Mencari senarai lagu patriotik Malaysia?

Lagu patriotik bukan sahaja boleh menyemarakkan perasaan cintakan negara malah ia juga merupakan salah satu cara untuk kita menghargai kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai lagu patriotik Malaysia yang wajib dihafal oleh semua anak Malaysia. Jom nyanyi sama-sama!

senarai lagu patriotik malaysia
Sumber: Yadim

1. Tanggal 31 Oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Siapa yang tak kenal lagu ini? Setiap kali tiba bulan kemerdekaan, pastinya lagu ini akan rancak berkemundang di corong radio dan televisyen. Lagu evergreen nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad ini merupakan salah satu lagu patriotik terbaik yang ada di Malaysia. Jom kita hayati liriknya:


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!

2. Warisan Oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Selain lagu Tanggal 31, satu lagi lagu patriotik yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia ialah lagu yang bertajuk Warisan yang juga dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Jika lagu Tanggal 31 agak rancak dan menaikkan semangat kita, lagu Warisan pula sangat lembut dan meruntun jiwa, malah boleh menyebabkan anda menitiskan air mata. Lagu ini dihasilkan dengan begitu indah, dan melambangkan kecintaan yang tidak tertingga kepada tanah air Malaysia.


Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai kuterbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan
Cinta ini

Betapa di bumi ini ‘ku melangkah
Ke utara, selatan, timur, dan barat
Kujejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


Kuingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Kuingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Kuingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Kuingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

3. Bahtera Merdeka Oleh Aisyah

Ini juga merupakan salah satu lagu kemerdekaan yang menjadi kegemaran kami. Dengan liriknya yang menambahkan rasa cinta kepada negara, ditambah pula dengan melodi dan vokal Aisyah yang sangat mantap, pastinya Bahtera Merdeka merupakan salah satu daripada lagu patriotik Malaysia yang wajib anda hafal.


Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Permata nilam

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Untuk menunaikan
Untuk menunaikan
Sumpah dan janji

senatai lagu patriotik malaysia
Sumber: Straitstimes

4. Saya anak Malaysia Oleh Dr Sam

Siapa yang tak kenal lagu rancak ini? Iramanya sahaja sudah menarik perhatian. Jika anda anak Malaysia yang sedang berada di perantauan, pastinya lagu ini akan menyebabkan anda semakin rindu untuk pulang ke Malaysia.


Bulan 5 aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama
Negeri Sembilan
Selepas itu aku dibesarkan
Di negeri Kelantan


Aku belajar di sekolah orang putih
Dekat dengan Pasir Putih
Saya anak Malaysia


Lepas sekolah aku merayau
Negeri mat saleh aku merantau
Tempat orang indah sekali
Tapi Malaysia tetap di hati


Saya anak Malaysia
Sampai masa aku pun balik
Makweku tengok dia pelik
Dia kata dia nak jadi apa
Aku kata itu Tuhan punya kuasa


Lemah-lembut, sopan-santun
Sudah menjadi darah dagingku
Walaupun aku nampaknya kutu
Aku hormat orang tuaku
Saya anak Malaysia

5. Setia Oleh TV1

Jika anda merupakan anak yang lahir pada tahun 70an dan 80an, pastinya anda tidak akan lupa akan lagu Setia yang disiarkan di TV1. Mendengar alunan lagi ini di tv, pastinya anda akan terus berdiri dan menyanyi sekali. Liriknya sangat indah dan menyemarakkan rasa cinta kepada Malaysia.


Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi


Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua


Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

6. Inilah Barisan Kita

Lagu patriotik Malaysia yang seterusnya ialah Inilah Barisan Kita yang selalunya dinyayikan sempena sambutan bulan merdeka. Apabila sebut nama lagu ini, pastinya anda akan terbayangkan askar dengan muka yang berceloreng. Sesungguhnya lagu ini merupakan salah satu penghargaan kepada askar yang sentiasa bersiap siaga di perbatasan demi menjaga keamanan dan kedaulatan negara.


Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi


Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti


Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

senarai lagu patriotik malaysia
Sumber: Tambahcheeze

7. Keranamu Malaysia

Keranamu Malaysia merupakan lagu kebangsaan sempena bulan merdeka bagi tahun 2000 sehingga 2006. Setiap kali lagu ini berkumandang pastinya bulu roma anda akan berdiri. Rentaknya yang rancak dengan lirik yang menarik akan membuatkan anda menyanyi bersama dengan semangat cintakan negara yang berkobar-kobar.


Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara


Keranamu negara Malaysia
Malaysia…
Terima kasih Malaysia!

8. Malaysia Berjaya

Malaysia Berjaya merupakan satu lagi lagu patriotik Malaysia yang sering berkumandang di televisyen dan corong radio pada tahun 90an. Sesungguhnya lagu ini sanga mengundang nostagia dan membangkitkan semangat cintakan negara.


Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya


Berbagai kaum sudah berikrar
Menuju cita-cita
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya


Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya


Dengan semboyan kita berjaya
Menuju di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

9. Malaysia Sejahtera

Anak-anak muda mungkin tidak mengenali lagu ini kerana ianya tidak kerap diputarkan seperti dahulu. Lagu ini merupakan salah satu lagu patriotik Malaysia yang sangat kuat auranya, dengan lirik tentang rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu padu dan hidup dengan penuh harmoni.


Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia


Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara


Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

senarai lagu patriotik malaysia
Sumber: Myhealth

10. Gemuruh Jiwa Oleh Faizal Tahir

Lagu patriotik Malaysia yang terakhir ingin kami kongsikan ialah Gemuruh Jiwa nyanyian Faizal Tahir. Lagu ini tidak pernah gagal untuk menaikkan semangat cintakan negara. Jika anda anak Malaysia pastikan anda hafal lirik lagu ini.


Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya kan pasti terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Itulah dia 10 lagu patrotik Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang permainan tradisional.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.