Breast pump terbaik seharusnya perlu ada untuk ibu yang baru lepas bersalin. Breast pump di kala ini agak penting kerana ia dapat mengurangkan bengkak akibat susu yang bertambah dengan drastik pada payudara.

Payudara yang membengkak dengan susu jika terus dibiarkan boleh mengangu tahap kesihatan ibu. Antara yang sering berlaku ibu akan mula mendapat demam panas, gigil satu badan dan cepat emosi kerana keadaan yang tidak selesa.

Bengkak Susu Boleh Diatasi Dengan Bantuan Breast Pump

Bengkak susu memang menyakitkan. Bengkak susu terjadi bila susu berkumpul di payudara sehingga mengeras tetapi susu yang ada tetap susah untuk keluar. Jika keluar pun sedikit saja. Biasanya bengkak susu berlaku di kawasan dada hingga ketiak yang membuatkan ibu rasa sakit dan mengalami demam ringan.

Inilah yang dinamakan sebagai bengkak susu dan untuk surutkan bengkak ini tidak ada cara lain melainkan cuba untuk alirkan keluar susu yang ada sama ada dengan cara beri bayi isap ataupun dengan cara mengepam keluar dengan bantuan breast pump.

Terdapat 3 Kategori Breast Pump Yang Ada Di Pasaran

Terdapat 3 jenis breast pump yang akan dirungkaikan dalam artikel ini, iaitu double electric breast pumps, single electric breast pump dan juga manual breast pumps.

#1 – Manual Breast Pump

Image Via : Mom Loves Best

Manual breast pump bermaksud pam untuk payudara yang tidak menggunakan tenaga elektrik. Ianya lebih ringan dan senyap. Harga juga jauh lebih murah berbanding jenama lain yang ada di pasaran.

Untuk ibu yang baru pertama kali melahirkan seeloknya beli dulu manual breast pump untuk percubaan awal bagi membiasakan diri terlebih dulu sebelum beralih ke pump elektrik yang lebih eksklusif.

#2 – Single Electric Breast Pump

Image Via : Lelong

Bagi yang malas untuk menggunakan normal brast pump yang perlu digunakan dengan tenaga tangan sendiri, anda boleh beralih kepada Single Electric Breast Pump. Single Electric Breast Pump adalah sejenis pam susu yang hanya boleh digunakan pada sebelah payudara pada satu-satu masa.

Walau hanya satu pam sahaja tetapi ia turut memberi kemudahan dengan kurangnya jumlah peralatan yang perlu di bawa apabila ingin menggunakannya.

#3 – Double Electric Breast Pumps

Image Via : Mamma Baby Care

Double electric breast pumps pula adalah sejenis pam untuk keluarkan susu dari payudara ibu dengan cara yang lebih pantas. Ini kerana double electric breast pumps ini mempunya dua pam untuk kiri dan kanan secara sekaligus. Ia dapat menjimatkan masa untuk memperoleh jumlah susu yang banyak dengan cepat.

Pam ini paling berguna dan bermanfaat untuk para ibu yang berkerjaya dan sentiasa mengejar masa. Paling best, kebanyakan double breast pumps dengan fungsi kuasa eletrik ini turut mempunyai fungsi urut untuk keselesaan para ibu.

Cara Menggunakan Breast Pumps Dengan Betul

Image via : Bidadari https://bidadari.my/

1. Baca dan fahami arahan yang ada pada set breast pump yang anda dah beli.

2. Pastikan brest pump anda dalam keadaan masih steril. Jika tidak, anda harus rendamkannya  selama 10 minit sebelum menggunakannya.

3. Basuh tangan anda sebelum memasang dan mengikut arahan daripada buku petunjuk.

4. Anda harus berada dalam keadaan yang selesa. Anda boleh cuba untuk menarik nafas beberapa kali untuk mengurangkan tekanan stress sebelum mengepam susu anda. Gunakan pam yang sesuai mengikut saiz payudara anda.

5. Anda digalakkan mengurut payudara anda untuk mendapatkan refleks ejeksi susu.

6. Sebelum mengepam, pastikan payudara anda ditengah-tengah dalam cup. Sementara mengepamnya, puting anda cenderung untuk mengembang dan memanjang. Jika anda sedang mengepam dengan cup yang terlalu ketat, ia akan menyebabkan payudara sakit dan bekalan susu juga akan berkurangan.

7. Disyorkan 2 kali sehari dimana setiap sesi hanya 15 – 20 minit sahaja.

8. Mula dengan pam sedutan yang rendah dan secara beransur-ansur anda boleh tingkatkan sedutan yang diperlukan untuk mengekalkan susu mengalir. Jika susu anda berhenti mengalir, berhenti mengepam dan urut payudara anda untuk beberapa minit. Sambung selepas beberapa minit anda mengurut.

9. Apabila anda selesai dengan sesi mengepam, ketatkan bekas botol susu dan simpan dalam peti sejuk.

10. Cuci dan keringkan alat pengepam yang disentuh oleh susu. Tiub mengepam harus dicuci dengan air suam bersabun dan dikeringkan.

Antara Jenama Pengeluar Breast Pump Terbaik Untuk Pilihan Para Ibu di Malaysia

Tidak dinafikan ada banyak jenama breast pumps di pasaran tempatan. Malah ada juga breast pumps dengan jenama luar negara yang sangat cantik dan praktikal. Di sini akan dikongsikan antara cadangan jenama breast pumps terbaik untuk pilihan para ibu di Malaysia mengikut testimoni ramai pengguna sebelum ini.

Antara jenama pengeluar breast pumps terbaik tersebut adalah :

1 – SCF330/20 Philips Avent Natural Manual Breast Pump Standard

Image Via : Philips

Reka bentuk pam payudara ini ringan dengan fungsi mudah guna dan mudah bawa. Bentuknya yang ringkas senang juga untuk di bawa tika travel. Walau kecil tapi fungsinya sangat bagus untuk memerah susu dengan jumlah yang sepatutnya. Ia juga sangat mudah untuk dibersihkan selepas selesai digunakan.

2 – Medela Swing Maxi Double Electric Breast Pump

Image Via : Let’s Talk Mommy

Medela Swing maxi menggabungkan dengan motor yang lebih berkuasa kerana ia dibuat untuk mengepam dua kali. Berbanding dengan pengepam tunggal, dua pam boleh mempercepatkan masa mengepam dan memberikan susu lebih banyak. Mudah dari segi beroperasi dan selesa untuk digunakan.

Dengan butang atas dan bawah mudah membolehkan anda mengawal vakum untuk mencapai tahap keselesaan tertinggi anda kerana memberikan aliran susu anda dengan baik. Apa yang menyebabkan ibu-ibu bekerja tertarik dengan pam payudara ini adalah kerana ianya boleh menggunakan elektrik dan juga bateri yang boleh dicas semula. Maka anda boleh mengepam di mana-mana sahaja. productnation

3 – Spectra Breastpump

Image Via : Spectra Baby

Spectra S1 boleh bantu dapatkan kuantiti perahan susu ibu di tahap yang paling maksimum. Ia mempunyai fungsi perahan yang sangat cekap setanding dengan gred pam payudara yang ada di hospital. Pam payudara ini mempunyai bateri yang boleh dicas semula. Ia sangat mudah untuk dikenndalikan dan juga mudah untuk di basuh.

4 – Malish ILARIA Double Electric Breast Pump

Image Via : Shopee

Ini adalah Pam elektrik yang sangat cepat untuk proses memerah susu ibu. Pam ini sangat sesuai untuk para ibu berkerjaya yang sering mengejar masa terutama untuk ke tempat kerja pada waktu pagi. Ia dapat beroperasi secara senyap tanpa bunyi bising dan paling penting ia mudah dikendalikan dan mudah juga untuk dibersihkan. Hasil perahan dapat menjadi dua kali ganda banyak kerana ia boleh memerah pada ke dua-dua belah payudara pada satu masa.

5 – MOMO House Single Electric Breast Pumps

Image Via : Carousell

Pam payudara dari jenama MOMO mendapat tempat di hati para ibu kerana sifatnya yang sangat ringan, kecil dan tidak remeh untuk digunakan. Kecekapannya yang dapat memerah susu dengan cepat dan senyap turut membuatkan ianya menjadi antara pilihan utama para ibu yang suka travel bersama baby. Apa yang lebih menariknya lagi, pam ibi turut boleh disambungkan secara terus pada komputer, usb ataupun power bank anda.

6 – Tommee Tippee Closer to Nature Electric Breast Pump

Image Via : Baby Closet

Breast pump daripada jenama Tommee Tippee ini juga tidak kurang hebatnya berbanding breast pump lain yang ada di pasaran. Kelebihan utama pam ini, ianya mudah untuk dibersihkan dan di pasang kerana bentuknya yang tidak terlalu remeh. Corong silikonnya amat lembut pada payudara dan amat selesa sepanjang tempoh mengepam.

Ia juga sangat comel dan sesuai untuk di bawa ke mana-mana terutama jika mahu bercuti atau balik kampung. Pam ini bukan saja boleh beroperasi dengan penggunaan elektrik tetapi juga boleh digunakan dengan penggunaan bateri jenis double A.

Baik Beli Online Untuk Harga Yang Jauh Lebih Murah Dan Berbaloi

Harga untuk breast pumps ini ada yang berharga puluhan ringgit untuk jenis manual breast pump dan ada juga yang berharga mencecah sehingga ribuan ringgit untuk jenis double electric breast pumps. Jika anda nak berjimat banyak, anda boleh buat pembelian secara terus di Lazada.

Kenapa Lazada? Kalau nak tahu di Lazada ada jual breast pumps dengan harga murah. Terlajak murah hingga sangat berpatutan sekali! Tak percaya? Jika tak percaya boleh lihat sendiri betapa murahnya harga breast pumps ini di lamanweb Lazada Malaysia.

Tambahan :

Tahap keberkesanan adalah berbeza mengikut jenis kulit dan individu. Produk di atas hanyalah sekadar cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman dan ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my

Sumber :

  1. The Asian Parent
  2. Majalah Pa Ma

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.