Maktab Rendah Sains Mara atau lebih dikenali sebagai MRSM merupakan di antara sekolah yang menjadi buruan para ibu bapa yang mengutamakan pendidikan anak-anak. MRSM merupakan sekolah berasrama penuh dibawah MARA. Kemasukan untuk tingkatan 1 dan 4 ke MRSM dibuka pada bulan Disember dan Januari setiap tahun. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai MRSM Malaysia terkini, top 15 yang terbaik.

senarai mrsm
Sumber: Mapio

1. MRSM Pengkalan Chepa

MRSM Pengkalan Chepa yang beralamat di Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1973. MRSM ini menawarkan tempat bagi tingkatan 4-5 sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang sekolah ini, anda boleh lawati website mereka: Pchepa.mrsm.edu/my

2. MRSM Kuantan

MRSM Kuantan yang beralamat di Jalan Tok Sira, Alor Akar, 25250 Kuantan, Pahang ini telah dibina pada tahun 1974. MRSM ini menjadi pilihan ramai ibu bapa kerana ia menawarkan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM Kuantan, anda boleh lawati website mereka: MRSMKuantan.edu.my

3. MRSM Kuala Terengganu

MRSM Kuala Terengganu terletak di Wakaf Tengah, Mengabang Telipot, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. MRSM ini telah dibina pada tahun 1978. Seperti MRSP Kuantan, MRSM Kuala Terengganu juga menyediakan tempat bagi pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: MRSMKT.edu.my

4. MRSM Muar

MRSM Muar yang terletak di KM 10, Jalan Bakri, 84200 Muar, Johor telah dibina sejak tahun 1980 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: Mrsmmuar.edu.my

senarai mrsm
Sumber: Widgetsaver

5. MRSM Tun Ghaffar Baba

MRSM Tun Ghaffar Baba ini dahulunya dikenali dengan nama MRSM Jasin, sebelum diberikan nama yang baru. Ia terletak di Jalan Simpang Kerayong, 77000 Jasin, Melaka. MRSM ini telah dibina pada tahun 1981 dan menawarkan tempat untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mj.mrsm.edu.my/

6. MRSM Balik Pulau

Jika anda berminta untuk menghantar anak bersekolah di Pulau Pinang, MRSM Balik Pulau merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. MRSM ini terletak di Jalan Pondok Upeh, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang. MRSM ini telah dibina pada tahun 1982 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmpb.edu.my

7. MRSM Taiping

Untuk orang Perak, anda boleh hantar anak anda ke MRSM Taiping yang terletak di Jalan Bukit Larut, 34000Taiping, Perak. MRSM ini telah dibina pada tahun 1982 dan menawarkan tempat untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmtaiping.edu.my

8. MRSM Terendak

MRSM kedua yang terdapat di negeri Melaka ialah MRSM Terendak yang berlamat di Markas Infantri 3 Divisyen,Kem Terendak, 76200, Sungai Udang, Melaka. MRSM ini telah dibina pada tahun 1983 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmterendak.edu.my

senarai mrsm
Sumber: Humanmindcracker

9. MRSM Beseri

MRSM Beseri yang beralamat di Batu 8 1/2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis ini telah dibina pada tahun 1985 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmbeseri.edu.my

10. MRSM Kuala Berang

MRSM kedua yang terdapat di negeri terengganu ialah MRSM Kuala Berang yang beralamat di Pejabat Pos Kuala Berang, Peti Surat 31, 21700 Kuala Berang, Terengganu. MRSM ini telah dibina pada tahun 1987 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmkber.edu.my

11. MRSM Pasir Tumboh

MRSM Pasir Tumboh merupakan MRSM kedua yang terletak di negeri Kelantan. MRSM ini beralamat di Desa Darulnaim, 16150 Pasir Tumboh, Kelantan. MRSM ini telah dibina pada tahun 1987 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmptumboh.edu.my

12. MRSM Kuala Klawang

MRSM Kuala Klawang yang beralamat di Jalan Titi, Kuala Klawang, 71600 Jelebu, Negeri Sembilan ini telah ditubuhkan pada tahun 1987 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmkklawang.edu.my

senarai mrsm
Sumber: Skbbm

13. MRSM PDRM Kulim

MRSM ini terletak di PKN Polis Hutan (PPH), KM 5, Jalan Junjung, 09000 Kulim, Kedah. Ia telah dibina pada tahun 1985 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmkulim.edu.my

14. MRSM SERTING

MRSM ini beralamat di Bandar Baru Serting, 72100 Serting, Negeri Sembilan. MRSM ini telah dibina pada tahun 1993 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmserting.edu.my

15. MRSM GERIK

MRSM ketiga yang berada di negeri Perak ialah MRSM Gerik yang beralamat di Bukit Nasah, Kenayat, Peti Surat 7, 33300 Gerik, Perak.
Ia telah dibina pada tahun 1993 dan menyediakan tempat untuk pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut tentang MRSM ini, anda boleh lawati website mereka: http://www.mrsmgerik.edu.my

senarai mrsm
Sumber: Kosmo

Itulah dia senarai MRSM di Malaysia dengan top 15 yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang tips anak tak stress ke sekolahdan tips menjadi pelajar terbaik.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.