Apabila kita mencapai umur akil baligh, banyak perkara yang kita perlu tahu. Lebih-lebih lagi perempuan yang berumur di antara 12 tahun hingga 15 tahun. Lelaki pula, mereka mencapai umur akil baligh pada umur 15 tahun.

Perempuan yang sudah akil baligh akan mengalami period pada setiap bulan. Hal ini sememangnya perkara biasa kerana sebagai wanita kita akan mengalami period sehingga kita monopos. Lelaki juga tahu akan hal ini. Terutama para suami kerana mereka akan bersama dengan isteri sehingga ke nafas yang terakhir.

Tetapi insan yang tidak tahu mengenai period adalah kanak-kanak. Mereka tidak tahu apa itu period kerana mereka tidak menghadapinya. Hal ini menjadi susah apabila mereka mula bertanya kepada ibu seperti “Kenapa ibu tak solat?” , “kenapa ibu tak puasa?” , “Kenapa ibu cuti?” . Pertanyaan ini selalu dielak oleh ibu kerana tidak tahu untuk menerangkan kepada mereka.

Sebenarnya, di usia mereka yang masih kecil kita boleh menerangkan kepada mereka maksud period. Mereka mempunyai minda yang cergas maka mereka akan lebih mudah faham. Seorang ibu sahaja yang mampu menerangkan kepada anak-anak tentang period.

Bagaimanalah mahu menerangkan maksud period?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara mudah untuk menerangkan maksud period. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca.

Tiga buku penulisan beliau yang berjudul “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna”, “Why So Serious Parents?” dan “Parents, Welcome To My World” sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC.

Maksud P.E.R.I.O.D

cara terang period kepada anak
Image via siraplimau.com

Kaedah ini adalah yang paling mudah dan jelas untuk diterangkan kepada anak-anak. Berikut adalah cara-caranya :

P: PUBERTY

Semua orang akan lalui fasa akil baligh. Untuk lelaki, suara akan bertukar garau. Untuk perempuan, akan keluar darah melalui kemaluan pada setiap bulan. 

E: EGG

Sama mcm haiwan, manusia pun ada telur yg akan terbentuk dalam badan perempuan untuk menghasilkan anak. Setiap bulan, orang perempuan akan keluarkan telur baru. Tapi bila telur tu tak jadi baby, maka ia akan “mati” dan keluar bersama darah. 

R: RED BLOOD

Dari mana pulak datang darah tu? Dalam badan perempuan ada satu ruang untuk letak baby. Bila telur baru terbentuk, ruang tu akan ada dinding yg sangat tebal dan banyak sel2 darah supaya senang baby melekat. Tapi bila takde baby yang terbentuk, dinding itu pun akan “runtuh” dan keluar sebagai darah. Dan darah ni lah yang dipanggil sebagai darah period. 

I: INJURED 

Proses period ni menyebabkan rasa sakit dan tak selesa. Sama macam bila kita jatuh, luka dan berdarah, mesti kita rasa sakit. Kan? So sama la dengan period. Biasanya orang perempuan akan jadi kurang bertenaga dan takde mood sebab tengah menahan sakit. 

O: ORDINARY

Period adalah sesuatu yang sangat normal dan biasa. Walaupun ia sangat peribadi, tapi ia bukan sesuatu yang memalukan, hina atau kotor. Period bukan bermaksud perempuan tu sakit/tak sihat, malah period lah yg menandakan perempuan itu sihat. A girl who has hit puberty should have her period every month. 

D: DAYS

Tempoh period adalah seminggu ke 2 minggu. So selama tempoh tu, orang perempuan tak perlu solat dan puasa. 

*Tips ini dikongsikan oleh pakar, maka insyaallah ia adalah cara yang bagus untuk diterangkan kepada anak-anak. Mereka di usia, di mana mereka mula rasa ingin tahu yang kuat dan mahu mencuba semua perkara. Jadi, jika kita terangkan dengan baik dan jelas, mereka akan menerimanya dengan baik. Period adalah perkara yang sensitif kepada wanita, tetapi anak-anak perlu tahu agar mereka akan memahami ibu mereka yang sedang mengalami period.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.