Suami yang terbaik adalah suami yang boleh membimbing keluarganya ke jalan yang benar dan bertanggungjawab menjaga keluarganya. Ciri-ciri suami ini yang paling dikehendaki oleh semua wanita. Zaman sekarang susah untuk wanita mencari lelaki yang betul-betul bertanggungjawab dan ikhlas untuk mengahwini mereka.

Tetapi bukan semua lelaki tidak bertanggungjawab, hanya segelintir daripada mereka sahaja yang bersifat kurang bertanggungjawab. Lelaki zaman kini, kita lihat mereka lebih kuat bekerja, lebih berilmu dan lebih pandai bersosial. Tetapi adakah ciri-ciri ini akan dikekalkan setelah mereka berkahwin?

Untuk menjadi suami yang terbaik untuk isteri, mereka perlu tahu teknik yang bagus. Apakah teknik-teknik tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 teknik rahsia untuk menjadi suami yang terbaik. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

teknik jadi suami terbaik

Imej via Facebook

5 Teknik rahsia menjadi suami yang terbaik

Teknik 1 : Perlu ada Mind-Reading abilities

Walaupun nampak susah tapi kemahiran membaca dan meneka perasaan dan fikiran isteri ni boleh membuatkan si isteri makin rasa disayangi & dicintai

Suami yang pandai membaca dan mendalami perasaan, mimik wajah dan rajukan isteri ni dipanggil suami yang ada Emphatic Accuracy.

Teknik 2 : Perlu menjadi Active Listener isteri

Suami yang ada skill menadah telinga ni sangat sangat disukai isteri lebih lebih lagi yang tahu ilmu Active Listening ni.

Apa tanda suami tu Active Listener?

👂 Fokus sepenuhnya

👂 Bukan sekadar mendengar

👂 Tapi bertanya soalan juga

👂 Mendengar untuk memahami

👂 Bukan mendengar untuk membalas balik bebelan isteri

Teknik 3 : Perlu menjadi Spiritual Mentor isteri

Isteri sangat suka suami yang boleh bimbing rohaninya. Sebab bila rohani si isteri dipenuhi, maka hati isteri akan jadi mudah jinak, lebih tenang dan rasa lebih tenteram sepanjang hari.

Sebab tu lah sesibuk apa pun suami, suami tetap kena penuhi hati isteri dengan rasa cinta pada Allah, Rasul dan hari akhirat.

Teknik 4 : Suami perlu ada Self-Control yang tinggi

Bila suami tengah sangat marah tetapi masih boleh kawal intonasi dan nada suara, suami tu dikira ada self-control yang hebat.

Suami yang self-control yang hebat ni sangat dihormati isteri kerana ia menandakan mereka mempunyai kemampuan mengemudi emosi sendiri. Inilah juga yang akan menaikkan kredibiliti dan autoriti seorang suami sebenarnya.

Teknik 5 : Perlu tahu Love Language isteri

Love language isteri kita adalah perbuatan kita pada dia yang buatkan dia rasa dicintai. Lain orang lain Love Language-nya tau. Ada setengah isteri rasa lebih dicintai bila suaminya cuci pinggan, ni tanda Love Languagenya adalah Service. Ada isteri yang lebih rasa dicintai bila suaminya banyak ucap I Love You, ni Love Languagenya adalah Words of Affirmation.

Yang agak haru sikit bagi si suami kalau Love Language isteri adalah Receiving Gift. Haa, yang ni kalau dapat dua tiga utas rantai emas juga ni baru tersenyum senyum si isteri sebab rasa dicintai.

*Berikut adalah teknik rahsia untuk menjadi suami yang baik di mata isteri. Bahasa yang lebih mudah, kita perlu tahu perkara yang isteri suka apabila kita lakukan untuk mereka dan perkara yang tidak disukai oleh isteri apabila kita membuatnya. Cuba elak lakukan perkara yang tidak disukai si isteri. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Boleh baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.