Susu formula terbaik untuk bayi merupakan inisiatif terbaik selain daripada susu ibu. Almaklumlah tidak semua ibu yang melahirkan anak itu berupaya untuk menyusu bayi dengan susu ibu sepenuhnya. Antara faktor yang boleh menyebabkan si ibu gagal untuk menyusu bayinya sendiri adalah disebabkan oleh isu kesihatan, kerjaya dan sebagainya.

Akibat susu formula
Imej via Bidadari

Namun memilih susu formula untuk diberikan buat pertama kali pada bayi bukanlah satu tugas yang mudah. Ini kerana tidak semua susu formula itu serasi dengan tubuh bayi. Jika tersalah pilih bayi akan menunjukkan tanda alahan dan apa yang perlu dilakukan haruslah segera hentikan dari memberi susu formula terbabit dan segera mencari susu formula lain sebagai ganti.

Bayi Boleh Mengalami Alahan Jika Susu Formula Tidak Sesuai

Antara tanda-tanda yang ditunjukkan oleh bayi apabila berlakunya masalah alahan akibat ketidaksesuaian dengan mana-mana susu formula terbabit adalah seperti muntah, cirit birit, naik ruam pada badan, batuk, demam, sesak nafas dan lain-lain lagi.

petua hilangkan ruam susu
Imej via Bidadari

Cara terbaik adalah dengan memberikan susu formula diikuti dengan tahap pengawasan terutama ketika 2 minggu pengambilan. Jika ada sebarang tanda maka anda perlu terus menghentikan pemberian susu formula tersebut pada bayi. Untuk kes yang teruk perlulah segera mendapatkan rawatan daripada doktor.

5 Tips Memilih Susu Formula Yang Terbaik Untuk Anak Anda

Tips #1 – Ketahui Jenis Susu Formula Sebelum Membuat Pembelian

Umumnya, terdapat 4 jenis susu formula yang boleh didapati di pasaraya atau farmasi iaitu susu formula yang berasaskan susu lembu, susu kambing, susu soya, dan juga susu berformula berkeperluan khas.

Selalunya para ibu akan bermula dengan memperkenalkan anak dengan susu formula dari susu lembu dan jika didapati kurang serasi barulah akan beralih kepada pilihan yang berikutnya.

Tips #2- Pilih Susu Mengikut Saranan Kategori Usia

Susu formula perlu di pilih mengikut saranan kategori usia. Jangan di beri susu formula untuk minuman family mahupun untuk usia kanak-kanak yang lebih untuk bayi. Ini kerana kandungan untuk susu bayi adalah berlainan disebabkan oleh usus mereka yang masih muda.

tips pilih botol susu
Imej via Bidadari

Tips #3 – Baca dan Cuba Fahami Apa Yang Ditulis Pada Label

Sebelum membuat pembelian wajib baca lebal pada bungkusan / tin terlebih dahulu. Ya, label ini sukar untuk di fahami sepenuhnya 100% namun setidaknya baca dan cucba faham sebanyak maklumat yang diberikan. Sebagai contoh jenis kandungan, cara penyediaan, saranan umur, khasiat dan lain-lain lagi.

Tips #4 – Dapatkan Sampel Percubaan Sebelum Membuat Pembelian Sebenar

Jika tidak mahu membazir dan jika takut juga tersalah buat pilihan, anda boleh dapatkan sampel percubaan secara online terlebih dahulu. Sampel online ini ada yang dijual dalam bentuk sachet dan ada juga sesetengah jenama yang memberinya secara percuma.

Tips #5 – Susu Harga Mahal Tak Bererti Itu Paling Bagus

Jangan anggap susu yang mahal itu adalah susu yang paling baik. Tidak! Susu formula bergantung pada tahap keserasiannya dengan sistem penghadaman bayi. Ada bayi yang mengalami alahan teruk walau susu yang diberikan itu sangat mahal harganya.

Dan ada pula bayi yang tidak dapat menerima baik jenis susu biasa dengan harga yang amat berbaloi. Kerana itu wajib cuba pada bayi bukannya hanya bergantung pada tahap andaian sendiri.

Image Via : Sirap Limau

Antara Jenis Susu Formula Yang Ada Di Pasaran Malaysia

Tidak dinafikan jenis susu formula yang ada di pasaran Malaysia ini memang banyak. Boleh rambang mata di buatnya! Ada susu formula yang telah lama berada di pasaran sejak berdekad yang lalu dan ada juga susu formula yang baru saja muncul di pasaran tempatan.

Soal harga ada yang di dalam kategori mampu beli dan ada yang dalam kategori terlajak mahal sehingga mencapai beberapa ratus ringgit sebekas. Terpulang kepada anda susu formula bagaimana yang ingin di beli untuk cuba diberikan pada si bayi kesayangan.

Antara nama susu tersebut adalah seperti :

1- Dumex Mamex

Image via : Shopee

Susu formula Mamex dari Dumex ini di reka khas sesuai dengan tahap pemakanan untuk bayi yang baru lahir hingga berusia 12 bulan (1 tahun). Walaubagaimanapun, apabila anak telah mencapai usia 6 bulan dan ke atas, susu ini harus dilengkapi dengan makanan tambahan untuk bayi yang lain seperti bijirin bayi, bubur dan buah buahan.

2- Lactogen

Image Via : Harga Merk

Lactogen ini pula adalah salah satu produk susu formula yang dikeluarkan oleh pihak Nestle. Kelebihan utama yang ada pada susu Nestle Lactogen 1 ialah pada harganya yang sangat berpatutan dan agak murah di pasaran. Hasil dari perkongsian di laman Mumcuddle.com, susu ini mudah untuk dicerna dan dihadam oleh bayi juga.

Ada juga susu Lactogen 2 dan Lactogen 3 untuk kategori umur anak untuk fasa yang berikutnya. Ini bermakna bila anak makin besar nanti boleh diteruskan dengan pengambilan jenama susu formula yang sama tanpa sebarang masalah.

3- Frisolac Comfort

Image Via : Lelong

Kelebihan untuk Susu Formula Frisolac Comfort ini adalah apabila ianya di reka khusus untuk bayi yang mempunyai masalah pencernaan seperti muntah, kembung perut dan sembelit. Dalam erti kata lain, susu Frisolac Comfort ini diformulasikan untuk membantu masalah penghadaman bayi.

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan susu formula ini adalah gum kacang carob yang mengandungi serat dengan sifat memekat. Bahan ini dapat memberikan bantuan kepada gejala muntah, sembelit dan kembung pada bayi.

4- Anmum Infacare Step 1

Image Via : Motherhood

Ini adalah antara jenama susu yang agak mahal di pasaran. Tetapi berbaloi dengan hasilnya yang sangat bagus untuk bayi. Susu jenama Anmum ini sering menjadi pilihan ramai ibu di Malaysia disebabkan oleh si ibu sudah biasa dengan pengambilan susu semasa hamil dari jenama yang sama. Kiranya semasa bayi dalam kandungan sudah terbiasa dengan susu ini maka setelah lahir si ibu teruskan dengan jenama susu yang sama.

Ibu hamil boleh ambil susu Anmum Materna dan selepas bersalin boleh melahirkan pula dengan susu Anmum Lacta. Untuk bayi pula bolehlah diberikan susu Anmum infacare ini untuk membantu tumbesarannya.

5- S 26 SMA

Image Via : Carousell

Eh eh lain macam je nama susu formula ni kan? Susu Formula S26 SMA Langkah 1 ini adalah keluaran daripada Wyeth yang dirumus khas untuk bayi baru lahir hingga si bayi meningkat usia 12 bulan. Ia bagus untuk bantu tingkatkan tumbesaran terutama pada perkembangan awal bayi. Ia turut diperkaya dengan pelbagai khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA & DHA dan juga 5 Nukleotida yang bagus untuk anak.

Boleh Mudahkan Urusan Dengan Membeli Susu Formula Secara Online

Tidak dinafikan ada banyak jenis susu formula di pasaran. Ada yang berasaskan susu lembu, susu kambing dan juga susu soya. Jika anda tidak berani untuk membeli secara terus di pasaraya biasa, anda boleh pertimbangkan untuk beli secara online. Sebagai contoh, anda boleh membuat pembelian susu formula di LAZADA MALAYSIA.

Dengan kaedah pembelian secara online, anda dapat melihat maklumbalas pelanggan terlebih dahulu untuk membantu anda lebih memahami mengenai susu formula yang ingin di beli. Cara ini secara tidak langsung lebih bagus berbanding terus membeli secara rawak di mana-mana kedai mahupun pasaraya.

Tambahan :

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my

Sumber :

  1. Ibu Syurga
  2. Baby Center

Penulis: Siti Awadah

Avatar

Isteri dan ibu kepada 6 cahayamata. Berpendidikan di dalam bidang bisnes dengan kerjaya tetap sebagai penulis bebas. Gemar berkongsi mengenai sirah Islam, isu rumahtangga dan keibubapaan berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.