Susu badan sikit? Anak pun tak kenyang.

Itu masalah besar yang dihadapi oleh kaum ibu yang menyusukan bayi serta ibu berpantang. Anak juga pasti kuat meragam kerana tidak kenyang dengan susu yang diberikan. Aduh, apa nak buat ni? Macam mana nak banyakkan susu badan?

Banyak cara dan petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan susu badan. Selama ini tak tahu mana satu cara yang betul dan berkesan, apa yang didengari, itu yang kita buat. Apa kata anda amalkan cara banyakkan susu badan dengan pekat yang berkesan. Anak pasti kenyang!

cara banyakkan susu ibu
Imej via [steemit]

1. Banyakkan Minum Air Masak

Air masak penting diambil oleh ibu yang menyusukan bayi. Ibu menyusukan bayi perlu minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari ataupun 3 liter air kosong. Bagi mengelakkan kulit kering, air masak juga berfungsi untuk melancarkan susu badan bagi ibu menyusukan bayi.

2. Perah Susu Badan

Anda harus kosongkan payudara anda, biar susu keluar sama ada menyusu bayi atau perah susu badan. Pam susu badan juga memudahkan susu badan keluar dan payudara terasa kosong. Jangan biarkan susu melimpah sehingga payudara anda bengkak, ia akan menyebabkan susu berkurangan.

3. Teknik Susuan Yang Betul

Terdapat teknik susuan yang betul harus anda ikut. Pastikan anak minum susu pada sudut yang betul dari payudara anda. Pastikan bayi menyusu penuh kurang dari areola, dimana puting penuh di mulut bayi tetapi areola tidak. Anda boleh juga melihat video tutorial teknik penyusuan yang betul.

4. Urutan Payudara

Urutan payudara adalah salah satu cara banyakkan susu badan dengan pekat. Lakukanlah urutan payudara dengan lembut di payudara kiri dan kanan anda. Anda juga boleh minta tolong pada bidan yang pakar akan urutan untuk membanyakkan susu badan.

5. Tenang Dan Tidak Stress

Cara banyakkan susu badan dengan pekat adalah anda harus tenang dan tidak stress! Tekanan akan menyebabkan susu badan berkurangan kerana minda akan mempengaruhi badan anda. Ia juga berkait rapat dengan hormon anda. Tenang sahaja, lama kelamaan susu badan pasti banyak dan pekat.

6. Kerap Menyusukan Bayi Mengikut Keperluan Bayi

Jangan paksa bayi minum dengan banyak, sebaliknya anda harus susukan bayi mengikut keperluan bayi. Itu adalah salah satu konsep ‘supply and demand’ yang harus anda lakukan. Bayi akan menyusu mengikut keadaan dan kekenyangannya, ia juga adalah tips dan cara banyakkan susu badan anda dengan pekat lagi.

Imej via [Buletinonline]

7. Makan Vitamin Asid Folik

Asid folik sesuai diambil oleh semua wanita, sebelum hamil, ketika hamil dan selepas hamil. Asid folik turut membantu anda dala mendapatkan bekalan susu badan yang lebih banyak dan pekat. Amalkan makan asid folik seperti biasa dan jangan tinggalkannya.

8. Amalkan Halba Dan Jintan Hitam

Cara banyakkan susu badan dengan pekat juga adalah dengan mengamalkan minuman atau makanan herba. Sebagai contoh, halba dan jintan hitam. Anda boleh rebuskan kedua herba tersebut dan minum air rebusannya. Ia dapat membanyakkan susu badan dan memekatkan susu.

9. Sayur Yang Sesuai Untuk ‘Milkbooster’

Makan sayur yang sesuai bagi ibu berpantang atau ibu menyusu dapat menambahkan susu badan dengan lebih baik. Antara sayur-sayuran milkbooster adalah lobak merah, lobak putih, bawang putih, halia, batang saledri dan lain-lain lagi.

cara banyakkan susu ibu
Imej via [BumBumCak]

10. Pengambilan Buah-buahan ‘Milkbooster’

Cara banyakkan susu badan dengan pekat juga adalah mudah sekiranya anda gemar makan buah-buahan yang bersifat milkbooster atau penambah susu. Antaranya adalah buah kurma, longan, aprikot dan banyak lagi. Anda juga boleh amalkan susu kurma dan jus longan.

11. Berfikiran Positif

Dengan berfikiran positif, hormon anda akan bertambah baik. Justeru, ia akan memberi kesan kepada tubuh badan, terutamanya pengaliran susu badan. Anda akan mendapati susu badan bertambah banyak dan pekat sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat dan berfikiran positif.

12. Semak Keadaan Puting

Selepas 38 minggu ke atas anda menyusukan bayi, anda harus semak semula keadaan puting payudara anda. Adakalanya ia meleper, tenggelam atau timbul. Oleh itu, sekiranya ia tenggelam, anda perlu keluarkannya dan naikkan puting agar timbul bagi memudahkan bayi menyusu dengan baik. Pengaliran susu badan juga akan bertambah lancar dan banyak.

banyakkan susu badan
Imej via [NuhaBaby]

13. Panaskan Payudara Sebelum Menyusu

Gunakan kain yang direndam air panas atau suam untuk mengelap di bahagian puting payudara anda sebelum menyusukan bayi. Anda boleh juga amalkan mandian air panas. Cara ini membantu bagi membanyakkan susu badan dengan pekat.

14. Menyusu Pada Kedua Belah Payudara

Susukan anak anda dengan kedua belah payudara pada masa susuan yang sama. Sekejap kiri, kemudian kanan pula. Selain mengelokkan pengaliran susu, bayi juga akan berasa selesa, tidak bosan dan tidak meragam dengan perubahan posisi itu.

cara banyakkan susu badan
Imej via [Lunatots]

15. Dapatkan Rehat Secukupnya

Pastikan anda mendapat rehat yang secukupya, jika anda terlalu letih, penat dan sibuk, pengaliran susu akan menjadi sedikit. Hormon badan juga terganggu, malah badan akan menjadi kurang air.

Rehat yang cukup, minda yang tenang dan jiwa yang positif amat penting untuk kebaikan ibu menyusu. Pengaliran susu badan pasti akan bertambah lancar dan banyak. Elakkan tertekan dan melakukan banyak kerja, sebaliknya rehatlah dengan lebih banyak.

Itulah dia 15 cara banyakkan susu badan dengan pekat. Pasti bayi anda kenyang sangat sekiranya anda berhasil mengikuti 15 cara ini. Jemput baca juga Cara senaman untuk ibu hamil, Cadangan breat pump terbaik dan Buah yang baik untuk ibu hamil.

Rujukan:

  1. my.theasianparent
  2. siraplimau
  3. my.theasianparent

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.