Sedih hati bila suami mula dingin terhadap kita apatah lagi jika dia sudah tak sama seperti dahulu. Sikit-sikit panas baran dan tak nak layan kita lagi. Ya, kita harus berusaha untuk memenangi hatinya kembali tetapi dalam masa yang sama kita harus melakukan amalan ayat pengasih memikat suami.

Sama ada hubungan kita baik dengan suami atau tidak, seeloknya amalkanlah ayat pengasih memikat suami ini. Pasti suami akan dilembutkan hati oleh Allah swt dan diberikan rasa kasih sayang terhadap diri kita.

ayat pengasih memikat suami
Imej via [siraplimau]

Terdapat beberapa ayat pengasih memikat suami yang boleh anda amalkan dan baca setiap hari sebagai amalan untuk mendapatkan apa yang anda inginkan. Ayat pengasih memikat suami ini boleh digunakan oleh para isteri sebagai mana jampi atau susuk yang dipakai oleh mereka yang jahil untuk memenangi hati lelaki.

Secara baiknya, anda gunakan doa ayat pengasih ini sebagai pemikat suami. Insyallah dengan izin Allah, ayat pengasih ini memudahkan urusan anda dan berkesan untuk hubungan anda dan suami.

1. Surah Yusuf (Ayat 4)

ayat pengasih
Imej via [Mingguan Wanita]

Ayat pengasih memikat suami yang sering kita dengar adalh surah Yusuf (ayat 4). Anda boleh bacakan doa ini setiap kali lepas solat, ketika teringatkan suami, sebelum tidur, ketika ada dirumah bersama suami atau pada bila-bila masa sahaja.

“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin“.

Nabi Yusuf berkata kepada bapanya yang bermaksud,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.

Anda juga boleh bacakan 3 kali di air minuman dan kemudian minum air tersebut dengan niat untuk naikkan seri wajah dan dikasihi suami. Insyallah berkesan dan Allah permudahkan.

2. Kalimat “Ya Abrozhu”

ayat pengasih
Imej via [MyInformasi]

Anda boleh tambahkan kalimat “Ya Abrozhu” yang berbunyi, “Ya abrozhu roaitu ahada ‘asyaro kaukabaw wasy-syamsa wal qamaro roaituhum li sajidin” selepas membaca surah Yusuf tadi.

3. Surah Asy-Syu’raa (Ayat 19)

ayat pengasih
Imej via [infinity]

Bacalah surah Asy-Syu’raa (ayat 19) dimana ia juga merupakan salah satu ayat pengasih memikat suami. Suami akan lebih lembut hati, lebih sayangkan anda. Allah swt akan memakbulkan hajat anda yang ingin disayangi dan dikasihi suami. Bacalah selalu setiap hari.

Surah ini bermaksud,Allah maha lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang maha kuat, lagi aha kuasa”. Anda juga boleh bacakannya kepada makanan yang tengah anda masak untuk keluarga atau suami bagi meningkatkan kasih sayang suami dan keluarga terhadap anda.

4. Surah Taha (Ayat 1-8)

ayat pengasih
Imej via [shafiqolbu]

Tidak salah untuk amalkan semua surah dan ayat pengasih ini sekaligus. Selepas membaca surah Yusuf, anda boleh baca pula surah Taha (ayat 1-8). Surah Taha juga dapat melembutkan hati suami dan menyenangkan orang ketika berada bersama anda.

Ia berbunyi, “Waal qoy tu’alayka mahabbatamminni wallitusna’aa ‘alaa ainiy”. Ia akan lebih afdhal jika diamalkan bersama surah Yusuf. Ayatnya juga pendek memudahkan anda menghafalnya.

5. Surah Taha (Ayat 39)

ayat pengasih
Imej via [twitter]

Ayat pengasih memikat suami dari surah Taha (ayat 39) juga harus anda amalkan atau bacakan sekurang-kurangnya 1 hingga 3 kali sehari. Anda boleh membaca kepada suami di ubun-ubunnya, ditiupkan kepadanya, baca di makanan yang akan dimakannya serta cara lain lagi untuk baca kepada suami.

Ayat pengasih ini membawa maksud: wa alqaitu ‘alaika mahabbatammini walitusna’a a’laa ‘ain. Terjermahannya pula berbunyi: Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

6. Surah Ali Imran (Ayat 31)

ayat pengasih
Imej via [a-k-b.info]

Ayat pengasih mempunyai khasiat dan zatnya yang tersendiri, oleh itu anda harus mempunyai niat dan doa yang baik ketika membacanya. Ayat pengasih seterusnya adalah Surah Ali Imran (ayat 31).

Ayat pengasih ini boleh anda bacakan sewaktu memegang suami, sama ada tengah mengurut kepalanya, badan, leher, pinggang, ia amat sesuai. Suami akan berat hati dan susah untuk kahwin lain, Insyallah dengan izin Allah ia berkesan jika anda amalkannya selalu.

Ayat pengasih ini berbunyi: qul inkuntum tuhibbu nallaha fattabi’u ni yuhbib kumullahu wa yaghfir lakum zunubikum wallahu ghafururrahim

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

7. Surah Al-Qadr

ayat pengasih
Imej via [maskoko]

Surah Al-Qadr sememangnya adalah ayat pengasih ramai tak tahu. Bacalah dalam solat setiap hari atau sebelum anda bersetubuh dengan suami. Pasti akan lebih tenang, berkasih sayang dan romantis. Ayat pengasih ini juga sesuai untuk anda yang ingin kelihatan lebih awet muda.

8. Surah Al-Inshirah

ayat pengasih
Imej via [zenirochman]

Surah Al-Inshirah mempunyai fadhilat yang luar biasa terhadap para isteri dan ibu. Ayat pengasih ini boleh anda baca pada ayat ke 4 dan tiup pada tangan serta usap ke wajah anda hingga ke bahagian belakang anda. Ulang sebanyak 3 atau 7 kali untuk lebih berkesan dan dirahmati Allah SWT.

Ia dapat menenangkan fikiran anda, melapangkan dada, mempermudahkan urusan anda dan membaiki hubungan silaturrahim sesama manusia.

9. Surah Al-Imran (ayat 200)

ayat pengasih
Imej via [mingguanwanita]

Anda akan lebih kuat, tabah dan bersabar dengan adanya ayat pengasih ini. Rumah tangga akan tenang dan semuanya dapat diselesaikan dengan baik sekali. Percayalah dengan pertolongan Allah SWT.

Ayat Berbunyi: Ya aiyuhallazi na amanusbiru wa sobiru wa robithu wattaqullaha la’allakum tuflihun

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Ayat Pengasih Memikat Suami (5 Zikir)

  • Ya Latif
  • Ya Rahman
  • Ya Hayyu
  • Ya Qayyum
  • Ya Rahman
ayat pengasih
Imej via [mingguanwanita]

Itulah dia ayat pengasih memikat suami yang wajib anda amalkan untuk elak suami kahwin lain, tawar hati dan lain-lain. Selamat beramal! Jom baca pula 10 Foundation terbaik, 10 Tips dekorasi rumah bajet dan 8 Punca cirit birit.

Rujukan:

  1. Pesonapengantin
  2. Wanista
  3. keranakasihnabi


Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.