Ini tips tukar tayar wanita perlu tahu.

Bila dah ada kereta, perlu lakukan maintenance agar kereta kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik terutamanya sebagai persediaan untuk perjalanan yang jauh.

Salah satu aspek yang paling utama ialah tayar kereta. Tayar kereta perlu diganti apabila sampai masanya kerana tayar yang botak akan membahayakan keselamatan terutamanya jika anda memandu dalam keadaan jalan raya yang basah sama ada semasa hujan atau selepas hujan.

Namun bagi seorang wanita, pastinya anda takut-takut untuk pergi ke bengkel untuk menukar tayar kereta memandangkan betapa banyak cerita tak enak yang kita pernah dengar tentang bengkel kereta yang menipu pemandu wanita. Istmewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips tukar tayar kereta supaya anda tahu dan tidak mudah tertipu lagi.

tips tukar tayar kereta
Sumber: Manma

Tayar yang rosak perlu diganti dengan segera

Apakah yang dimaksudkan dengan tayar yang rosak? Tayar dianggap sebagai sudah rosak jika ianya sudah pancit dan tidak dapat menampung angin yang dimasukkan ke dalamnya. Jika tayar Cuma bocor dan lubangnya boleh ditampal, tayar anda tidak perlu ditukar.

Selain pancit, tayar juga perlu ditukar jika ia mempunyai kesan lecetan, siatan, hirisan dan kelihatan berlubang pada bunga dan dinding tayar. Tayar kereta perlu ditukar kerana kita tidak tahu keadaan dalam tayar. Pada luaran mungkin kita lihat ianya Cuma kerosakan yang kecil namun rupanya tayar mengalami kerosakan teruk pada bahagian dalamnya lalu boleh membahayakan kelamatan semasa anda memandu.

"

Tayar hanya perlu ditukar jika ia telah haus

Rasanya info yang ni semua orang pun tahu. Namun apakah yang dimaksudkan dengan tayar yang telah haus? Apakah bila kita tengok bunga pada tayar dah mula botak, maksudnya kita perlu tukar tayar dengan serta-merta? Atau pun yang sebenarnya kita perlu tunggu sehingga taray betul-betul botak sebelum menukar tayar baru? Untuk pengetahuan anda, yang sebenarnya semua tayar di pasaran mempunyai indicator yang memberitahu bilakah masanya untuk menukar tayar.

Cuba lihat tayar anda, ia mempunyai indicator bunga haus atau dalam bahasa inggerinsya tread-wear indicator (TWI). Indikator bunga haus ini adalah berbentuk bar yang terletak antara blok bunga yang membolehkan anda mengecam tahap haus tayar. Bergantung kepada jenama tayar, indikator bunga haus pada tayar kebiasaannya ditanda dengan simbol anak panah, logo atau ditulis perkataan TWI.

Macam mana nak tahu sama ada tayar dah haus dan perlu ditukar? Apabila tayar tersebut digunakan, ia akan mulai haus dan terhakis. Apabila bar tersebut kelihatan separas atau sama rata dengan bunga tayar, maksudnya dah sampai masa untuk anda tukar tayar baru.

Mudah saja kan? Itulah pentingnya ada ilmu. Lepas ni takde lagi kisah tentang pemandu wanita yang tertipu di bengkel kereta. Tayar yang masih elok disuruh tukar baru kerana tak tahu nak periksa keadaan tayar kereta sendiri.

tips tukar tayar kereta
Sumber: Bloggerbertalileher

Tayar yang bengkak perlu diganti dengan yang baru

Tahukah anda bahawa tayar juga boleh membengkak di mana ia kelihatan menggelembung dan tidak normal seperti yang sepatutnya. Apabila tayar anda membengkak, kereta akan berasa seolah-lah tidak seimbang apabila anda bergerak. Kereta akan terasa seolah-lah tinggi sebelah dan perjalanan tidak lancar seperti yang sepatutnya. Malah kereta anda juga akan rasa bergegar.

Tayar boleh membengkak disebabkan oleh faktor-faktor yang berikut:

  • Terlanggar objek keras semasa memandu. Objek keras seperti batu, kayu, dan paku boleh mencederakan tayar lalu menyebabkan ia mula menggelembung.
  • Terlanggar lubang atas jalan yang juga menyebabkan tayar tercedera.
  • Melanggar bumper atau bonggol dalam keadaan laju.

Tayar bengkak perlu ditukar dengan segera kerana ia akan menyebabkan keneraan anda sukar dikawal terutamanya semasa anda sedang memecut dengan laju. Utamakan keselamatan. Sayangi nyawa anda. Tukar tayar dengan segera jika anda mendapati ia sudah bengkak dan menggelembung.

Tayar perlu ditukar jika ia mula merekah

Semasa proses pembuatan, tayar dihasilkan dengan minyak dan bahan kimia yang berfungsi untuk membuatkan tayar tahan lama dan tidak cepat merekah. Namun apabila anda menggunakan tayar, ia akan mula mengeras dan mengering akibat:

  • Pendedahan kepada cuaca Malaysia yang panas dan kemudiannya hujan.
  • Malah jika kereta anda makin kerap digunakan, makin cepat tayar merekah. Maksudnya, makin kerap anda memandu, makin cepat tayar merekah.
  • Selain itu, tabiat suka memandu laju juga merupakan di antara penyumbang tayar cepat merekah.
  • Akhir sekali, tayar akan cepat merekah jika anda tidak memasukkan angin pada kadar tekanan yang tepat. Tekanan yang terlalu tinggi atau rendah akan membuatkan tayar merekah.

Macam mana cara untuk memeriksa sama ada tayar anda sudah merekah? Lihat tayar anda dari dekat dan perhatikan jika ada sebarang rekahan kecil antara bunga tayar, dinding tayar (sidewall) dan lekuk bunga (bead tire) yang melekap pada rim. Jika ada rekahan, maksudnya anda perlu keluarkan duit untuk menggantikan tayar yang baru.

tips tukar tayar kereta
Sumber: Bloggerbertalileher

Ini kerana rekahan boleh menyebabkan tayar kereta meletup semasa anda memandu. Jika ia meletup semasa anda sedang laju, ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan dan membahayakan nyawa.

Itulah dia info tentang tips tukar tayar kereta yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Lepas ni pastinya anda dah tahu bila masanya anda perlu tukar tayar kereta. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara jimat minyak kereta 

Rujukan:

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.