Usia bayi tiap kanak-kanak adalah penting. Jadual tahap perkembangan berat badan bayi 0-12 bulan perlu dipantau oleh semua ibubapa. Jangan panik jika perkembangan berat badan bayi anda berlainan dengan bayi lain kerana setiap bayi atau kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza.

perkembangan berat badan bayi
image via : Mama Natural

Perkembangan berat badan bayi akan berkembang mengikut peringkat umur. Perkembangan bayi ini akan bergerak sejak dia mula lahir (newborn) lagi. Kenaikkan berat badan bayi adalah penting untuk membantunya membesar dengan sihat bak juara.

#1 – Perkembangan Berat Badan Bayi Untuk Newborn

Dari usia newborn, bayi akan membesar seinci sebulan dan berat badannya akan bertambah sebanyak 5-7 auns seminggu. Berat badannya akan bertambah dengan tetap jika permakanannya dijaga dengan betul. 

Makanan yang terbaik untuk bayi sudah semestinya adalah susu ibu. Jika tidak dapat diberi susu ibu maka bolehlah berikan susu formula yang sesuai.

Pada usia ini waktu makan bayi agak sukar dijangka, jadi waktu makan terbaik bayi pada umur ini ialah 8 hingga 12 kali sehari setiap 2 atau 3 jam sekali. Ada jugak bayi yang menyusu dengan lebih kerap terutama untuk susu ibu. Bila saja bayi mahukan susu ibu maka berikan saja tanpa perlu disekat-sekat.

#2 – Perkembangan Untuk Usia 2 Bulan

Ketika bayi berusia 2 bulan, berat badan bayi akan bertambah setiap minggu. Pada usia 2 hingga 6 bulan bayi hanya perlu bergantung pada  Susu ibu dan formula sahaja, Jangan beri sebarang makanan bayi yang pejal, Memberi bayi makan terlalu awal boleh menyebabkan masalah penghadaman  dan usus pada bayi anda. 

Jika berat badan bayi anda tidak naik  anda perlu berjumpa penasihat susu atau bahagian pediatrik untuk tahu cara yang betul untuk naikkan berat bayi. Mana tahu, mungkin teknik anda salah atau susu yang anda beri kurang sesuai. Untuk yang menyusu badan, si ibu juga perlu menjaga permakanan untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti. 

#3 – Perkembangan Untuk Usia 3 Bulan

Pada usia 3 bulan berat badan bayi anda akan naik sebanyak 6 auns seminggu berbanding 4 auns seminggu seperti sebelumnya.  Ini bermakna berat akan naik dalam 2 poun sebulan dan setiap bulan sampailah  bayi berusia 7 bulan. 

Semakin membesar bayi bermakna akan semakin kerap baby akan menyusu. Jumlah susuan boleh naik daripada lima ke lapan kali sehari. Namun ia bergantung juga pada jumlah susu untuk sekali minum. Bayi mungkin masih menyusu pada waktu malam tetapi tidak kerap.

#4 – Perkembangan Bayi Untuk Usia 4 Bulan

Setelah bayi berusia 4 bulan sesetengah bayi sudah mula menunjukkan minat terhadap makanan. Pantang nampak ibu ayah makan apa, mulalah ingin dicapainya. Saat ini bayi sudah mula meniarap dan semakin tertarik pada makanan org dewasa.

AWAS! Jangan sesekali di beri apa-apa makanan pada bayi selagi usianya belum 6 bulan. Biarkan bayi tunjuk minat pada makanan tetapi jangan di beri. Saat usia begini, susu masih dapat menampung keperluannya. Namun untuk kes tertentu, anda boleh merujuk kepada pakar pediatrik untuk bantuan dan nasihat.

#5 – Perkembangan Bayi Untuk Usia 5 Bulan

Bila Sudah berusia 5 bulan sepatutnya berat badan bayi anda sudah 2 kali ganda berbanding sewaktu dia lahir. Sentiasa ikut tarikh untuk buat pemeriksaan di KKM pada bahagian Klinik Ibu dan Anak.

Ambil tahu sama ada berat bayi anda naik dengan stabil atau tidak. Anda perlu tahu yang bayi anda kurang berat ataupun obesiti supaya kesihatan bayi anda dapat sentiasa dipantau. 

#6 – Perkembangan Bayi Untuk Usia 6 Bulan

Tahniah! Bayi anda kini sudah boleh menerima makanan pejalnya yang pertama. Pada usia ini bayi sudah boleh mula disuapkan dengan makanan dan bayi akan membesar setengah inci sebulan. Beratnya juga akan bertambah sebanyak 3-5 auns seminggu. 

Untuk permulaan ibu boleh beri bubur nasi kosong dan puri. Mulakan dengan yang asas kemudian naiktaraf secara sedikit demi sedikit. Jangan terlalu ghairah memperkenalkan makanan pada bayi kerana saat ini ibu perlu pastikan juga makanan mana baby okay dan makanan mana boleh akibatkan alergik.

perkembangan berat badan bayi
image via : Mental Floss

Setiap makanan bayi yang anda beri anda perlu lihat pada reaksi pada anak. Adakah terdapat alahan, cirit birit, ruam dan sebagainya. Susu tetap perlu diteruskan seperti biasa. Setiap perkembangan bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan enam bulan pertama bayi.

#7 – Perkembangan Berat Badn Bayi Untuk Usia 7 – 8 Bulan

Pada usia bayi 7 bulan, berat badan bayi akan bertambah sebanyak 2 poun sebulan. Bayi juga akan semakin seronok meneroka dengan pelbagai rasa makanan yang baru.

Anda boleh membuat makanan bayi sendiri di rumah dengan sedikit perasa seperti daging/sayuran/atau buah buahan kisar. Pastikan ia perasa semulajadi sahaja. Dan apabila mencecah usia 8 bulan, berat badan bayi akan semakin bertambah sebanyak tiga kali ganda dari ketika beratnya lahir.

#8 – Perkembangan Baby Untuk Usia 9 Bulan

Makin besar baby! Dah 9 bulan begini bolehlah beri makanan yang lebi bertekstur. Anda sekarang sudah boleh beri puri yang lebih kasar dan makanan lain seperti biskut dan roti yang ada sedikit tekstur untuk gigitan. Di usia begini sudah ada bayi sudah mula tumbuh gigi. 

Untuk kekalkan berat badan bayi, anda sudah boleh memperkenalkan snek ringan yang sesuai untuk baby. Bayi juga sudah boleh di ajar makan sendiri sambil dipantau oleh ibu ayah. Jangan dibiarkan baby makan sendiri seorang diri kerana takut nanti kalau bayi tercekik.

#9 – Perkembangan Berat Baby Untuk Usia 10 Bulan

Bayi yang yang sudah berusia 10 bulan semakin lasak dan lincah. Waktu di usia begini baby akan merangkak seluruh rumah. Bayi juga akan mula mencapai objek dan memasukkannya ke dalam mulut, berdiri sambil berpaut pada sofa, duduk tanpa sokongan, melihat dan bergerak ke arah ibu ayah apabila dipanggil dan lain-lain lagi.

Ini sesuai dengan usianya yang suka untuk meneroka sambil merangkak ke sini sana. Aktiviti bayi akan membakar banyak kalori jadi berat badan bayi mungkin akan menjadi lambat naik atau sedikit menurun.

Untuk makanan, ibu boleh lebihkan sayuran dan makanan berkahsiat lain untuk baby. Pastikan bayi dapat nutrisi yang betul dari susu seperti biasa.

#10 – Perkembangan Untuk Usia 11 – 12 Bulan

Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar ulangtahun kelahiran pertama bayi anda sudah hampir. Perkembangan berat badan bayi juga sudah semakin stabil sesuai dengan usianya.

Baby juga sudah nampak semakin tinggi dan lepas ini dia juga akan mula berjalan. Sebagai ibu dan bapa pasti anda akan rasa sangat  bersyukur dan berbangga dengan melihat perkembangan bayi anda. 

Jadikan Buku Rekod Kesihatan Bayi & Kanak-Kanak KKM Sebagai Panduan

Setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut usianya. Carta perkembangan bayi KKM perlu sentiasa dirujuk bagi mendapatkan gambaran sama ada baby sihat atau sebaliknya.

Perkembangan Bayi dan Kanak-kanak 0 hingga 6 bulan dari KKM hendaklah di ikut oleh setiap ibu ayah demi kesihatan si comel tersayang.

Jangan sekadar bawa buku bayi KKM ini semasa buat pemeriksaan saja, ada masa bacalah juga di rumah untuk panduan dalam penjagaan yang berkaitan dengan perkembangan anak.

Melihat Anak Membesar Merupakan Detik Terindah Untuk Ibu Ayah

Itulah dia serba sedikit perkembangan berat badan bayi untuk usia 0 – 12 bulan. Walaupun pada awalnya nampak susah tapi anda pasti akan teruja saat melihat langkah pertamanya nanti.

Saat anak anda bertatih untuk langkah pertama adalah detik terindah dalam hidup ibubapa. Manisnya saat itu. Seronoknya sangat tidak terkata. Baca juga tips bercuti dengan baby, cara ajar anak cinta Al-Qur’an.

Sumber :

Keluarga

Motherhood

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Penulis bebas yang berkerjaya dari rumah. Fokus menulis dgn skill SEO dalam gaya santai untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.