Mempunyai cahaya mata semestinya hasrat terbesar bagi setiap pasangan yang berkahwin. Namun, bukan semua yang diinginkan, kita akan mengecapinya. Ada pasangan yang sudah mencuba pelbagai rawatan tetapi tidak membuahkan hasil.

Doa adalah tunjang utama selepas usaha untuk mengecapi sesuatu impian. Di dalam Al Quran dan hadis, terdapat banyak doa agar mudah dikurniakan zuriat. Jom kami kongsikan kepada anda 10 doa mohon zuriat agar cepat hamil. Semoga doa-doa ini dapat menjadi asbab untuk anda hamil.

doa mohon zuriat
Imej via [siraplimau]

1. Doa Nabi Zakaria A.S

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada-Ku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali Imran 3:38)

Nabi Zakaria A.S adalah salah satu nabi Allah yang diuji dengan lambatnya zuriat dikurniakan kepada baginda dan isteri. Dikisahkan di dalam tafsir ibnu kasir bahawa beliau sudah tua dan isterinya mandul. Namun beliau tidak pernah berhenti berdoa dan akhirnya diberi berita gembira dengan kelahiran Yahya a.s.

Selama 80 tahun baginda berdoa, akhirnya doa baginda dimakbulkan Allah. Kita, pada hari ini baru beberapa tahun berdoa tetapi sudah berputus asa. Memang menyedihkan, maka amalkanlah doa Nabi Zakaria sentiasa.

2. Doa Nabi Zakaria A.S

 “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi“. (Surah Anbiya 21:89)

Banyak doa Nabi Zakaria yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian untuk ikhtiar hamil. Di samping berdoa, jangan lupa berusaha sepenuhnya ya.

3. Doa Nabi Ibrahim A.S

” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” (Surah Saaffat 37:100)

Selain Nabi Zakaria A.S, nabi Ibrahim juga diuji dengan ketiadaan cahaya mata untuk mengantikan risalah baginda. Baginda berdoa dan akhirnya baginda dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Ishaq A.S dan Ismail A.S. Sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa dan maha mendengar doa.

doa mohon zuriat
Imej via [muslimgirl]

4. Doa Nabi Ibrahim A.S

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim 14:40)

Baginda bukan sahaja memohon anak kepada Allah, malah beliau memohon agar anak keturunannya terdiri daripada mereka-mereka yang soleh dan mendirikan solat.

Allah memakbulkan doanya kerana melalui jalur keturunan anaknya Ismail A.S lahirlah nabi terakhir zaman iaitu nabi Muhammad S.A.W. Sungguh besar kuasa Allah SWT.

5. Surah Al-Furqan, Ayat 74

Wahai Tuhan kami, berilah Kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah Kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al Furqan 77:72)

Amalkanlah doa mohon zuriat ini setiap kali selepas solat fardu setiap hari. Insyallah ia akan memudahkan anda bagi urusan mendapatkan zuriat.

6. Al Musowwir (المصور)

Banyakkan membaca zikir ini المصور yang bermaksud  Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk. Ia merupakan Asmaul Husna yakni nama -nama Allah yang diambil di dalam Al Quran berdasarkan firmannya :

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan ; Yang Membentuk rupa ; bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (Al Hasyr 59:24)

Zikir Al Musowwir ini adalah salah satu doa mohon zuriat agar cepat hamil yang perlu anda amalkan. Semoga Allah SWT mendengar setiap zikir yang kita lantunkan.

doa mohon zuriat
Imej via [finanawawi]

7. Memperbanyakkan Istighfar

Disamping berdoa, anda juga digalakkan agar memperbanyakkan istighfar. Bertepatan dengan hadis nabi S.A.W:  “Barang siapa yang memperbanyak istighfar, niscaya Allah akan melapangkan kesusahannya, memberi jalan keluar pada setiap kesuakarannya, dan memberi rezeki tanpa diduga-duga.” (HR. Abu Daud dan Nasa’i)

Istighfar yang paling utama diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah Sayyidul Istighfar ataupun penghulu Istighfar.  Disamping dapat menggugurkan dosa-dosa lalu, istighfar juga dapat menenangkan hati dan memudahkan urusan anda.

8. Solat Hajat

Solat hajat perlu dilakukan untuk memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan keturunan zuriat secepat mungkin. Amalkan solat hajat setiap sepertiga malam. Anda juga boleh melakukan solat hajat dan berdoa dengan doa ini. 

Allahummarzuqni waladan liusammihi bismi nabiyyika muhammad sholallohu alaihi wa alaihi

Maksudnya: 

“Ya Allah kurniakan kepadaku keturunan agar aku dapat menemaninya dengan nama Nabi Muhammad SAW.”

Doa ini tidak terdapat di dalam Al Quran mahupun hadis akan tetapi terdapat di dalam beberapa kitab dan riwayat. Bacalah doa mohon zuriat ini kerana banyak kebaikannya.

doa mohon zuriat
Imej via [elevenia]

9. Selawat

Selawat juga antara penyebab mudahnya doa kita untuk dimakbulkan. Boleh berselawat dan niatkan agar dikurniakan zuriat.

Umar bin Khattab Ra. berkata: “Saya mendengar bahwa doa itu ditahan di antara langit dan bumi, tidak akan dapat naik, sehingga dibacakan shalawat atas Nabi Muhammad SAW.” (HR. Tirmidzi)

10. Surah Maryam

Surah Maryam iaitu surah ke 19 dalam Al Quran juga merupakan doa mohon zuriat yang berkhasiat mempercepatkan mendapat zuriat.

Demikianlah 10 doa untuk memohon agar cepat hamil. Anda haruslah mengamalkan doa-doa tersebut dengan mengikut adab-adab berdoa. Anda juga diharuskan membacanya ketika waktu mustajab berdoa. Usah runsing lagi, teruskan usaha, doa dan tawakal. Allah pasti mengabulkannya.

Jom baca juga doa penerang hati anak, doa anak periksa dan doa murah rezeki mujarab. Semoga bermanfaat.

Rujukan:

  1. popmama
  2. surah
  3. tzkrh

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.