Aku risau anak aku ni, asyik tak nak makan je, minum susu je padahal umur dia ni, sepatutnya dah pandai makan.. tengok anak jiran tu, sebaya dengan anak aku, tapi makan kuat, makan nasi, buah dan macam-macam pula tu.. risaulah, ada petua tak?”.

petua tambah selera makan anak
Imej via [solusisehatku]

Nak petua untuk tambah selera makan anak? Banyak cara boleh anda lakukan dalam menambah selera makan anak. Sama ada petua dari gaya pemakanan, petua tradisional, moden dan lain-lain lagi, pasti ada cara yang berkesan.

Tak perlu risau lagi, jom cuba petua tambah selera makan anak. Semuanya menggunakan makanan semulajadi yang sesuai untuk anak seperti sayur-sayuran, nasi dan sebagainya. Mungkin caranya sedikit berbeza dan lebih menarik untuk anak nikmati.

1. Mandi Daun Kaduk Atau Daun Kucai

petua tambah selera makan anak
Imej via [kumparan]

Ramai ibu bapa tidak tahu bahawa mandian daun kucai atau daun kaduk akan memberi kesan positif kepada anak untuk tambah selera makan. Sama ada daun kaduk, daun kucai atau daun yang busuk baunya, ia sememangnya berkesan. Jom lihat cara-caranya.

Bersihkan daun kucai segenggam dan potong daun kucai panjangnya bersaiz jari anda. Tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Kemudian, rendam daun kucai tersebut di dalam baldi yang separuh airnya.

petua tambah selera makan anak
Imej via [bubblynotes]

Mandikan anak anda seperti biasa dahulu, sabun dan bilaskan. Setelah bersih dari sabun, anda boleh mandikan anak anda dengan air mandian daun kucai beserta daunnya sekali. Selalunya, ia dalam 5 atau 6 jirusan air.

Untuk pengetahuan anda, daun kucai sering digunakan dan amat berkesan dalam menambah selera makan anak kerana ia penuh dengan vitamin dan khasiat. Ia juga bertindak sebagai antiseptik dan membuang luka dalam tubuh badan dan usus anda. Banyak pendapat mengatakan petua tambah selera makan anak ini memang menjadi!

Kelebihan Daun Kucai

petua tambah selera makan anak
Imej via [SAMBALAHAP]
  • Daun kucai mengandungi kandungan vitamin B, vitamin C, karotin dan juga belerang. Ia dapat mengubati beberapa jenis penyakit kanak-kanak dan wanita.
  • Antara penyakit wanita yang boleh diubati dari daun kucai adalah penyakit keputihan dan senggugut. Ia juga berkesan untuk menurunkan darah tinggi dan mengatasi masalah sembelit.
  • Selain membunuh kuman dan bakteria, daun kucai dapat mencantikkan pengaliran darah dan mengelakkan pembekuan darah. Kuman dan bakteria dalam usus akan dibuang dengan baik.
  • Daun kucai ini mengandungi kandungan vitamin yang sangat tinggi dan ia sesuai untuk menambahkan selera makan anak anda.

2. Makan Appeton

Makan appeton untuk tambah selera makan anak bukanlah sesuatu yang baru. Appeton memang terkenal sebagai vitamin untuk meningkatkan tumbesaran anak dan menaikkan selera makan anak. Jadikannya sebagai makanan tambahan anak anda.

petua tambah selera makan anak
Imej via [jd]

3. Makan Vitamin C

Vitamin C menjadikan anak lebih bertenaga, kuat makan dan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Dengan mengamalkan vitamin C, tidak mustahil anak anda akan ada selera untuk makan.

4. Mempelbagaikan Makanan

Selain nasi, apa kata anda pelbagaikan makanan untuk anak anda. Makanan seperti bubur, pizza, spagetti, oat dan lain-lain lagi pasti membuatkan anak anda tertarik.

5. ‘Motivate’ Anak

Jangan lupa, emosi anak juga penting. Anda boleh motivate anak dengan menceritakan kelebihan makan sayur bayam, cara untuk jadi kuat seperti superhero pujaannya dan macam-macam lagi.

petua tambah selera makan anak
Imej via [Haibunda]

6. Banyakkan Aktiviti Fizikal Anak

Semakin anak bergerak aktif, semakin lapar si dia. Apabila sudah lapar, berikan mereka nasi dan makanan selain dari susu. Ia juga adalah salah satu cara tambah selera makan anak.

Anda boleh membeli gelongsor atau basikal dan biarkan anak bermain sepuas-puasnya sejam sebelum makan. Mereka akan terasa lapar dan kemungkinan akan mengambil makanan yang anda sediakan!

7. Makan Bersama Anak

Anda boleh meluangkan masa makan bersama anak dalam keadaan yang menyeronokkan. Mungkin makan di taman, berkelah atau di rumah, tetapi berikan mereka makanan yang mengenyangkan dan amat sedap.

8. Hias Makanan Dengan Kreatif

Hias makanan dengan kreatif juga adalah alternatif tambah selera makan anak dengan mudah. Makanan yang dihias gaya kreatif seperti mainan, bentuk muka orang dan lain-lain bentuk lagi akan membuatkan anak tertarik dan ingin makan.

Anda juga boleh melakukan hal yang sama untuk bekalan anak ke sekolah. Pasti anak anda dan kawan-kawan mereka teruja melihat bekalan yang anda sediakan. Ia sememangnya amat menarik.

petua tambah selera makan anak
Imej via [hipwee]

9. Biarkan Anak Makan Bersepah

Sekiranya anak anda mula makan, biarkan dia makan sendiri dan biarkan sahaja jika bersepah. Sekiranya anda sibuk berleter dan mengemas, mungkin itu akan mematikan moodnya untuk makan, malah sukar lagi untuk tambah selera makannya.

10. Jadikan Makan Sebagai Aktiviti

Makan adalah rutin harian, tetapi anak anda menganggapnya sebagai perkara yang remeh. Anda boleh mulakan aktiviti makan sebagai aktiviti yang menyeronokkan di rumah. Tentukan masa makan anak-anak dengan menghentikan semua aktiviti yang dilakukan, fokus makan bersama sahaja.

petua tambah selera makan anak
Imej via [alodokter]

Itulah dia 10 petua tambah selera makan anak yang boleh anda cuba. Pasti anak anda suka makan dan tak perlu dipaksa lagi. Jangan lupa juga untuk guna petua tambah selera makan anak yang paling mujarab iaitu mandikan anak dengan daun kucai atau daun kaduk! Semoga bermanfaat.

Jom baca Sebab dan cara atasi bayi sedu, Cara buka akaun tabung haji anak, Peranan ibu bapa dan Cabaran ibu tunggal.

Rujukan:

  1. ummitiqah
  2. ayu-umairah
  3. kathyjem

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.