tanda hamil anak perempuan
Imej via [Hipwee]

Bagaimana nak tahu anda hamil anak perempuan atau anak lelaki? Zaman dahulu, bidan atau nenek-nenek selalu melihat jantina bayi yang dikandung berdasarkan bentuk perut si ibu. Masih relevan kah cara itu pada masa kini?

Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh anda lihat untuk mengetahui tanda hamil anak perempuan. Ada yang mengatakan itu adalah fakta, ada juga seperti mitos. Walaupun tidak 100 peratus boleh dipercayai, kebanyakannya adalah fakta atau hasil yang telah terbukti. Jom lihat tanda hamil anak perempuan.

Fakta Atau Mitos Tanda Hamil Anak Perempuan

Kesemua tanda hamil anak perempuan ini adalah antara mitos dan fakta. Bermaksud ia tidaklah 100% fakta dari doktor atau yang berkelayakan. Mitos mengenai tanda hamil anak perempuan ini datangnya dari generasi zaman dahulu, pengalaman orang lain serta faktor lain juga.

1. Morning Sickness

Tanda hamil bayi perempuan dikatakan anda akan mengalami morning sickness yang teruk. Ini kerana kesan hormon yang berubah dan gula darah yang rendah.

Hamil bayi lelaki juga membuatkan anda mengalami morning sickness tetapi tanda hamil bayi perempuan membuatkan anda lebih parah setiap pagi. Tahulah anda ia adalah bayi perempuan!

2. Bentuk Perut 

Tanda hamil anak perempuan adalah dari bentuk peru yang lebih tinggi. Terdapat faktor dan sebabnya kenapa perut akan lebih tinggi jika mengandungkan anak perempuan. Ia juga disebabkan oleh otot perut, bentuk rahim dan lain-lain lagi. Namun begitu, fakta ini tidak semestinya betul, mungkin ia juga adalah mitos.

3. Detak Jantung Bayi

Jantung bayi yang kedengaran berdetak lebih laju iaitu lebih dari 140 kali/minit, itu adalah tanda hamil anak perempuan. Fakta ini dipengaruhi oleh umur kandungan juga dimana pada minggu ke 9 ia akan berdetak lebih kuat. Namun begitu, ia mungkin berlaku disebabkan oleh berat badan, keadaan bayi dan lain-lain lagi.

tanda hamil anak perempuan
Imej via [celikvitamin]

4. Muka Kerap Berjerawat

Tak sangka apabila mengandungkan anak perempuan, muka akan lebih berjerawat dan berminyak. Kebanyakannya memang begitu. Ini kerana bayi perempuan memerlukan zat yang lebih daripada bayi lelaki dimana mereka akan mengambil sedikit kecantikan dari ibu mereka. Justeru, ibu akan kekurangan zat dan kalsium sehingga wajah mudah tumbuh jerawat.

5. Tekanan Atau Stress Berlebihan

Jangan terkejut jika anda terlalu stress apabila mengandungkan bayi perempuan. Itu adalah salah satu tanda hamil anak perempuan yang harus anda tahu. Walaupun kedengaran seperti mitos, tetapi terdapat kajian pada tahun 2012 iaitu wanita yang mempunyai hormon stress yang tinggi kebanyakannya hamil bayi perempuan.

tanda hamil anak perempuan
Imej via [mooimom]

6. Teringin Makanan Yang Manis

Ramai yang hamil teringin makanan yang masam seperti mangga dan jeruk tetapi ada juga yang teringin sangat nak makan makanan yang manis seperti gula-gula kapas, kuih muih dan lain-lain. Antara mitos dan fakta, ia adalah sebuah tanda anda hamil anak perempuan.

7. Keselesaan Posisi Perut Kanan

Anda boleh merasai sendiri keselesaan posisi perut anda sejak hamil. Posisi perut anda akan lebih selesa pada bahagian kanan. Sebagai contoh, anda mungkin akan lebih selesa tidur pusing menghadap ke bahagian kanan berbanding bahagian kiri. Itu adalah tanda hamil anak perempuan buat anda!

tanda hamil anak perempuan
Imej via [HonestDocs]

8. Linea Nigra (Garis hitam)

Linea Nigra adalah sejenis garisan halus yang terjadi pada perut ibu hamil. Garisan bewarna hitam ini kadang kala nampak dengan jelas dan kadang kala tidak nampak. Ia juga boleh terjadi berputus-putus dimana itu tanda hamil anak perempuan. Namun begitu, semakin tinggi usia kehamilan, garisan tersebut akan kian menghitam.

9. Warna Urin (Air Kencing)

100% wanita atau ibu mengandung berkata warna urin bukanlah tanda hamil anak perempuan. Justeru ia adalah mitos dan bukan fakta. Urin bewarna kuning tetapi kusam sering dikatakan tanda hamil bayi perempuan. Sebenarnya ia tidak benar kerana warna urin akan dipengaruhi oleh jumlah cairan dalam tubuh badan anda.

10. Saiz Payudara

Payudara yang berbeza saiznya ataupun yang lebih besar daripada sebelahnya adalah disebabkan hormon tanda hamil anak perempuan. Ini lebih kepada mitos kerana kebanyakan wanita sememangnya mengalami saiz payudara berbeza walaupun tidak hamil dan ia adalah normal.

11. Rambut Kusam Dan Nipis

Sama seperti kulit wajah, rambut anda juga akan lebih kusam dan nipis kerana segala kalsium dan zat tidak mencukupi untuk anda dan bayi. Tanda hamil bayi perempuan ini amat penting untuk ketahui supaya dapat buat persiapan yang secukupnya. Jangan lupa untuk beli suplemen atau vitamin berkalsium untuk kesihatan anda dan bayi.

Antara Mitos Lain: Tanda Hamil Anak Perempuan

  • Bau Badan Ibu Mengandung

Mitos lain mengatakan, sekiranya anda makan bawang tetapi badan berbau, itu tandanya anda tidak hamil anak perempuan. Jika badan berbau selepas makan bawang, tanda hamil anak perempuan adalah 70%.

  • Wajah Cerah Bercahaya Dan Lebih Cantik

Memang betul kata orang, kalau mengandung pasti wajah berseri-seri dan tercantik sekali. Namun, mitosnya jika anda hamil anak perempuan, anda 10 kali ganda lebih cantik! Bak kata orang, ada yang berseri-seri di dalam rahim tu. Namun itu adalah mitos semata-mata dan mungkin juga fakta.

tanda hamil anak perempuan
Imej via [KABARKANLAH]

Itulah dia antara fakta dan mitos bagi tanda hamil anak perempuan perlu anda ketahui. Bagaimanapun, tanda-tanda yang dikongsi ini adalah mitos kerana amat kurang bukti dan kajian mengenainya. Cuma ia mungkin daripada pengalaman mereka yang telah mengalaminya.

Semoga anda jelas dengan tanda hamil anak perempuan yang anda hadapi. Jemput baca Punca bayi cirit birit berpanjangan, 5 Milk booster terbaik untuk ibu menyusu dan 6 Cara bedung bayi yang betul.

Rujukan:

  1. Liputan6
  2. theasianparent
  3. honestdocs

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.