Keguguran memang satu perkara yang menyedihkan bagi mana-mana pasangan yang benar-benar inginkan zuriat. Tapi, jangan terus bersedih kerana anda masih ada peluang untuk mengandung lagi. Anggaplah keguguran yang telah berlaku itu kerana tiada rezeki dan teruskan bersedia untuk kehamilan yang seterusnya. Di sini akan dikongsikan beberapa petua hamil selepas gugur yang boleh dijadikan sebagai amalan.

Hamil semula selepas keguguran perlukan masa. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Ini semua bergantung kepada tubuh badan si ibu dan si ayah itu sendiri. Sebagai suami, jangan sesekali salahkan isteri sebaliknya sama-sama berusaha untuk tingkatkan kesihatan tubuh masing-masing.

petua cepat hamil lepas gugur

image via : Parhlo

Petua Hamil Selepas Gugur Untuk Pasangan Yang Berkahwin

Terdapat beberapa petua yang perlu di amalkan oleh wanita yang baru sahaja keguguran. Antara petua cepat mengandung selepas keguguran yang boleh dipraktikkan adalah :  

1) Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat 

Setiap manusia akan di duga dengan pelbagai dugaan termasuklah stress. Namun, terlalu stress boleh membawa kepada masalah ketidaksuburan. Justeru itu, anda boleh mengurangkan stress dengan melakukan aktivit ringan di rumah seperti :

  • Membaca Al-quran bagi mendekatkan diri dengan Allah
  • Bersenam
  • Memasak bagi menghilangkan stress 
  • Memanjakan diri ke spa atau salon untuk berehat dan tinggalkan seketika masalah yang bermain di minda 
  • Meluangkan masa dengan kawan dan keluarga bagi melupakan sebentar masalah yang membelengu diri

2) Amalkan Pengambilan Vitamin Khas Untuk Wanita Mengandung 

Vitamin selepas keguguran adalah salah satu kaedah yang bagus untuk diamalkan. Ini sebagai persediaan awal pada tubuh badan bakal si ibu. Vitamin-vitamin ini juga selalunya ada dibekalkan oleh pihak hospital juga. Antara vitamin yang elok untuk diamalkan itu adalah :

  • Asid folik

Disarankan pengambilan asid folik bagi ibu yang hendak mengandung adalah 400mcg sehari dan yang sudah mengandung sebanyak 600mcg sehari (sumber rujukkan: RNI Malaysia 2017).

  • Iron

Iron amat penting dalan pembentukkan sel darah merah. Selain itu, ianya juga penting dalam perbentukkan janin. Justeru itu, iron yang kurang di dalam tubuh badan ibu yang memgandung boleh menjadi salah satu penyebab kelahiran bayi yang kurang berat badan (<2500g). Pada masa yang sama, wanita yang baru sahaja lepas keguguran memerlukan iron yang memcukupi di dalam tubuh badan agar tiada berlakunya anemia pada kandungan mereka yang akan datang. 

  • Kalsium

Ibu yang sedang hamil memerlukan pengambilan kalsium yang mencukupi. Jadi pengambilan kalsium untuk ibu yang memgandung mengikut RNI Malaysia adalah 1000mg sehari manakala bagi wanita yang mengandung ketika remaja (13-19tahun) pula perlu mengambil kalsium sebanyak 1300mg sehari. Hal ini disebabkan kalsium amat penting dalam pertumbuhan tulang ibu dan bayi. 

Bukan ibu mengandung sahaja yang perlu mengambil kalsium mencukupi dalam seharian malahan wanita yang tidak mengandung juga perlu mengambil kalsium yang mencukupi dalam sehari. Hal ini disebabkan kalsium amat penting untuk pertumbuhan tulang. 

petua cepat hamil lepas gugur

image via : Iman Abdul Rahim Blog

3) Sentiasa Menjalani Ujian Ovulation Bagi Memastikan Waktu Subur Selepas Keguguran

Bagi wanita yang keguguran, mereka dinasihati untuk melakukan hubungan intim  dengan kerap pada waktu subur. Disarankan menjalani hubungan intim seminggu sebanyak 2 ke 3 kali semasa tarikh yang hampir dengan waktu ovulation. Ianya akan meningkatkan peluang untuk hamil.

Tetapi, elakkan melakukan hubungan intim setiap hari jika menghampiri waktu subur kerana kepekatan sperma atau air mani akan sedikit menurun setiap kali selepas hubungan intim. Lakukan hubungan intim selang sehari atau dua hari sebelum waktu subur bagi meningkatkan kepekatan air mani dan sperma

4) Jalani Pemeriksaan Doktor 

Ianya bagi memastikan anda bebas dari sebarang masalah seperti cyst, endometriosis atau fibroid yang kerap manjadi penyebab sukar hamil. Sekiranya penyakit ini dikesan awal, insyaAllah rawatan dapat membantu anda untuk hamil.

5) Jangan Berhenti Berdoa

Zuriat adalah salah satu dari rezeki dan yang memberi rezeki ini tidak lain dan tidak bukan adalah Allah SWT, maka berdoalah pada Nya agar dipermudahkan segala urusan. Agar dimurahkan rezeki untuk menimang zuriat dan agar dipermudahkan juga segala urusan. Jangan berhenti berdoa dan teruskan memohon kepada Nya selalu.

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Hamil Lagi Lepas Gugur?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  menasihati mereka yang keguguran untuk hamil sekali lagi sehingga sekurang-kurangnya enam bulan. Hal ini disebabkan, terdapat beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa hamil dalam tempoh enam bulan keguguran meningkatkkan peluang untuk hamil lagi selepas gugur. 

  • Anemia (kurang darah merah) ketika mengandung
  • Kelahiran pramatang (bayi lahir tidak cukup bulan)
  • Berat lahir bayi rendah (low birth weight)

 

Walau bagaimanapun, menerusi Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) mereka tidak menyarankan untuk menunggu. Sebenarnya kajian menyeluruh mengenai kajian ini dapat dilihat oleh para penyelidik di Universiti Aberdeen mendapati bahawa wanita yang mengandung kurang dari enam bulan selepas keguguran mempunyai:

  • Risiko yang berkurangan untuk keguguran yang lain
  • Risiko yang lebih rendah untuk kelahiran pramatang
  • Kelahiran bayi yang selamat

 

Pada masa yang sama, mereka  mendapati bahawa kehamilan dalam tempoh enam bulan pertama keguguran tidak meningkatkkan risiko untuk:

  • Bayi yang dilahir kan mati
  • Berat bayi yang dilahirkan rendah
  • Preeklampsia

 

Jika anda ingin mencuba dan hamil dengan segera, ramai pakar menasihati menunggu sekurang-kurangnya satu kitaran haid, di mana hari pertama adalah hari pertama pendarahan haid. Ini adalah bertujuan bagi memudahkan anda  menentukan dengan lebih tepat masa kesuburan dan lebih mudah untuk mengandung. 

petua cepat hamil lepas gugur

image via : Cairoklahoma

Petua Hamil Selepas Gugur Hanyalah Sekadar Cadangan, Jaga Perasaan Dan Berusahalah Sedaya Yang Termampu

Selepas mengalami keguguran bayi dalam kandungan, ada wanita yang terus bersedia untuk hamil lagi dan ada wanita yang masih trauma dengan rasa tidak bersedia. Kehamilan yang seterusnya juga menjadikan si ibu fobia kerana takut jika akan keguguran sekali lagi. Keadaan stress begini secara tidak langsung boleh menyebabkan keguguran pada pertengahan tempoh kehamilan. Manfaatkan tempoh cuti untuk berehat dan memulihkan emosi yang mungkin terkesan.

Suami dan keluarga juga perlu memainkan peranan untuk menjaga perasaan bakal ibu ini dan janganlah disalahkannya 100%. Pantang selepas keguguran juga penting. Pantang selepas keguguran ini juga boleh membantu tubuh untuk lebih bersedia terutama pada bahagian ari-ari, pinggang dan sebagainya selepas keguguran itu berlaku.

Baca juga nusyuz seorang isteri, kelebihan mandi air panas berbanding air sejuk dan tips membeli pakaian yang betul untuk ibu mengandung. 

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.