Apa itu HFMD? Ini adalah penyakit wajib mak ayah tahu. HFMD merupakan penyakit tangan, kaki dan mulut yang disebabkan oleh virus. Ibu bapa hendaklah peka terhadap penyakit HFMD ini kerana biasanya ia akan menjangkiti kanak-kanak.

Penyakit ini boleh dikatkan adalah penyakit yang kerap dihadapi oleh kanak-kanak kecil. Ianya sangat mudah dijangkiti. Lebih-lebih lagi jika pergi ke tempat-tempat awam seperti taman permainan. Sebab itulah, apabila pergi ke tempat awam, mak ayah digalakkan untuk menjaga kebersihan anak dengan sering menggunakan sanitizer.

Perkongsian Dr Taufiq Razif tentang HMFD menarik untuk dihadam oleh mak ayah.Semoga mendapat manfaat.

Itulah sebab kalau anak kita ada sahaja tanda-tanda ini terus dibawa ke klinik kesihatan ataupun hospital :

1. Kurang selera makan.
2. Demam.
3. Ruam pada bahagian kaki dan tangan.
4. Ulser yang banyak di dalam mulut.

imej via google

Benda Paling Penting Mak Ayah Wajib Tahu!

  • Virus penyakit HFMD ni berjangkit dan merebak melalui air liur, cairan kudis, hingus dan najis anak.
  • Kalau cairan ni semua kena pada meja ke ‘baby chair’ ke pemegang pintu ke mainan ke semuanya boleh jadi asbab dan punca penyakit sebab virus tu boleh hidup dan hinggap kat benda ni semua sampai berhari hari hingga berminggu.
  • 2 benda paling penting kita wajib kawal pada anak kecil kita kalau dah kena HFMD ni. Pertama kawal suhu tubuh supaya tak terlampau tinggi dan kedua, kena jaga minum dia supaya tak dehidrasi. Kalau dah dehidrasi teruk, kena cucuk masuk air la pula nanti.
  • Kalau anak dah kena HFMD ini diminta untuk dikuarantin. Kedasyatan penyakit ni adalah dia mampu menularkan sehingga 5 orang budak yang lain. Kiranya kalau 1 orang yang kena dalam sebuah taska, dia mampu menjangkiti 5 orang kawan-kawannya.

*Dengan perkongsian ini, diharapkan akan dapat membantu ibu bapa diluar sana untuk mengambil langkah-langkah yang bijak agar penyakit ini tidak terkena pada anak-anak.

Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran daripada penulis iaitu Dr Taufiq Razif. Untuk post asal penulis boleh merujuk di sini.

Penulis: Nik Fatin Fuadi

Nik Fatin Fuadi

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .