviti sebegini anak anda dapat belajar tentang bertapa hebatnya bulan ramadhan dan anak anda juga dapat merasai kemaninsan bulan Ramadhan. Aktiviti tersebut ialah:

  1. Mengaji Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Mana tahu anak anda boleh jadi hafiz atau hafizah dalam usia yang muda
  2. Melakukan solet berjemaan bersama keluarga supaya anak anda tidak meningggalkan solat.
  3. Ajar anak anda untuk bersedekah kepada orang yang kurang berkemampuan
  4. Lakukan aktiviti DIY yang menyeronokkan
  5. Untuk elakkan masa nak anda terbazir begitu sahaja, anda boleh minta tolong anak anda untuk buat kuih raya bersama dengan anda.
  6. Ajak anak baca buku, seeloknya buku berkaitan bulan Ramadhan
  7. Ajak anak bersama-sama untuk mengemas rumah
  8. Minta pertolongan anak untuk bersama-sama buat persiapan berbuka puasa
tips ajar anak puasa

image via : Int3ree

Bulan Ramadhan Banyak Manfaat Serta Bulan Untuk Kita Melakukan Sebanyak Mungkin Kebaikkan

Bulan ramadhan adalah bulan yang sangat mulia. Justeru itu, anda perlu mengajar anak anda untuk berpuasa supaya mereka juga turut merasai bertapa indahnya bulan Ramadhan. Tetapi untuk mendidik anak yang beru pertama kali belajar berpuasa elakkan dengan cara paksaan.

Sebaliknya gunalah cara yang lembut. Pada permulaan mungkin agak sukar untuk anak anda belajar berpuasa. Tetapi lama-kelamaan anak anda sudah terbiasa dan mula berpuasa penuh sama seperti orang dewasa yang lain. Jemput baca kesan peluk anak tiap hari , dan Checklist Ramadhan

 

Sumber:

 

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.