Zaman sekarang ini memilih sendiri pasangan hidup masing-masing memang dah jadi menjadi satu kebiasaan. Bukannya kerana ibu ayah tidak ingin masuk campur tetapi sudah begitu yang sering berlaku. Rata-rata pemuda dan pemudi zaman di era moden ini lebih inginkan suami atau isteri dari pilihan hati sendiri.

nikah penting untuk wanita
Image Via : Baitul Jannah

Kadangkala terlintas juga di fikiran, apakah memilih pasangan hidup sendiri ini adalah salah satu sebab mengapa kes penceraian semakin meningkat? Apa tidaknya berbanding dulu dan kini memang tidak dinafikan yang pasangan dengan mudah mengucap kata cerai jika dirasakan tidak sefahaman.

Secara peribadi, terasa sedih di hati apabila cerai menjadi jalan penyelesaian sedangkan masih ada cara lain yang boleh diusahakan. Tambahan pula tindakan bernikah itu sendiri sebenarnya ada banyak keistimewaan.

7 Alasan Mengapa Nikah Itu Penting Untuk Wanita

Apakah kelebihan nikah ini? Apakah kelebihan bagi orang yang ingin berkahwin? Mengapa ianya sangat penting untuk wanita Ini sebab musababnya yang patut diketahui oleh semua.

nikah penting untuk wanita
Image Via : Wedpedia

Alasan #1 – Wanita Muslimah Cenderung Untuk Menjadi Ibu

Keutamaan pemuda muslim adalah untuk belajar, berkerja mencari nafkah, menikah dan berkeluarga. Manakala untuk wanita muslimah pula adalah untuk berkahwin, bergelar isteri dan menjadi ibu.

Alasan #2 – Wanita Yang Mempunyai Suami Akan Terasa Lebih Dilindungi

Wanita yang bernikah akan terasa lebih dilindungi dengan adanya suami di sisi. Kehadiran suami di sisi akan membuatkan si wanita berasa lebih aman juga.

Alasan #3 – Mengelak Pandangan Serong Masyarakat

Lelaki yang lambat menikah tidak akan dilabel dengan apa-apa gelaran sebaliknya wanita yang lambat menikah akan menimbulkan gelaran yang tidak sedap di dengar. Ini semua hanyalah sekadar gelaran namun pahit untuk di hadapi oleh si wanita yang lambat jodohnya itu.

Alasan #4 – Imej Wanita Tidak Menikah Akan Lebih Mudah Tercemar

Imej wanita yang tidak bernikah dengan sendirinya akan lebih mudah tercemar berbanding dengan wanita muslimah yang telah bernikah. Wanita yang telah bernikah juga lebih mudah untuk melakukan pelbagai aktiviti di khalayak ramai tanpa melibatkan apa-apa fitnah dengan kehadiran suaminya.

Alasan #5 – Wanita Akan Terasa Lebih Bernilai Dengan Kehadiran Seorang Lelaki

Telah pernah ada kajian yang dilakukan di antara wanita yang telah bernikah dengan gadis yang belum berkahwin. Hasilnya, 95% daripada golongan wanita ini mengakui yang diri mereka terasa lebih bernilai dengan adanya kehadiran sang suami di sisi.

Alasan #6 – Dapat Solat Berjemaah Dengan Imam Tersayang

Adalah sangat beruntung mana-mana wanita jika dapat solat dengan diimamkan oleh suaminya sendiri. Terasa syahdu dan bahagianya rasa hati apabila dikurniakan seorang suami yang soleh untuk terus membawanya ke jalan yang diredhai.

Alasan #7 – Mempunyai Tempat Bergantung Hingga Ke Usia Tua

Setiap perkahwinan yang terbina kerana Allah SWT mengimpikan sebuah keluarhga yang rukun. Ingin juga terus bersama sehingga ke akhir nyawa. Kehadiran suami benar-benar dapat memberi tempat bergantung pada si wanita ini untuk terus berada bersama dari usia muda hingga tua.

Islam Melarang Hubungan Cinta Esktrem Tanpa Ikatan Halal Yang Sah

Mempunyai rasa cinta itu tidak salah tetapi cara mempamerkan rasa cinta itu yang patut di beri perhatian. Jika dah suka tahap jatuh cinta kronik hingga tak boleh lagi tidur malam dengan nyenyak, apalah salahnya jika terus saja masuk meminang. Minta ibu ayah menjadi wakil untuk menyuarakan rasa hati tu.

Jangan sesekali terus bercinta sehingga menurut kata hati hingga melibatkan sentuhan dan sebagainya. Ia sama sekali di larang dalam Islam kerana itu semua boleh mengundang padah sehingga berlakunya maksiat dan lain-lain. Berjumpa berdua pasti akan ada kehadiran yang ke tiga dan kehadiran pihak ke tiga itu siapa lagi kalau bukan syaitan.

Seandainya masih lagi di alam persekolahan maka fokuskan dulu pada pembelajaran. Jangan terlalu taksub untuk mencari jodoh kerana hakikatnya Allah SWT itu jauh lebih tahu apa yang kita tidak tahu. Sematkan dalam hati tu bahawa jodoh yang terbaik akan menyusul nanti.

Perkahwinan Dapat Membuka Luas Pintu Rezeki Untuk Si Suami Juga

Al-Quran menganjurkan pernikahan dan menjanjikan kecukupan bagi sesiapa saja yang telah layak untuk bernikah. Ini berpandukan kepada firman Allah SWT yang bermaksud ;

“Nikah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba-hamba sahayamu, lelaki atau perempuan, yang soleh dan telah layak menikah. Jika mereka miskin, Allah akan membuat mereka kaya dengan kurniaan-Nya. Allah itu Maha Luas pemberian-Nya dan Dia Maha Mengetahui.” (An-Nur : 32)

Ketika menafsirkan ayat di atas ini, Abu Bakar as-Siddiq r.a berkata, “Taatilah perintah Allah kepadamu untuk menikah, kerana Dia pasti memenuhi janjiNya untuk membuatmu kaya.”

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud ;

“Orang yang menikah dengan berlandaskan keyakinan dan pengharapan kepada Allah, pasti ditolong dan diberkati-Nya.” (HR. At-Tabrani)

Sabda Baginda juga ;

“Ada tiga golongan manusia yang pasti dirolong Allah, pemuda yang menikah untuk menjga kehormatan diri, hamba ang berusaha memerdekan diri untuk beribadah, dan mujahid di jalan Allah.” (HR. Ahmad, At-Tirmizi dan An-Nasa’i)

Jika takut jodoh itu disambar orang maka berdoalah siang malam pada Tuhan agar jodoh anda dan dia dipertemukan. InshaAllah jika benar dia adalah pasangan yang terbaik InshaAllah akan dimakbulkan. Jika bukan maka redhalah kerana hakikatnya masih ada ramai lagi insan lain di atas muka bumi ini. Mungkin akan ada yang lebih baik untuk kita.

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Avatar

Isteri dan ibu kepada 6 cahayamata. Berpendidikan di dalam bidang bisnes dengan kerjaya tetap sebagai penulis bebas. Gemar berkongsi mengenai sirah Islam, isu rumahtangga dan keibubapaan berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.