5 Teknik Ibu Ayah Perlu Buat Jika Terlanjur Tengking Anak

Tidak dinafikan, menjadi ibu bapa kadang kala mencabar emosi kita. Sebagai manusia biasa, kita pasti pernah meninggikan suara dan mungkin terlanjur menengking anak atas sebab-sebab tertentu.

Apabila kita sudah tengking anak, kita sebenarnya sedang mengosongkan ‘tangki cinta’ anak kita. Anak yang kosong tangki cinta ini berada dalam keadaan sangat tak stabil. Dia akan pergi mencari sumber cinta lain di luar sana untuk penuhkan tangki cintanya.

Foto Kredit : womo.ua

Tidak mustahil individu seperti penagih dadah, budak-budak rosak akhlak, geng kongsi gelap dan sebagainya, jika mereka mampu memenuhkan tangki cinta si anak yang kosong tangki cintanya, mereka inilah yang anak kita akan cari!

Oleh itu, setiap kali apabila kita sudah menengking anak, penuhkan semula tangki cinta anak itu agar mereka tidak mencari sumber cinta yang tidak sepatutnya untuk memenuhkan semula tangki cinta mereka.

Berikut merupakan 5 teknik ibu ayah perlu lakukan jika sudah tertengking anak untuk mengisi semula tangki cintanya.

1. PELUKAN DAN ‘PHYSICAL TOUCH’

Pelukan dan ‘physical touch’ ini sangat penting bagi menenteramkan semula suasana hati anak kita.

Ini kerana, dengan pelukan, ianya mampu meningkatkan paras hormon cinta (oxytocin) dan menurunkan paras hormon stress (cortisol) anak itu.

Foto Kredit : dnatesting.com

2. SEBUT PERKATAAN YANG MENENTERAMKAN JIWA

Percaya atau tidak, dengan meminta maaf kepada anak, ia bukan sahaja dapat menenteramkan jiwa si anak malah jiwa kita juga.

Ketepikan sebentar ego kita demi anak-anak. Ibu ayah boleh menambah kata-kata pujian lain agar ianya lebih berkesan di hati anak.

Foto Kredit : hayatouki.com

3. PERGERAKAN CINTA

Sesetengah anak mungkin tidak memahami jika kita menyebut bahawa kita sayang dia. Ini kerana, perkataan sayang itu agak abstrak bagi anak di bawah umur 5 tahun. Anak-anak ini akan faham apabila kita buktikan perasaan sayang kita dengan perbuatan dan pergerakan.

Sebagai contoh, ibu atau ayah boleh memasak sedap-sedap buat anak, jahitkan baju mereka, rapikan bilik mereka, susun mainan anak, dan sebagainya. Perkara-perkara sebegini termasuk dalam pergerakan cinta yang boleh menenteramkan si anak.

Foto Kredit : foodnetwork.com

4. BERADA DI SISINYA

Kita juga boleh lebihkan masa bersama anak sebagai tanda maaf kita atas tengkingan kita sebentar tadi.

Hadkan masa dengan ‘handphone’ atau sesekali, ambil cuti untuk meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.

5. BERI HADIAH

Hadiah tidak semestinya mahal. Kadang-kala, cukup hadiah mainan di kedai RM2.00. Walaupun harganya tidak semahal harga permainan lain di luar sana, ia sudah cukup membuatkan hati anak itu berbunga-bunga.

Anak-anak bukan melihat hadiah itu sangat, mereka sebenarnya hendak melihat sama ada kita prihatin atau tidak dengan emosi dan perasaan mereka.

Foto Krdit ; hoteldanjou.fr

ANAK JUGA PUNYA EMOSI

Sama seperti kita, nak-anak juga punya emosi. Mereka ingin rasa dihargai, aman, tenteram dan tenang terutamanya apabila bersama kita.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, maafkan mereka dan isi semula tangki cinta mereka apabila kita telah memarahi atau menengking mereka.

Semoga dengan cara ini, anak-anak akan lebih menghargai dan menghormati kita bukan sahaja pada hari ini, tetapi sehingga kita sudah menjangkau usia emas kelak.

Dr Taufiq Razif

Merupakan seorang pendidik ilmu parenting. Beliau boleh dihubungi melalui laman Facebook peribadi beliau dan Page beliau.
Sertai keluarga telegram beliau melalui link ini untuk mendapatkan pelbagai lagi info menarik tentang keibubapaan. Link ke
Telegram.

Pendapat Anda?

comments

One Response

Add Comment

error: Content is protected !!