Riak Babah Yaya menyampaikan ‘seru’nya:

“Mama, lepas ni, ajar Yaya solat Subuh”.

3438000126_1392023b35_z

flickr.com

Riak wajahnya serius. Saya tahu, mesti suami serius tentang hal ni.

“Ok” jawab saya pendek. Tapi dalam hati tertanya-tanya ‘ok ke Yaya solat Subuh. Nak ke dia? ke dia akan merengek-rengek, tak mahu solat?’

Sebab di fikiran saya solat subuh lain dari solat-solat yang lain. Sebab waktunyakan awal macam tu. Nak ke anak solat bila diminta? Ye lah, dia baru nak masuk 6 tahun. Untuk bangun tidur pun perlu dipujuk-pujuk baru mood dia ok.

Dalam tertanya-tanya tu, saya lakukan juga. Tapi perkara pertama yang saya lakukan ialah beritahu yaya ‘kenapa dia kena solat subuh’.

Solat belum suruh lagi, tapi cerita dulu. Saya ingat lagi, kata Yaya:

“Tapi kan Yaya dah sembahyang magrib, isyak, sembahyang kat sekolah (zohor/asar)”

Saya jawab simple je:

“Sembahyang ada lima Yaya: Magrib, Isyak, Zohor, Asar, and Subuh. Sebab kita nak ingat Allah. Allah suka kalau kita solat semua. Nanti Allah pun akan ingat kita, sayang kita laaaagi banyak, protect kita dari orang jahat, bagi kita present, bagi kita happy. Yaya nak tak Allah sayang yaya macam tu?”

Anak ni senang je. Bila kita dah umpan dia dengan benda benda yang best tu, mudah je dia jawab “Nak”

“OK, kalau yaya nak, esok Yaya start solat subuh ek. Solat dengan mama. Lepas mandi kita take wuduk and solat.” Saya memberi gambaran bagaimana rutinnya paginya akan berubah esok.”

“Nanti mama ajak Yaya solat subuh Yaya jangan nangis ek. Kita solat happy-happy ok. Sebab yaya kan nak Allah sayang Yaya, betul tak?” Ayat ni penting supaya dia kena ‘alert’ yang esok dia tak boleh merengek, tak boleh nangis bila di ajak solat.

“Ok mama” jawapannya, bunyik macam ok. Tapi saya debar untuk tahu macamana ragamnya esok hari bila sampai waktu utk solat subuh tu.

Masha Allah, sejujurnya saya benar-benar terperanjat. Saya sangkakan dia mula nak merengek, mula nak culas, tapi dia follow apa yang mama suruh buat: mandi, take wuduk, pakai baju sekolah, pakai telekung, solat dengan mama. Siap berzikir lepas solat. Kemudian baru doa.

Takde merengek, takde nak buat hati mama panas. Gayanya tu macam dah biasa solat subuh.

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana memasukkan nur-Mu dalam hati anakku. Sudah beberapa hari ini kami solat subuh bersama.

Ia memberi saya kefahaman baru. Yang anak walaupun kecil sebenarnya tidak sukar untuk mula belajar beribadah. Walaupun untuk solat subuh yang dugaannya lebih hebat.

14662916809_f876e6aa47_z

 

flickr.com

Mengikut pengalaman saya yang kecil ini, saya rumuskan begini. Untuk mudah melatih anak kecil solat subuh:

#1 Biasakan Dulu Anak Solat Yang Lebih Mudah

Yaya bermula dengan solat maghrib. Ia diwajibkan setiap hari sampai dia sudah terbiasa dengan rutin itu. Sehingga dia tahu, solat itu ‘part of her daily life’.

Pada peringkat awal saya tak minta dia solat semua. Hanya maghrib. Sebab saya taknak anak rasa terbeban sampai tak suka dengan ‘solat’. Bayangkanlah, tak pernah solat tetiba kena solat 5 waktu.

#2 Sambung Pula Dengan Solat Yang Lain Sekiranya Sudah Terbiasa

Bila anak sudah ada idea dan biasa dengan solat, sambung pula dengan solat lain yang juga mudah: solat isyak. solat zohor dan asar. Insha Allah bab ini tidak sukar.

#3 Terangkan Kepada Anak Anda Sebab Solat Subuh

Untuk solat subuh, berikan anak kefahaman dulu kenapa dia perlu bangun pagi dan solat subuh. Apa yang anak akan dapat bila dia melakukannya. Apa kaitan solat subuh dengan hariannya.

#4 Solat Bersama Sama Anak

Bila anak dah faham ‘the why factor’, ajak anak solat bersama-sama kita. Nyatakan stepnya satu persatu: mandi, take wuduk, etc. Sebab ini adalah pengalaman pertama anak. Jadi step perlu jelas untuk mereka.

#5 Puji Anak

Bila anak memberikan kerjasama yang baik, wajib puji mereka. Siap peluk siap cium bagai. Biar anak tahu yang kita semakin sayang dia bila dia suka solat.

Kalau anak menunjukkan aksi ‘liat’, beri mereka galakan. Anak boleh buat, cuma maybe mereka tak biasa lagi. Tak faham lagi. Sebab ia adalah perkara baru untuk mereka. Jadi tugas kita ialah teruskan mengajak dengan memberi galakan.

Puji perubahan kecil yang mereka lakukan.

#6 Consistency Itu Penting

Ajak anak solat subuh setiap hari walaupun hari tu kita dah lambat. Walaupun kita perlu keluar lebih cepat. Supaya anak faham, solat subuh ni mesti dilakukan setiap hari, sama macam dia mesti makan, tidur.

Walaupun terkejar-kejar waktu, lakukan dengan cara yang bahagia. Supaya anak nampak solat subuh ni best. Ada zikir. Zikirlah seronok seronok, happy-happy, walaupun dalam hati ‘alamak, dah lambat sikit’. Anak akan nampak ia best sama macam mereka happy kalau dapat main di playground.

#7 Berdoa Kepada Allah

Kita mak ayah cuba yang terbaik, tapi kita pun tahu hidayah ni dari Allah. Yang buka hati anak untuk suka solat adalah Allah. Jadi kita serah kepadaNya. Selepas solat, saya akan doa, antaranya:

“O Allah, thank you bagi anak mama suka solat subuh. Please help yaya untuk bangun happy, solat subuh happy everyday. Thank you Allah”

dan ia sengaja di nyatakan dengan jelas supaya anak dengar dan dia juga meng-amin-kannya.

“We do the best, nanti tahulah Allah uruskan the rest”

Saya yakin ibu bapa lain juga punya pengalaman atau tips masing-masing dalam hal ini. Yang dikongsikan di sini hanya berdasarkan pengalaman saya meminta yaya solat subuh dan alhamdulillah, dia solat dengan gembira.

Jika anda juga punya pengalaman dan tips, mohon share kan juga semoga kita semua boleh mendapat manfaat dari nya. Mudah-mudahan Tuhan membantu kita semua mendidik anak-anak, dan menjadikan mereka manusia luar biasa: yang dalam hatinya ingat Tuhan, yang luarannya juga hebat sebagai khalifahNya.

Artikel Menarik Lain

Penulis: Dr Siti Ujila

Dr Siti Ujila

Merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal danPembinaan, UPM. Minat berkongsi cerita-cerita motivasi dan memberi inspirasi.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .