Bila sudah bergelar ibu, memang pelbagai perkara tentang anak perlu difikirkan. Dari keperluan hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Tambahan lagi bila beranak kecil, memang keperluannya dan segala macam ‘gajet’ untuk si manja perlu disediakan supaya pengurusan dan penjagaan mereka menjadi mudah dan sistematik.

Rentetan itu, saya sangat tertarik dengan cara pengurusan ibu muda ini menyediakan kelengkapan perubatan buat anaknya. Sangat sistematik! Sebut sahaja apa yang dimahukan, pasti ada di dalam medical kit anak beliau.

Imej via facebook

Memang mudah jika ingin ke mana-mana bersama anak kecil. Semuanya telah tersedia. Jika ada sesuatu yang terjadi, ibu bapa mudah membuat persediaan awal.

Mari kita lihat tips yang dikongsikan oleh Puan Hani di laman facebook beliau tentang barang-barang yang perlu ada di dalam medical kit anak.

1. Termometer

Termometer sangat penting dan benda yang wajib ada di rumah jika anak demam. Termometer digunakan untuk menyukat suhu badan anak.

Terdapat beberapa tips yang dikongsikan oleh Puan Hani dalam pemilihan termometer:

  • Pilih termometer yang digital supaya proses untuk menyukat suhu badan anak menjadi mudah, tepat dan cepat.
  • Termomter yang mempunyai lampu apabila ditekan pada waktu malam mudah untuk melihat suhu yang tertera.
  • Mengeluarkan bunyi amaran jika suhu anak tinggi melebihi 37.5 celcius.

Imej via facebook

2. Nasal Spray

Sangat berguna apabila hidung anak kecil tersumbat akibat selesema. Hanya sembur dan anak akan mudah kembali bernafas.

Imej via facebook

3. Paracetemol Syrup

Penting untuk disimpan di setiap rumah. Jika anak demam, ibu bapa dapat membuat langkah awal supaya demam anak tidak naik lebih tinggi.

Sekurang-kurangnya dapat merendahkan suhu badan anak dengan pencegahan awal ini. Jika masih tidak surut, segera bawa anak ke hospital untuk mengelakkan sawan jika suhu anak menjadi lebih tinggi.

Imej via facebook

4. Paracetemol Suppositories

Ubat ini lebih dikenali sebagai ‘ubat punggung’. Jika anak demam, segera masukkan ubat ini ke dalam punggung anak untuk meredakan suhu mereka.

Pastikan anak-anak tidak overdose ubat demam ini. Baca arahan terutamanya sela masa untuk mengambil sebarang ubatan demam yang lain.

Imej via facebook

3. Syringe

Kegunaannya untuk memudahkan ibu bapa untuk memberi ubat kepada anak-anak kecil. Mempunyai 3 jenis volume iaitu 3ml, 5ml dan 10ml.

Puan Hani juga berkongsi tips untuk membeli syringe agar lebih baik memilih oral syringe kerana lebih mudah digunakan dan dibersihkan.

4. Nappy Cream

Jika mempunyai bayi, krim ini memang sentiasa ada di dalam beg ibu-ibu bukan? Ya, bayi memang kerap mengalami ruam tambahan lagi jika bayi yang mempunyai kulit sensitif.

Dengan adanya krim ini, dapat mengurangkan ketidakselesaan mereka akibat ruam itu tadi. Bayi pun lebih selesa dan tidak meragam.

Imej via facebook

5. Bedak Anti Bakteria

Jika anak mengalami kegatalan, miang dan kemerahan yang mengakibatkan ketidakselesaan kepada mereka, sapukan bedak anti bakteria ini sebagai langkah awal.

Imej via facebook

6. Losyen Calamite

Jika anak masih mengalami kegatalan pada kulit, ibu bapa juga boleh sapukan losyen calamite ini untuk meredakan kegatalan tersebut sebagai pencegahan awal sebelum membawa anak berjumpa dengan doktor.

Imej via facebook

7. Nasal Aspirator

Kegunaannya ialah untuk menyedut hingus bayi. Adalah amat tidak digalakkan kita menyedut hingus bayi dengan mulut kerana mulut kita terdedah dengan pelbagai bakteria yang mudah dipindahkan dan memberi kesan kepada bayi anda.

Utamakan kebersihan. Pilih alatan yang sesuai ya ibu ayah untuk menyedut hingus bayi bukan dengan mulut anda. 😅

Sebelum menggunakan nasal aspirator ini, sembur dahulu hidung anak dengan menggunakan nasal spray di atas tadi dan kemudian baru disedut dengan menggunakan alatan ini.

Imej via facebook

8. Ubat Selesema

Pencegahan awal apabila anak mengalami selesema. Terdapat pelbagai jenama ubatan yang sesuai untuk merawat selesema anak.

Dapatkan nasihat daripada pakar farmasi dan doktor  yang bertauliah.

Imej via facebook

9. Gel Aloe Vera

Antara kegunaan gel aloe vera ini adalah:

  • Boleh disapukan pada badan anak terutamanya di ketiak, telapak kaki, pelihat peha terutamanya ketika anak demam.
  • Melecur akibat terkena benda panas.
  • Melembapkan kulit yang kering.

Rasanya setiap rumah perlu ada aloe vera inikan? Memang berguna jika kecemasan sebagai rawatan awal terutamanya melecur.

Imej via facebook

11. Mosquito Repellent Patch

Benda wajib dibawa jika bercuti terutamanya apabila pergi berkhemah dan balik kampung.

Terdapat juga jenis lain seperti losyen yang hanya perlu disapu pada anggota badan untuk mengelakkan gigitan nyamuk.

Bukan hanya anak-anak yang memerlukan losyen ini, ibu bapa juga boleh tumpang sekali untuk elakkan diri digigit oleh nyamuk. 😁

Imej via facebook

12. Kool  Fever

Ini juga salah satu benda yang wajib ada di dalam medical kit anak sebagai persediaan awal apabila anak demam.

Boleh dibeli di farmasi yang berhampiran. Fungsinya untuk meredakan suhu badan anak ketika demam. Pastikan tidak tersalah beli ya ibu ayah. Pilih kool fever untuk kanak-kanak bukan dewasa. 😀

Imej via facebook

12. Normal Saline

Fungsinya untuk membasuh luka jika tercedera. Luka-luka perlulah dibersihkan dahulu sebelum di tampal dengan hansaplast untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Imej via facebook

13. Hansaplast

Anak yang tengah dalam fasa ‘melasak’, memang harus ada hansaplast ini di rumah masing-masing.

Pasti ada kejadian yang tidak diingini berlaku ketika bermain. Sekejap terjatuh, sekejap terlanggar, sekejap terhantuk.😂😂

Gunakan hansaplast untuk menutup permukaan kulit yang tercedera untuk memberhentikan aliran darah dan mengelakkan jangkitan kuman.

Imej via facebook

14. Aloclair Spray

Fungsinya untuk merawat ulser. Terdapat dua jenis ubatan untuk merawat ulser iaitu dalam bentuk gel dan spray.

Lebih baik memilih bentuk spray agar lebih mudah disembur terus ke dalam mulut anak berbanding dalam bentuk gel demi mengelakkan tangan anda digigit oleh anak yang tidak mahu memberikan kerjasama. 😅

Imej via facebook

15. IV Kids

Pelbagai fungsi IV Kids ini untuk manfaat si manja. Antaranya,

  • Disapu ketika anak mengalami kembung perut.
  • Disapu ketika anak mengalami sembelit.
  • Dicampur dalam mandian lemon anak ketika anak selsema.
  • Digunakan ketika mengurut bayi selepas mandi.

Saiznya yang kecil memudahkan untuk dibawa ke mana-mana dan sangat berguna untuk kegunaan bayi anda.

Imej via facebook

16. Minyak Gamat

Tidak perlu diterangkan lagi akan fungsi minyak gamat ini kerana memang terkenal akan manfaatnya sejak zaman nenek moyang kita lagi.

Sangat bagus untuk disapu pada kulit jika mengalami luka-luka, gatal dan melecur. Minyak gamat mampu memberikan kelegaan awal jika mengalami masalah seperti di atas.

Imej via facebook

17. Oral Rehydration Salt

Fungsinya untuk menggantikan mineral yang hilang dalam badan akibat cirit birit. Rujuk farmasi dan doktor yang bertauliah untuk mendapatkan sukatan yang tepat untuk diambil.

Imej via facebook

Lengkap sungguh medical kit anak Puan Hani ini. Segalanya ada dalam satu bekas. Mudah dibawa kemana-mana. Mari kita contohi tips bijak dari ibu ini sebagai persediaan awal kelengkapan ubatan anak-anak di rumah.

Sumber: Perkongsian daripada Puan Hani di laman facebook beliau.

Penulis: Faz

Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.