Ayat pickup line untuk suami tak sama seperti ayat pickup line untuk pakwe dan sebagainya. Maklumlah, dah kahwin kenalah kreatif sikit dalam menambat hati suami. Ye dak?

Ayat pickup line untuk suami boleh dijadikan sebagai hiburan, kegunaan bersama untuk menceriakan hari anda dan pasangan. Paling penting, ayat pickup line untuk suami haruslah padu dan tidak hambar.

Tak pasal-pasal tak jadi pula kalau si dia sudah dapat mengagak! Jom lihat ayat pickup line untuk suami yang menarik dan best boleh anda gunakan.

ayat pickupline untuk suami
Imej via [Kashoorga]

Ayat Pickup Line #1

Sayang, datang sini kejap. Tak boleh jauh-jauh, dekat sini jap.

Kenapa?

Oh, sebab dalam hati saya, kan ada hati awak!

Ayat Pickup Line #2

Kenapa panas sangat ni?

Awak kurang minum air lah tu

Taklah, sebab cinta awak sentiasa memanaskan saya.

Ayat Pickup Line #3

Abang, kenapa merah tu cantik

Sebab merah warna yang terang

Salah, sebab merah tu tanda cinta kita.

Ayat Pickup Line #4

Apa beza awak dengan kuali?

Sampai hati awak samakan saya dengan kuali

Kuali boleh dipinjam-pinjam, awak milik saya seorang sahaja!

Ayat Pickup Line #5

Bilalah kita nak pergi bercuti kan.

Nanti kita pergi.

Taknak, saya nak bercuti dalam hati awak sentiasa.

Ayat Pickup Line #6

Tahu tak kenapa saya tak makan roti?

Sebab roti lembut dan tawar?

Tidak, sebab saya dah kenyang dengan cinta awak.

Ayat Pickup Line #7

Abang, tolong rasa kejap. Kenapa garam ini masin sangat?

Garam memang masin la sayang oi

Sebab manisnya ada pada abang.

Ayat Pickup Line #8

Awak pilih a atau b?

Pilih a

Saya tak pilih a atau b, saya pilih u sorang je sayang.

Ayat Pickup Line #9

Kalau kita bergaduh, saya rela abang pukul saya, tapi jangan pukul hati saya.

Kenapa?

Sebab dalam hati saya ada abang.

Ayat Pickup Line #10

Sayang nak air apa? saya buatkan.

Air kopi.

Ko pinang dikau dengan basmallah ya sayangku.

ayat pickupline untuk suami
Imej via [pesonapengantin]

Ayat Pickup Line #11

Sayang nak air apa?

Air Teh.

Kurang gula atau banyak gula

Kurang gula la.

Tak boleh, sebab cinta kita terlebih manis selalu.

Ayat Pickup Line #12

Sayang, jom shopping nak?

Shopping kat mana?

Dalam rumah supaya hanya ada kita berdua tanpa gangguan.

Ayat Pickup Line #13

Saya suka sangat abang jadi anak tunggal

Kenapa?

Sebab tunggal, isteri pun kena tunggal.. tak boleh bermadu.

Ayat Pickup Line #14

Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa paling busuk?

Bunga tahi ayam.

Salah, bunga yang tak halal sedangkan ada bunga yang halal dan manis depan mata.

Ayat Pickup Line #15

Tolong tolong tolong bangggg

Kenapa? kenapa?

Hati saya..Hati saya terseliuh jatuh ke dalam hati abang.

Ayat Pickup Line #16

Jom teman saya ke dapur jap. Tolong cari barang.

Cari barang apa?

Hati saya yang dah lama awak curi tu.

Ayat Pickup Line #17

Pernah tengok cahaya matahari terang benderang tu?

Pernah.

Macam tu lah terang benderangnya awak kat dalam hati saya ni.

Ayat Pickup Line #18

B, ada hantu ke dalam rumah ni?

Tak adalah.

Habis tu siapa yang takutkan saya tadi.

Takutkan macam mana?

Takut kehilangan cinta awak.

Ayat Pickup Line #19

Sedap tak saya masak?

Sedap.

Macam tulah sedapnya bercinta dengan awak setiap hari.

Ayat Pickup Line #20

B, jom tolong saya tanam baja malam ini.

Baja pokok apa awak nak tanam?

Baja cinta kita berdua agar terus mekar bersemi.

ayat pickupline untuk suami
Imej via [Berita Steady]

Ayat Pickup Line #21

Abang, untung rumah kita ni kecil.

kenapa?

Sebab luaran sahaja kecil, dalaman besar sangat sebesar asmara kita.

Ayat Pickup Line #22

Kalau saya masak tak sedap, awak kena pura-pura sedap tau.

Kenapa?

Sebab walau awak gemuk, saya pura-pura kata awak tuff sangat.

Ayat Pickup Line #23

Kenapa muka comel sangat ni?

Yeke.

Ya. Comel macam bakal anak kita dalam perut ni (Surprise baby)

Ayat Pickup Line #24

Dulu saya tak suka sejarah, sejak kahwin dengan awak, saya suka sejarah.

Kenapa?

Sebab senanglah saya nak abadikan sejarah cinta kita selamanya.

Ayat Pickup Line #24

Dalam banyak-banyak umpan, umpan apa paling senang makan?

Umpan cacing ke?

Taklah umpan hati saya untuk dapatkan awak.

Ayat Pickup Line #25

Pernah tak abang mimpi puteri?

Tak pernah.

Sebab puteri semua takut nak kena menghadap sayang dulu.

Ayat Pickup Line #26

Walaupun nama awak bermula dengan huruf Z dan selalu jadi orang terakhir, tapi awak sentiasa jadi orang pertama di Hati saya.

Ayat Pickup Line #27

Nampak tak bantal yang padat kekabu tu?

Nampak.

Padat itulah perut awak saya jaga sejak awak kahwin dengan saya kan.

Ayat Pickup Line #28

Percaya tak wujudnya benda lain selain dari bidadari?

Apa dia?

Bidadara yang depan mata saya ni.

Ayat Pickup Line #29

Saya ada tugas untuk awak?

Tugas apa?

Tugas awak untuk cintakan saya setiap masa.

Ayat Pickup Line #30

Awak, boleh tak bagi location untuk saya ke hati awak?

Ayat Pickup Line #31

Saya sayang awak sangat-sangat

yeke?

Selagi nafas berdegup kencang, selagi itu sayang awak

Sehingga tiada nafas pun, rindu takkan pernah padam.

Ayat Pickup Line #32

Awak, saya nak jadi petani lah.

Kenapa nak jadi petani?

Bolehlah saya tanam cinta di hati awak lepas ini.

Imej via [Kashoorga]

Ayat pickup line untuk suami boleh jadi sebagai soalan dan jawapan ataupun sekadar ayat. Suami pasti terhibur dan seronok dengan ayat pickup line yang diberikan oleh anda. Jom baca Ayat pengasih pikat suami, Ucapan ulang tahun perkahwinan dan Nafkah isteri.

Rujukan:

  1. pemaniskata
  2. selongkar10
  3. gempak

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.