Kebanyakan bayi yang dilahirkan adalah dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37 ke 42 minggu dalam usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum pada 37 minggu, maka usia kandungan ini dikatakan pramatang. Insiden bayi pramatang sangatlah berbeza-beza di setiap negara. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 8% bayi yang dilahirkan adalah pramatang.

Imej via [ellseemalaysia]

Bayi pramatang ini terjadi kerana pecah ketuban awal yang mana disebabkan infeksi air ketuban dan selaput ketuban, kelahiran bersalin tidak cukup bulan, pernah mengalami kelahiran pramatang, kandungan lebih daripada satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya, uterus dan serviks yang luar biasa, kandungan yang mempunyai komplikasi seperti tekanan darah tinggi semasa mengandung dan uri di bawah. Berikut adalah 8 tips penjagaan bayi pramatang ramai tak tahu.

1. Perhatikan Keadaan Bayi

bayi pramatang
Imej via [asianparent]

Bayi pramatang masih lagi tidak tahu buat apa-apa. Oleh itu, anda haruslah memerhatikan si kecil ini supaya dia tidak lemas dalam keadaan apa jua. Seperti yang kita tahu, bayi pramatang ini lahir kurang daripada 37 minggu.

Keadaan fizikal bayi pramatang lebih lemah jika dibandingkan dengan bayi normal. Perhatikanlah keadaan bayi, jika ada perubahan yang ketara sila rujuk kepada pakar.

Kajian mengatakan bahawa bayi pramatang akan tidur 15 hingga 22 jam selepas keluar daripada hospital. Bayi akan banyak menangis apabila semakin hampir dengan tarikh atau hari sepatutnya bayi itu lahir.

2. Sentuhan Ibu

bayi pramatang
Imej via [hellosehat]

Tips penjagaan bayi pramatang juga adalah anda harus memastikan bayi pramatang ini berada dalam keadaan stabil dan selamat ialah melalui sentuhan ibu. Peluklah mereka dengan erat, ia tidak langsung akan mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu dan anak.

Selain itu, sentuhan ibu penting kerana ia boleh diibaratkan bayi terasa seperti dalam kandungan. Sentuhan adalah cara sederhana ibu untuk berkomunikasi dengannya.

Oleh sentuhan  ibu adalah bahasa pertama bagi bayi, sentuhan itu merupakan wujudnya kasih sayang seorang ibu pada bayi yang telah lama ia nanti-natikan. Jadi tidak hairanlah jika ketika bayi lahir, seorang ibu akan bergegas untuk menyentuh bayinya dengan penuh rasa kasih sayang.


3. Posisi Tidur Dan Pegang Bayi

bayi pramatang
Imej via [hipwee]

Sediakan tempat tidur bayi dengan gulungan selimut tebal seperti bentuk U. Letakkan bayi pramatang seperti posisi di dalam Rahim. Kelebihan kedudukan ini ialah bayi akan merasa seperti dipeluk dan tidak akan mudah terperanjat.

Apabila si ibu ingin mengangkat bayi, pastikan pegangan anda kemas tanpa membuatkan bayi tersentak. Pegang kedua-dua lengannya serapat mungkin sambil menahan leher dan punggungnya. Bedung bayi anda juga lebih baik.

Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan. Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4 hingga 5 jam bergantung kepada daya tahan lapar. Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir.

Bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6 hingga 8 jam.


4. Susu Ibu

bayi pramatang
Imej via [Huggies Malaysia]

Susu ibu susu terbaik dunia yang terbukti secara klinikal mengandungi nutrien dan zat penting untuk bayi. Sama seperti bayi normal, susu ibu juga makanan terbaik bagi bayi pramatang.

Jika anda tidak dapat menyusukan bayi pramatang, berbincanglah dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan alternatif lain. Susu ibu dapat melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

Selain itu, ia dapat mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi. Susu ibu juga membantu dalam meningkatkan kecerdikan bayi pramatang dan ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

5. Tenaga

Imej via [100comments]

Ini merupakan tips penjagaan bayi pramatang yang mudah jika anda fahami bersama pasangan. Si ibu dan bapa mestilah bekerjasama menjaga si bayi. Si ibu penjaga utama perlukan rehat yang mencukupi. Oleh itu, dia si ibu dan si bapa perlu bergilir-gilir untuk tidur bagi memudahkan penjagaan bayi ini.

Tenaga yang cukup dapat membantu dari segi memberi anak minum susu, mandikannya, memberi makan dan sebagainya. Tanpa tenaga, seseorang itu tidak mampu diberikan layan sepenuhnya terutama pada bayi pramatang. Oleh itu, bermacam benda boleh terjadi jika ibubapa tidak dapat perhatikannya dengan baik nanti.

6. Gunakan Alternatif Lain Untuk Penyusuan Bayi

Imej via [asianpaarent]

Jika sewaktu menyusu sedikit mencabar, doktor dan jururawat akan guna kaedah lain untuk penyusuan bayi pramatang seperti masukkan susu melalui  intravena dalam urat atau tiub melalui hidung atau mulut.

Hal ini demikian kerana ada sesetengah bayi tidak dapat meminum susu badan secara normal kerana ia masih lagi kecil. Namun begitu, apabila menggunakan alternatif lain, lama kelamaan pasti si kecil boleh menyusu secara terus ke payudara anda dan berat badannya juga akan meningkat.

7. Pam Susu Badan

Imej via [babycenter]

Ramai si ibu yang tidak mampu lagi berjaga untuk memberikan susu kepada anaknya. Namun begitu, penggunaan pam susu badan ini dapat memudahkan si ibu untuk memberi anaknya susu.

Sewaktu, si ibu bergilir tempat dengan si bapa untuk menjaga anaknya, si bapa boleh sahaja memberi anaknya susu yang telah di pam tadi. Hal ini dapat memudahkan kerja si ibu dan juga si bapa. Ikutlah jadual pam susu badan dengan betul setiap dua jam terutama ketika bayi sedang tidur.

Anda perlu pam sekurangnya 750 ke 1000ml susu supaya ia mencukupi untuk bayi pramatang anda. Terdapat teknik yang boleh digunakan agar anda pam susu anda dapat mengeluarkan lebih banyak susu perahan. Belajarlah cara membuatnya supaya ia menjadi lebih mudah nanti.

8. Elak Bayi Tidur Dalam Buaian

bayi pramatang
Imej via [google]

Kadang-kadang bukan ibu bapa yang biasakan anak tidur buaian, tapi  kehendak pengasuh atau taska yang menjaga anak. Jadi ibu bapa pun turutkan sahajalah kerana niatnya nak memudahkan kerja mereka.

Walaupun perkara ini memudahkan kerja tetapi ia tidak baik untuk bayi pramatang. Hal ini demikian kerana sentuhan ke kulit adalah cara terbaik untuk tenangkan bayi pramatang dan membantunya membiasakan diri dengan payudara.

Perkara ini juga kerana jika bayi itu sudah terbiasa dengan tidur dalam buaian, ia akan menjadi sukar untuk didekati dan sering kali mahu untuk dibuai. Buaian ini juga boleh menjadi suatu risiko kecederaan kepala bayi yang mampu untuk merosakkan otaknya.

Ia juga boleh menyebabkan kematian kerana akibat bayi pramatang mudah terkejut ketika sedang tidur. Oleh itu, biasakanlah anak untuk tidak tidur di dalam buaian.

bayi pramatang
Imej via [Ellsee Malaysia]

Jangan lupa ikuti 8 tips penjagaan bayi pramatang yang anda harus tahu. Bayi pramatang berhak untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik. Jom baca juga Panduan dan teknik urutan bayi yang betul, Tips pilih puting bayi betul dan tepat dan Punca bayi lambat merangkak.

Rujukan

  1. Myhealth
  2. Tateh
  3. Theasianparent


Penulis: zulrina

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.