Tubuh badan yang mempunyai antibodi yang lemah akan mudah mendapat sakit. Contohnya, batuk, selsema, demam panas dan lain-lain lagi. Bukan sahaja orang dewasa yang mempunyai antibodi yang lemah, malah kanak-kanak juga.

Kanak-kanak yang kurang nutrisi akan mempunyai antibodi yang lemah. Oleh sebab itu, kita selalu lihat anak-anak kita sering mendapat demam panas. Mungkin faktor cuaca yang menyebabkan anak kita mendapat demam panas tetapi faktor antibodi yang lemah juga menjadi salah satu punca.

Bagaimanakah untuk kita mengatasi anak yang kerap demam panas?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips untuk atasi anak yang kerap demam panas. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

6 Tips atasi anak yang kerap demam panas

atasi demam panas anak
Image via freemalaysiatoday

Tip #1: Sentiasa sukat suhu badan anak

Pastikan setiap rumah mesti kena ada termometer untuk check suhu badan anak. Tak kisah jenis apa pun ikut bajet anda, asalkan ia dapat check suhu panas badan anak.

Suhu yang normal adalah 36.7 – 37 celcius. Jika suhu 38 celcius keatas ibu kena cari jalan atau iktiar untuk turunkan suhu panas anak. Amat bahaya jika dibiarkan saja, kesannya anak boleh cacat kekal atau sebagainya.

Tip #2: Tuam kain basah di kepala dan seluruh badan

Cara ini biasa kita lakukan bila anak demam panas. Ambil kain bersih, basahkan dengan air paip dan perah. Sapukan atau tuam kain basah di kepala dan seluruh badan, jangan lupa di bahagian pelipat seperti ketiak anak mesti kene tuam kain basah juga.

Jika masih tak turun suhu badan, cepat-cepat mandikan anak dengan basahkan bahagian kepala dan badan sedikit. Biarkan bahagian kepala terasa sejuk sedikit.

Ini penting sangat, elakkan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal. Biarkan anak dengan pakaian yang nipis untuk elak haba terperangkap dalam baju.

Tip #3: Bancuh Air Asam Jawa

Mengikut petua mak-mak dulu, mereka akan akan bancuhkan asam jawa dengan pekat. Dan dilumurkan di dahi anak, kepala, badan dan tempat-tempat lain untuk keluarkan haba dalam badan.

Kak Ayu pernah amalkan dulu untuk anak pertama dan Alhamdulillah serba sedikit ia memang membantu kurangkan suhu badan anak. Setiap kali sapuan jika kering, sapukan sekali lagi hingga suhu nampak kurang.

Tip #4: Jangan Biarkan Perut Anak Kosong

Anak kalau demam memang tak ada selera makan, kadang-kadang tak nak makan langsung. Ibu-ibu boleh buatkan bubur untuk anak, atau beri biskut lembut yang mudah dimakan. Berikan makanan yang lembut untuk elak menyakitkan tekak.

Mengikut nasihat doktor boleh berikan aiskrim vanilla untuk mengurang sakit tekak, sebab bila anak demam panas tekak juga jadi panas. Jadi cara ini untuk mengurangkan suhu panas.

Tip #5: Kerap Minum Air Masak Atau Susu

Kebiasaannya bila anak demam panas air dalam badan akan berkurangan. Ibu-ibu jangan biarkan anak tak minum air langsung, berikan air masak atau susu formula yang biasa anak minum. Kekurangan air dalam badan menyebabkan demam lambat baik.

Jangan biarkan anak tak minum air langsung sebab bila badan kering dengan air, anak akan mudah dapat sawan atau sakit lain yang kronik.

Dan paling baik adalah berikan susu badan ibu, susu ibu adalah susu yang terbaik sebagai antibodi anak menentang penyakit dalam badan. Kerap menyusukan anak membantu turunkan susu badan. Jika anak dah besar sedikit boleh berikan air kelapa, air bali, atau sup-sup untuk tambah energy dalam badan.

Tip #6: Berikan Suplemen Vitamin Kanak-kanak

Masih ramai ibu-ibu yang tidak tahu dan takut-takut nak berikan suplemen vitamin untuk anak-anak. Jangan risau sebab ia tidak mendatang kesan negative untuk jangka masa panjang atau pendek, malah kesannya anak anda akan jarang-jarang sekali demam panas. Dengan syarat bergantung kepada kualiti produk itu sendiri.

*Ikuti tips yang diberikan oleh klinik Dr. Asmah, Insyaallah anak kita akan cepat sembuh daripada demam panas. Demam panas tidak boleh dibuat remeh kerana jika tidak dirawat ia boleh membawa maut. Lebih-lebih lagi bagi anak yang terkena demam panas. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .