Ramai ibu bapa yang menggunakan akaun Tabung Haji untuk membuat simpanan kewangan anak. Tambah-tambah lagi bila tiba hari raya, duit-duit raya anak semuanya akan dimasukkan ke dalam akaun tabung haji anak.

buka akaun tabung haji anak
Imej via [pressreader]

Duit simpanan anak ini akan digunakan untuk pendidikan anak, keperluan anak suatu masa nanti dan juga untuk menunaikan umrah dan haji. Anda tidak perlu risau, sebenarnya duit dari akaun Tabung Haji ini boleh anda keluarkan pada bila-bila masa untuk kegunaan anak anda suatu masa nanti.

Jangan biarkan anak anda tiada simpanan dari kecil, inilah masa yang sesuai untuk anda terapkan sikap menabung dalam diri anak anda. Cukup sahaja tabungnya penuh, masukkan ke dalam akaun tabung haji mereka. Anda sendiri haruslah jujur dan berdisiplin dalam membuat simpanan ke akuan tabung haji anak.

Cara Buka Akaun Tabung Haji Anak

buka akaun tabung haji anak
Imej via [siraplimau]

Cara buka akaun tabung haji anak tidaklah sukar seperti anda fikirkan. Mengikut perkongsian dari Puan Nora Nija, ia sememangnya mudah dan perlu dilakukan sejak awal lagi. Dari anak masih bayi lagi, anda sudah boleh mendaftar akaun tabung haji anak sebenarnya.

Sebelum Ke Tabung Haji, Jangan Lupa Sediakan Dokumen Ini:

Sediakan dokumen penting sebelum pergi ke Tabung Haji, tanpa dokumen penting ini, kemungkinan proses membuka akaun anak anda di tabung haji tidak dapat dilaksanakan. Perkara penting yang perlu dibawa adalah:

  • MyKad ibu/bapa
  • MyKid anak
  • Duit untuk deposit dalam akaun TH (Minumum RM10 sahaja)

Sesampainya Di Tabung Haji,

Ambillah nombor giliran dahulu sebelum nama anda dipanggil ke kaunter untuk apa jua urusan. Selalunya, staff tabung haji akan berikan anda borang dahulu untuk diisi sebelum ke kaunter. Selepas mengisi borang, ambil nombor giliran dan tunggu sehingga dipanggil.

Borang Yang Perlu Anda Isi Adalah:

1. Slip simpanan wang
2. Borang maklumat ahli
3. Borang Usaha Wajar Pelanggan Lebih Lanjut (ECDD)

Semak Borang

Pastikan borang diisi dengan betul dan tidak salah isi borang. Baca dahulu borang yang diberikan. Takut-takut diberikan borang untuk orang dewasa pula. Selepas siap isi, tunggu nombor giliran anda.

buka akaun tabung haji anak
Imej via [siraplimau]

Cap Jari

Cap jari adalah perkara wajib yang diperlukan untuk urusan buka akaun Tabung Haji anak. Pastinya cap jari anda yang diperlukan kerana penjaga atau waris bertanggungjawab 100% untuk akaun anak ini. Apabila anak anda sudah berumur 18 tahun, mereka akan ditukarkan kepada akaun dewasa.

buka akaun tabung haji
Imej via [wawazdonut]

Beberapa minit kemudian, urusan buka akaun tabung haji anak anda akan selesai. Anda boleh memasukkan duit simpanan mereka di akaun tersebut. Sekiranya simpanan melebihan RM 1,300, anda layak mendaftar haji sekaligus untuk anak anda. Tahun peruntukan untuk anak anda pergi haji juga akan ditulis di dokumen.

Sekiranya anda juga ingin daftar haji, pastikan akaun 1 KWSP anda melebihi RM 1,300. Anda perlu sertakan slip KWSP yang terkini untuk rujukan pihak Tabung Haji.

Cara Masukkan Duit Ke Akaun Tabung Haji Anak

cara buka akaun tabung haji anak
Imej via [keluarga]

Apabila sudah ada akaun tabung haji anak, anda boleh menyimpan duit ke dalam akaun tersebut. Bagaimana nak buat simpanan akaun tabung haji anak? Adakah anda perlu ke tabung haji atau mana-mana bank untuk masukkan duit?

Memang boleh, tetapi anda juga boleh masukkan duit secara online atau internet banking sahaja. Jom lihat cara masukkan duit ke akaun tabung haji anak secara online.

Langkah Pertama Wajib Buat – Daftar Di ATM

Bagi membolehkan anda membuat pembayaran secara online, anda harus mendaftar dahulu akaun Maybank anda untuk link ke akaun tabung haji. Sekiranya tidak mendaftar, tiada menu pembayaran ke akaun tabung haji dalam internet banking anda.

Mudah sahaja, anda perlu ke mana-mana ATM Maybank dan masukkan kad ke mesin ATM Maybank. Kemudian, pilih menu Tabung Haji (TH), tekan masuk untuk mendaftar akaun Tabung Haji ke ATM kad anda. Anda perlu memasukkan nombor akaun Tabung Haji di ruang yang disediakan.

buka akaun tabung haji anak
Imej via [putraheights]

Rujuk buku akaun tabung haji anda untuk mendapatkan nombor akaun. Anda boleh juga klik pada daftar akaun TH anak di ATM yang tertera. Apabila selesai mengisi nombor akaun dan transaksi berjaya dilakukan, akaun maybank anda sudah bersambung dengan akaun tabung haji. Pendaftaran akaun TH di ATM ini cuma perlu dibuat sekali sahaja untuk mendapatkan akses TH dari online banking Maybank.

Cara Simpan Duit Akaun Tabung Haji Anak – Internet Banking

  1. Guna Maybank2u.com.my

Login ke laman web maybank2u.com.my dengan kata laluan yang betul. Masuk ke bahagian pay and transfer dan kemudian anda akan lihat menu sebelah kanan iaitu Tabung Haji.

buka akaun tabung haji anak
Imej via [majalahlabur]

2. Pilihan Maybank To 3rd Party TH Account

Selepas masuk ke bahagian menu Tabung Haji, klik pilihan Maybank To 3rd Party TH Account. Sekiranya anda ingin membuat pembayaran ke akaun tabung haji anda sendiri, klik pada Own TH Account.

buka akaun tabung haji anak
Imej via [majalahlabur]

3. Isi maklumat Pembayaran

Isi maklumat pembayaran dengan meletakkan jumlah wang yang betul. Pastikan akaun daripada akaun anda dan akan dihantar kepada akaun Tabung Haji anak anda. Mudah sahaja kan!

buka akaun tabung haji anak
Imej via [vitaminwawa]

Itulah dia cara buka akaun Tabung Haji anak dan cara masukkan duit dalam akaun Tabung Haji anak pada bila-bila masa yang anda mahukan. Segalanya berada di hujung jari anda sahaja.

Semoga perkongsian cara buka akaun Tabung Haji dan cara masukkan duit anak ke akaun Tabung Haji ini bermanfaat buat anda. Jemput baca Hadiah untuk ibu dan ayah, Cara pikat hati mertua, Cara atasi sedu bayi dan Panduan urutan bayi.

Rujukan:

  1. tabunghaji
  2. siraplimau
  3. majalahlabur

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.