KERJA! Kerja kerja kerja. Ya masing-masing berlumba cari kerja untuk kehidupan masing-masing. Mendapatkan pekerjaan saat ini bukanlah perkara yang mudah. Kerja memang ada tetapi banyak yang kurang sesuai dengan tahap pendidikan dan minat. 

doa mudah dapat kerja
image via : Aku Islam

Masih ramai graduan yang menjadi penganggur akibat belum berjaya mendapatkan pekerjaan. Walau bergelar lepasan universiti dengan segulung ijazah namun belum tentu dapat menjamin pekerjaan dengan cepat untuk masa depan. Kerana itu, bila dah dapat peluang untuk interview kerja jangan sesekali disia-siakan peluang tersebut.

Terus Usaha Lamar Kerja Tanpa Putus Asa

Selain daripada berusaha memohon pekerjaan di sana sini, janganlah lupa yang rezeki dalam pekerjaan ini juga ada kaitan dengan Allah SWT. Allah suka mendengar rintihan hambaNya dan Dia-lah juga tempat kita bergantung harapan. Maka apalah salahnya jika turut berdoa agar dimurahkan rezeki untuk mendapat pekerjaan.

Terdpat juga amalan doa mendapatkan pekerjaan yang boleh diamalkan. Doa ini sangat elok dipraktik oleh golongan ‘job hunting’. Manalah tahu asbab dengan doa yang di baca kerja tersebut berjaya diperolehi.

Terdapat 3 Doa Mudah Dapat Kerja Yang Bagus Untuk Dibaca

Inilah dia 3 (TIGA) amalan doa yang anda boleh dibaca dan praktikkan sebelum anda pergi ke mana-mana temuduga kerja. Doa-doa ini juga sesuai dibaca sebagai doa dapat kerja baru, doa supaya dapat diterima kerja, doa agar lulus interview kerja baru, doa agar cepat dipanggil kerja dan sebagainya. Tiga doa mudah dapat kerja tersebut adalah;

Doa #1 – Baca Sebelum Temuduga (Supaya Temuduga Berjalan Lancar)

Bacalah doa ini dengan penuh keyakinan dan kesungguhan. Ingat matlamat anda untuk cari kerja demi rezeki yang halal. Sebelum melakukan apa-apa niat tu kena betul-betul jelas ya. 

Doa #2 – Doa Selepas Temuduga (Supaya Diterima Kerja)

Doa mudah dapat kerja yang kedua pula elok di baca selepas temuduga. Bacalah doa ini selepas anda tamat temuduga sesuai dengan maksud doa yang dikenali sebagai membuka pintu,. Bukan pintu rumah ya tetapi doa ini adalah untuk membuka pintu-pintu rezeki, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keberkatan dan sebagainya.

Banyak mafaat doa ini dan dengan membacanya harap dapatlah juga di buka pintu hati bakal majikan untuk menerima anda sebagai salah seorang pekerjanya.

Doa #3 – Doa Setelah Diterima Kerja (Agar Mendapat Rezeki Yang Banyak)

Selain Doa, Faktor Penampilan Dan Persediaan Diri Juga Penting!

Doa mudah dapat kerja yang ketiga adalah doa yang paling utama doa agar mendapat peluang rezeki yang banyak. Rezeki itu memang di tangan tuhan tapi Allah SWT tak suka hambaNya yang malas. Allah SWT lebih suka akan hambaNya yang rajin berusaha. Jadi jangan mengharap yang rezeki itu bagai bulan boleh jatuh ke riba. Usaha itu tangga kejayaan.

Selain daripada bacaan doa tadi, anda juga harus menitikberatkan soal penampilan dan persediaan diri. Ini bagi memastikan anda lebih bersedia untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Di sini turut disertakan juga beberapa tips ringkas yang boleh anda praktikkan demi untuk berdepan dengan pegawai yang akan menemuduga anda.

7 Tips Untuk Berdepan Dengan Pegawai Temuduga Kerja

Tahniah kerana berjaya mendapat panggilan untuk temuduga kerja. Jaga-jaga, jangan pergi temuduga tanpa persediaan yang cukup! Persiapkan diri juga penting kerana ia boleh menjadi salah satu faktor untuk anda diterima berkerja.

Tips #1 : Kemaskan Penampilan Diri Sendiri

Setelah mendapat panggilan untuk pergi temuduga kerja, perkara nombor satu anda perlu buat adalah kemaskan penampilan diri. Rambut yang panjang eloklah di potong kemas bagi si lelaki.

Misai dan janggut juga elok dirapikan supaya diri anda nampak lebih segak dan sedap mata memandang. Barulah si penemuduga juga berasa lapang dada saat bertentang mata dengan anda nanti.

Tips #2 : Berpakaian Kemas Mengikut Etika Yang Sesuai Dan Betul

Setelah siap merapikan diri kini soal berpakaian pula. Ciri-ciri ini sangat penting kerana ia adalah perkara pertama yang akan di lihat dalam temuduga tersebut.

Bila anda berpakaian kemas begini ia turut dapat memberi gambaran kepada personaliti diri anda untuk penilaian yang baik termasuk soal disiplin dalam berkerja.

doa mudah dapat kerja
image via : Insights Dice

Tips #3 : Sediakan Resume Yang Lengkap Sepenuhnya

Banyak yang sambil lewa tentang resume sedangkan resume itu sangat penting sebagai pengenalan diri anda. Resume yang kemas dan lengkap sangat penting dalam temuduga dan jangan lupa untuk turut kepilkan bersama sekeping gambar diri sendiri bersaiz pasport yang terkini.

Tips #4 : Baca Maklumat Profile Syarikat / Bakal Majikan Tersebut

Ohya, jangan lupa juga untuk turut membaca profile syarikat yang bakal anda pergi temuduga itu. Ini bagi memastikan anda mempunyai info yang cukup dan ini semua boleh digunapakai semasa sedang melalui proses temuduga tersebut.

Jawapan yang tepat sesuai dengan situasi syarikat tersebut pastinya dapat membuat si penemuduga berasa lebih yakin dengan jawapan yang di beri.

Tips #5 – Jadi Diri Sendiri Dengan Tampilkan Kelebihan Peribadi

Pekara pertama jadilah diri sendiri semasa temuduga,  jawab soalan dengan penuh keyakinan dan bersedia, jadilah diri anda dan tidak perlu berpura-pura.

Tips #6 – Jawab Soalan Dengan Tenang Dan Yakin

Semasa menjawab soalan ketika interview, jangan sesekali kelam kabut dan gopoh. Fokuskan minda untuk dengar dengan jelas soalan yang di tanya dan ambil sedikit masa untuk memikirkan jawapan yang sesuai. Setelah itu jawablah dalam ayat yang tersusun dengan suara yang jelas dan terkawal.

Tips #7 : Minta Restu Dan Doa Dari Ibubapa Dan Pasangan

Tak lupa juga, dapatkan restu dan doa dari ibu bapa serta pasangan. Ingatlah yang doa seorang ibu itu tiada hijab. Apapun anda perlu terus usaha dan janganlah pernah berputus asa. Banyak peluang kerja di luar sana cuma mungkin belum menjadi rezeki anda.

Jangan Terlalu Memilih Kerja Dan Semoga Rezeki Menyebelahi

Perlu percaya yang satu hari nanti anda akan dapat kerja yang baik kerana rezeki itu milik Allah SWT. Mintalah dari-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan janganlah pernah berhenti berdoa.

Semoga dengan perkongsian 3 doa mudah dapat kerja dalam artikel  ini, anda akan dapat kerja yang diidam-idamkan. Semoga juga anda dapat kerja dari bos yang baik berserta dengan rakan-rakan kerja yang baik juga.

Jadi juga terlampau memilih kerja dan bersyukurlah dengan apa saja peluang kerja yang datang. Anda juga boleh menimba pengalaman baru dan jangan pula terlalu kuat berkerja sehingga orang kesayangan merasa terabai. Apapun, semoga anda berjaya dalam temuduga nanti. Aamiin. 

Sumber :

Remaja

Aku Islam

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Penulis bebas yang berkerjaya dari rumah. Fokus menulis dgn skill SEO dalam gaya santai untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.