Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mengimpikan hidup bahagia tanpa kehadiran orang ketiga dalam perhubungan. Namun, resmi hidup. Bukan semuanya indah. Ada di antara kita yang diuji dengan kehadiran orang ketiga di dalam rumah tangga. Kebiasaannya naluri seorang isteri sangat kuat.

Kalau ada sesuatu perkara yang dilakukan oleh suami di belakangnya, sedikit sebanyak naluri isteri akan dapat mengesannya. Anda rasa tak sedap hati? Rasa macam suami anda sedang main kayu tiga? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tanda suami curang sebagai panduan anda.

tanda suami curang

Sumber: Sayaphitam

1. Handphone dikunci dengan password

Apabila anda berumah-tangga, bermakna anda berkongsi hidup dan berkongsi segalanya. Anda  oleh mengakses handphone suami anda pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan. Kalau tiba-tiba hanphone suami anda dikunci dengan password, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Suami anda takkan mengunci handphone dengan password melainkan ada rahsia yang disorok dalam handphone dan tidak mahu anda menemuinya.

2. Tidak membenarkan anda memegang handphonenya

Tanda suami curang yang kedua ialah secara tiba-tiba anda tidak dibenarkan untuk menyentuh handphone dia. Kalau selama ni anda bebas menggunakan handphone suami anda, tapi sejak akhir-akhir ini anda dimarahi setiap kali memegang handphone dia, ini adalah petanda yang sangat kuat bahawa suami anda bermain kayu tiga di belakang anda.

3. Berkepit dengan handphone 24 jam

Naik hairan anda dibuatnya, sejak akhir-akhir ini suami anda tak  boleh berenggang dengan handphone nya. Masuk ke dapur bancuh air, bawa handphone. Nak mandi pun bawa handphone. Waktu malam bila tidur, pun bersama handphone yang diletak di bawah bantal. Dahlah 24 jam berkepit dengan handphone, mesej pula tak putus-putus masuk. Macam lipas kudung tangan suami anda menaip mesej, Jika ini berlaku, jangan dibuarkan. Kemungkinan besar suami anda sedang berbalas mesej dengan perempuan lain secara sembunyi-sembunyi di hadapan mata anda.

4. Mesej dan call history selalu dipadam

Orang yang memadam mesej dan call history handphone sebelum balik ke rumah pastinya ada rahsia yang ingin disembunyikan. Kalau bukan nak sembunyikan rahsia, kenapa perlu berusah-payah nak memadam semua rekod aktiviti anda di handphone sepanjang hari semasa berada di luar rumah? Bukanlah kami nak menghasut anda, tapi bagi kebanyakan kes suami curang, ini adalah salah satu daripada tanda yang berlaku tetapi diabaikan oleh para isteri.

5. Duduk jauh dari anda semasa berbalas mesej

Biasanya bila balik ke rumah selepas seharian di pejabat, pasangan suami isteri akan duduk bersama untuk melepaskan rindu. Bersembang tentang apa yang berlaku sepanjang hari. Berkongsi cerita jika ada perkara kelakar atau pelik yang berlaku. Ini adalah suasana normal dalam rumah tangga yang harmoni dan bahagia.

Namun, kalau sejak akhir-akhir ini suami anda kerap duduk jauh dari anda sambil tangan ligat menaip mesej di handphone, hati-hati. Pasti suami anda sedang bermesej dengan seseorang yang dia tidak mahu anda ketahui. Secara logiknya, kalau suami anda sedang bermesej dengan rakan-rakan yang biasa, kenapa perlu duduk jauh dari anda seolah-olah taknak ande curi-curi membaca apa yang ditulis?

tanda suami curang

Sumber: Xtra

6.  Berbalas mesej sehingga lewat malam

Biasanya pasangan suami isteri akan masuk tidur bersama setiap malam. Sementara melelapkan mata, anda pasti akan berpelukan sambil bersembang dari hati ke hati. Sebelum tidur merupakan saat intim suami isteri yang sangat istimewa. Namun, kalau sejak akhir-akhir ini suami anda memilih untuk memegang handphone daripada meluangkan masa bersama anda sebelum tidur, kami tak salahkan anda kalau anda berkecil hati.

Lagi-lagi kalau suami anda kelihatan terlalu kushyuk mengadap handphone sehingga lewat malam. Lampu bilik dah ditutup, yang anda nampak cuma wajah suami tercinta yang diterangi cahaya samar dari skrin handphonenya yang dimalapkan.

Sebagai seorang isteri, pastinya anda akan tertanya-tanya dengan siapa suami anda berbalas mesej sehingga lewat malam. Apa yang penting sangat sampai tak sempat tunggu pagi esok? Mungkin anda tak mahu memikirkan yang bukan-bukan, jauh sekali daripada berburuk sangka kepada suami sendiri.

Tapi kami perlu ingatkan anda. Perbuatan suami anda adalah tidak normal. Tiada sahabat atau rakan sekerja yang akan berbalas mesej selama berjam-jam sehingga lewat malam. Itu adalah perbuatan mereka yang sedag hangat dilamun cinta. Tak ingat saat anda sedang kemaruk bercinta dulu? Macam inilah keadaannya.

7. Mengadap handphone sambil tersenyum lebar

Sudahlah 24 jam berkepit dengan handphone. Handphone dikunci dengan password yang anda tak tahu. Tangan tak henti-henti menaip mesej. Kalau anda cuba nak pegang handphone dia, suami marah. Anda makin curiga bila melihat wajah suami yang tersenyum lebar sambil mengadap handphone. Pasti anda tertanya-tanya siapa yang dah berjaya menghiburkan suami anda? Siapa yang sedang membuatkan suami anda tersenyum?

Sedarlah. Ini adalah di antara tanda paling nyata yang menunjukkan bahawa suami anda ada wanita lain dalam hidupnya. Tak perlu tunggu sehingga anda jumpa kesan lipstick atau tercium bau perfume wanita lain pada baju suami anda.

8. Menjawab panggilan telefon jauh daripada anda

Semasa berada di rumah, kalau suami anda pergi jauh supaya anda tak dengar perbualannya di talian, ini adalah satu lagi tanda yang suami anda curang. Selama ini, setelah sekian lama anda bersama, tak pernah sekali pun suami menjawab panggilan telefon dengan cara sebegini rupa. Kenapa tiba-tiba tak mahu anda dengar apa yang dibualkan?

tanda suami curang

Sumber: Sciencedaily

Itulah dia 8 tanda suami curang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips keluarga bahagia, hadiah untuk suami, dan tanggung jawab isteri.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.