Zaman kini, ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari rezeki demi masa depan anak-anak. Mereka memastikan bahawa anak mereka akan dapat makan makanan yang sedap dan berkhasiat, medapat pendidikan yang tinggi dan kehidupan keluarga tidak susah. Dalam masa yang sama, mereka mendidik anak untuk menjadi insan yang lebih baik di dunia dan akhirat.
Walaupun ibu bapa sibuk bekerja mencari rezeki, mereka tidak lupa untuk meluangkan sedikit masa bersama keluarga dan anak-anak seperti sarapan atau makan malam bersama. Ia adalah satu-satunya masa untuk mereka luangkan masa walau hanya sekejap sahaja.
Tahukah anda bahawa ada kebaikan jika anak makan bersama keluarga selalu?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 kebaikan anak makan bersama keluarga selalu. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

7 Kebaikan anak makan bersama keluarga

makan bersama keluarga

Imej via professorshouse.com

  • Satu kajian daripada Standford University menyatakan bahawa anak yang makan bersama keluarga lebih cenderung untuk memilih makanan yang lebih sihat seperti buah buahan dan sayur sayuran
  • Anak yang selalu makan bersama keluarga akan lebih bagus perkembangan bahasanya ( language development) kerana mereka lebih banyak terdedah kepada perbualan dan perbincangan
  • Lebih banyak makan bersama keluarga, lebih kurang stress yang dialami oleh orang dewasa dan juga anak anak terutamanya anak remaja
  • Remaja yang selalu makan bersama keluarga biasanya lebih kurang membuat masalah secara perangai dan juga emosi ( less emotional & behavioural problems )
  • Remaja yang selalu makan bersama keluarga biasanya akan lebih puas hidupnya ( higher life satisfaction) walaupun berdepan dengan masalah ekonomi
  • Remaja yang selalu makan bersama keluarga akan lebih kurang berisiko mengalami depresi dan tekanan perasaan
  • Remaja yang selalu makan bersama keluarga kebanyakannya melaporkan mereka mempunyai hubungan yang sangat ‘excellent’ dengan keluarganya

*Ramai yang tidak tahu bahawa makan bersama keluarga dapat memberi kebaikan kepada anak-anak dan seisi keluarga. Kita mungkin pandang makan malam atau sarapan hanya sekadar makan bersama di meja makan tetapi ia memberi kesan positif kepada anak-anak. Dari situ, mereka dapat meluangkan  masa sedikit dengan menceritakan aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Jemput juga baca artikel masalah sosial anak dan DIY aktiviti anak

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.