Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak yang mudah dididik dan menghormati orang yang lebih tua. Lebih-lebih lagi, anak yang mudah meminta maaf kepada ibu bapa dan berjanji tidak akan melakukan lagi kesilapan yang sama. Anak sebegini adalah anak idaman semua ibu bapa.

Tetapi anak-anak juga mempunyai ibu bapa idaman mereka. Mereka mahu ibu bapa yang memahami dan selalu mengambil berat terhadap mereka. Selalu kalau anak-anak buat salah, mereka perlu meminta maaf. Tetapi bagaimana jika kita yang berbuat salah? Perlukah kita meminta maaf kepada mereka?

Jawapannya adalah PERLU. Ini juga salah satu didikan awal untuk anak-anak kita. Kita mahukan anak yang soleh/solehah, maka kita perlu tunjukkan sikap nilai murni yang baik di depan anak-anak.

Apakah ayat yang sesuai untuk meminta maaf kepada anak-anak?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 ayat mudah untuk meminta maaf kepada anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.

9 Ayat mudah untuk meminta maaf kepada anak-anak

9 ayat minta maaf kepada anak
Image via ibudoakan.com

Anda boleh mengikuti cara ini untuk memohon maaf kepada anak:

• Mengaku. Jika memang Anda salah, Anda harus mengakuinya di depan anak.

• Tenang. Sebelum anda meminta maaf dengan tenang, anda perlu menenangkan diri terlebih dahulu.

• Ikhlas. Ketika meminta maaf, anda harus ikhlas. Anak biasanya akan mengetahui anda ikhlas atau tidak, jadi harus ikhlas dan buangkan ego.

• Terus terang. Berterus terang tentang permohonan maaf anda secara langsung dan tidak berbelit-belit. Anda haruslah memohon maaf atas sikap anda bukan keperibadian anda. 

• Jangan menyalahkan. Sebelum atau sesudahnya permohonan maaf, jangan sesekali menyebut ayah bersikap begitu kerana anak. Hal ini akan menyebabkan anak berasa bersalah. 

• Berbincang. Ajak anak melihat kembali kepada masalah berlaku dan cadangkan suatu cara yang akan dilakukan jika masalah yang sama kembali berlaku.

• Jangan Berlebihan. Minta maaflah dengan sewajarnya, kerana memang anda yang salah dan perlu meminta maaf walaupun bukan dengan anak sendiri.

• Lupakan. Semua orang biasa berbuat salah, jadi sesudah minta maaf dan cari jalan keluar, lupakan masalah tersebut dan berusahalah untuk tidak mengulanginya lagi.

• Ajarkan cara menjawab permintaan maaf dari orang lain. Anak perlu tahu dengan ayat “Ya, ibu maafkan kamu,” berguna untuk mengajarkan anak memaafkan kesalahan orang lain.

*Tidak susah untuk kita mengatakan maaf kepada anak-anak. Setiap manusia melakukan silap dan perlu meminta maaf. Walaupun kita ibu dan bapa kepada anak-anak kita, tidak salah jika kita minta maaf kepada mereka terlebih dahulu. Dengan mengamalkan cara ini dirumah, kita boleh membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.