Proses bersalin bukannya satu pengalaman suka-suka yang boleh dipandang remeh. Proses bersalin ini akan mengakibatkan tubuh ibu menjadi lemah terutama secara dalaman.

Tidak dinafikan ada di kalangan para ibu yang menganggap sudah sihat setelah melihat luka bersalin secara luaran telah pulih namun hakikatnya tahap kesihatan dalaman perlu juga di ambil kira.

Cara paling afdal untuk mengembalikan kesihatan ibu selepas bersalin dengan pantas adalah dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat di samping pengambilan set bersalin yang terbaik.

Mengapa perlu mengambil set bersalin ini sebenarnya? Apakah set bersalin terbaik yang ada di pasaran? Di sini akan dikongsikan sedikit sebanyak info sebagai rujukan para ibu di luar sana.

Mengapa Perlu Mengambil Set Bersalin Selepas Bersalin?

Majoriti masyarakat kita terutama dari etnik Melayu sudah terbiasa dengan amalan berpantang selepas bersalin. Amalan berpantang ini jika diikutkan pandangan kepakaran moden ianya tidak wajib tetapi jika di kira dengan fungsi berpantang itu sendiri tak salah rasanya untuk diamalkan.

Image Via : Mingguan Wanita

Tambahan pula tujuan sebenar berpantang ini adalah untuk mengembalikan kesihatan, kekuatan dan bentuk tubuh asal ibu.

Cuma memang agak susah untuk menyediakan bahan semasa dalam tempoh berpantang seperti dulukala dan kerana itu set bersalin begini sangat membantu untuk senangkan tugasan para ibu di luar sana selepas melahirkan.

Senarai Antara 10 Set Bersalin Terbaik Yang Popular Di Malaysia

#1 – Nana Roguy

Image Via : Youbeli

Nona Roguy merupakan set berpantang dan bersalin yang paling popular di Malaysia. Manakan tidak, jenama Nana Roguy ni dah lama sangat ada di pasaran Malaysia. Dah berdekad pun! Namun, harganya sedikit mahal tapi banyak kelebihan.

Set Nana Roguy mempunyai tablet phytonatal yang boleh mengatasi masalah sembelit di kalangan para ibu selepas melahirkan. Ubat sembelit ni memang bagus dan sangat berkesan. Paling best, set Nona Roguy ini turut dapat membantu para ibu untuk kembali langsing selepas bersalin.

#2 – Set Berpantang dan Bersalin Orang Kampung

Image Via : Nuyun Biz House

Set berpantang dan bersalin dengan nama Orang Kampung tidak kurang hebatnya. Berdasarkan testimoni yang ada, set Orang Kampung ini cukup bagus untuk mereka yang mahukan khasiat jamu sebenar dalam cara yang lebih mudah dan selesa.

Antara barangan yang ada di dalam set Orang Kampung ini ialah seperti seri lulur, seri pilis, seri susut, kapsul kacip fatimah, minyak telon, minyak gamak, minyak merah, ubat periuk, jeli gamat dan juga bengkung. Soal harga jangan risau kerana ianya sangat murah dan berbaloi.

#3 – Set Berpantang Shaklee

Image Via : Mami Kembar

Set berpantang Shaklee juga antara set berpantang yang terbaik di pasaran. Ini berdasarkan testimoni yang baik dari para pengguna sebelum ini. Malah set berpantang Shaklee ini turut mendapat pujian daripada beberapa pakar yang ada di Malaysia.

Soal harga agak mahal juga tetapi anda masih boleh beli dalam bentuk pakej untuk lebih penjimatan. Yang pasti set berpantang dengan jenama Shaklee ini tidak kurang hebatnya berbanding set berpantang dan bersalin yang lain.

#4 – Set Bersalin dan Berpantang Anugerah

Image Via : 11 Street

Sedikit berbeza dari set bersalin yang lain, set berpantang dengan nama Anugerah ini lebih kepada luaran dan ia akan menjadi satu kombinasi yang lebih hebat jika di ambil bersama set berpantang Shaklee yang lebih untuk dalaman.

Antara sebab mengapa set bersalin Anugerah ini menjadi popular disebabkan oleh adanya losyen sejuta khasiat dan minyak sejuta rahsia. Set ini juga lengkap dengan semua barangan untuk keperluan ibu dan juga bayi.

#5 – Set Berpantang Jamu Jelita

Image Via : The Asian Parent

Setanding dengan namanya Jamu Jelita, set ini lebih kepada mereka yang mahukan kesihatan dalaman yang baik persis seperti mengambil jamu secara tradisi. Set Jamu Jelita ini lengkap dengan pelbagai barangan untuk bantu pulihkan kesihatan selepas bersalin termasuk juga bengkung untuk langsingkan kembali bentuk tubuh ibu.

Di dalam Set Jamu Jelita ini anda akan dapat memiliki air selusuh, balm hangat herba, jus tradisi wanita, minyak selesa, rendaman herba, sabun nyaman dan tungku herba tradisi dan lain-lain lagi.

#6 – Salindah

Image Via : BM Cari

Salindah merupakan set bersalin dengan ciri ibu muslimah yang sebagai tema. Set ini dapat membantu menyediakan saluran peranakan bagi melancarkan kelahiran dengan menganjalkan otot-otot liang peranakan. Ini sangat bagus untuk pulihkan kesihatan ibu dengan lebih pantas dan berkesan.

Tidak hanya itu, set Salindah ini juga boleh membantu untuk menguatkan semula otot rahim (uterus) dengan menguatkan kemutan teranan, meminimumkan rasa sakit semasa bersalin dan juga memulihkan alat peranakan selepas selesai bersalin nanti.

#7 – Ubat Bersalin Afiat

Image Via : Carousell

Ubat Bersalin Afiat digunakan secara tradisional untuk wanita lepas bersalin yang serba lengkap untuk 44hari. Ubat Bersalin Afiat, pilihan wanita bersalin sejak turun temurun.

Kandungan Ubat Bersalin Afiat ini terdiri daripada bedak hangat Afiat, pil jamu Afiat, makjun bawang putih, minyak Afiat, akar kayu periuk Afiat, barut Afiat, tali pembentan Afiat, pati Afiat balm, feminine care dan juga gel mandian serai Wangi

#8 – Set bersalin Amway Tropical Herbs

Image Via : Sirap Limau

Set bersalin dengan nama Amway Tropical Herbs ini merupakan satu set lengkap untuk tempoh berpantang selama 44 hari. Ia mempunyai set penjagaan bahagian secara menyeluruh untuk luaran dan juga dalaman.

Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni mengandungi 11 produk di dalamnya dan setiap produk ini ada yang untuk di makan, untuk sapuan luaran dan juga untuk mandian. Sebuah buku panduan yang terperinci berkaitan produk, khasiat dan cara penggunaan juga turut disertakan sekali. 

#9 – Set bersalin  Tanamera

Image Via : Marissa Shoppe

Setiap set bersalin ada misinya yang tersendiri. Dan untuk set bersalin dengan jenama Tanamera ini, ia dihasilkan dengan tujuan utama untuk
digunakan oleh ibu hamil sejak sejak mengandung lagi supaya mudah bersalin tanpa koyakan faraj.

Setelah selamat bersalin, produk Tanamera ni boleh diterus penggunaannya semasa tempoh berpantang untuk pulih sepenuhnya dengan segera.

Terdapat sebanyak 10 jenis produk di dalam set bersalin Tanamera ini. Produk-produk yang ada untuk setiap Set Bersalin Tanamera ini adalah Minyak Kelapa Dara Sabun Mandi Herba Minyak Urut Herba Herba Pembersih Wanita Mandian Herba Tapel Pilis Bengkung Teh Herba Lulur Badan Herba

#10 – Spa & Ma Maternity Set

Image Via : Secret Global Marketing

Cadangan antara set bersalin terbaik yang ke 10 adalah Spa & Ma Maternity Set. Set bersalin ini turut menjadi pilihan artis Sari Yanti selepas melahirkan anaknya suatu ketika dulu. Tema yang dibawakan oleh set ini seumpama ibu sedang mendapat rawatan selepas bersalin dari spa yang bertaraf 5 bintang.

Terdapat 11 produk yang akan diperolehi dengan pembelian setiap
Spa & Ma Maternity set ini. Produk tersebut adalah herba mandian spa, jamu ratu dara, feminine cleanser, pilis herba, minyak kelapa dara, tungku herba, lulur frangipani, bengkung ratu, shape-up lotion, minyak seri herba dan juga gamat emulsion.

Apakah Ada Cara Terpantas Untuk Membeli Set Bersalin Terbaik Ini?

YA! Pastinya ada. Jika anda tidak suka bersesak dan pening kepala untuk ke mana-mana kedai farmasi mahupun toko jamu, anda boleh buat pembelian dengan cara yang lebih pantas dan mudah secara online melalui lamanweb LAZADA Malaysia. Jangan terkejut, di Lazada ada jual set bersalin terbaik untuk para ibu di luar sana. Website online seperti Shoppee juga ada.

Apapun, tahniah di atas kehamilan anda dan tahniah juga di atas kehadiran bayi baru kesayangan anda itu. Pasti comel kan? Yang penting, para ibu jangan sesekali abaikan kesihatan diri. Pastikan selalu amalkan pengambilan set bersalin terbaik sejak dari hari pertama kelahiran sehingga selesai tempoh berpantang. Sayangi baby itu wajib tapi sayangi diri sendiri juga perlu.

*Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan keseluruhan Bidadari.my

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.